...
xoxo
...
Ohaiyokkkkkkkkkkkk...
Selamat pagi sabtu. Senyap sunyi je tempat kerja aku nie sebab production OFF. Ohya..semalam aku dengan cik admin pergi serbu makan tengah hari di kedai makan baru dekat seksyen 15 Shah Alam.
Alaaa..dekat dengan roundabout yang nak ke pusat bandaraya Shah Alam tue (bulatan selangor). Nama kedai nie ASAM PEDAS BANGI. tapi takdelah kami ke Bangi. Nama kedai je. Tapi masaknya kat kedai seksyen 15 tue jugak aku rasa.
ASAM PEDAS BANGI
Gambar nie aku cilok dari google. semalam tak dan nak snap tengah panas rembang. Gambar nie kedai yang dekat area Bangi la kot.
Dah nama kedai pun ASAM PEDAS BANGI kan.. so specialization dia mestilah tang asam pedas. Semalam ada 4 jenis ikan masak asam pedas yang berbeza. Ada ikan kembung, ikan tenggiri, ikan terubuk dan ikan merah.
Dengan gigih woo aku makan ikan terubuk asam pedas nie. Tulang ikan terubuk nie standard la haluuus je.. hehe banyak lak tue. Tapi licin aku makan tau. Tinggal tulang je. Kira boleh tahan sedap la kan..
Walaupun Cik Admin kata mak dia masak lagi sedap (semua mak masak sedap kan, so mak tak leh masuk dalam list untuk dibandingkan), aku rasa berbaloi la pergi makan asam pedas kat sini. Lagi sedap dari aku masak sebab aku memang tak reti masak asam pedas. Ada je yang kureng.
Seketul ikan terubuk asam pedas bahagian ekor nie harganya RM7.90. Macam mahal sketla tapi besar gak portion ikan aku nie. Aku makan sorang nie takde share dengan sape-sape pun. hehe
Aku makan asam pedas ikan terubuk bertemankan satu senduk nasi dan satu senduk sayur kacang buncis dimasak air bersama lobak merah yang berharga RM1.50.
Cik Admin lak makan nasi putih bersama sayur peria dan ikan merah asam pedas. Dia punya ikan merah asam pedas pun lebih kurang sama besar dengan ikan aku. Harga pun RM7.90 seketul.
Lokasi: Seksyen 15 Shah Alam
peta kalau tak nampak, sila klik untuk besarkan ye


4 comments:
bole bg adres lengkap asam pedas kt sec 15...puas cari kt proton city tu takde nampak pun
asam pedas bangi kat shah alam tu dah tutup...walaupun potensi nak maju ada.Biasalah tokeh byk songeh..! aku dgr cite pekerjanya byk yg tak ada permit..kira haram laa..walaubagaimanapun lauk makan tengharinya sedap..memang sedap..aku tgk yg masaknya seorg chef.aku rasa aku kenal chef tu...byk tokeh restoran himpit beliau...
Aku syorkan korang g je asam pedas bangi..
masli: maaf, restoran tersebut telah ditutup
an0n: thanks..sy pg last month pun tgk asam pedas bangi kt sek15 dah xde..baru je nak merasa makan asam pedas.. nak ke bangi jauh sgt la pulak
dah ada kedai asam pedas power abg piee dari melaka,kat blok 26 flat pkns kat seksyen 16 baru aje di buka,fuyoo asam pedas dia memang power betul,kat melaka kedai dia kat perigi puteri hang li poh bkt cina....dulu pernah keluar rancangan jjcm tv3,
Post a Comment