...
xoxo
...
Salam.. Good Afternoon. Dah breakfast? Breakfast aku pagi tadi adalah milo dan sepeket biskut IKO. Kejap lagi masuk mode nak lunch pula. hehehe
Hari selasa yang lepas aku pergi makan dengan Cik Admin dekat Pak Li Kopitam, outlet seksyen 18 Shah Alam.
Cik Admin makan mee udang. One of my favourite food is asam laksa. Memang kalau pergi mana2 tempat, mesti nak cuba asam laksa. Taddaa..nie dia asam laksa Pak Li Kopitiam.
..
..
..
Asam laksa dekat Pak Li Kopitiam nie berbeza sedikit dengan asam laksa yang aku pernah makan selama nie. Selalunya kuah asam laksa nie dihasilkan daripada ikan yang dikisar (lebih kurang macam kuah laksa).
Asam laksa Pak Li Kopitiam lak kuahnya kosong tapi ada seketul ikan sardin yang panjangnya kurang sikit je dari sejengkal. haa..leh nampak sekor ikan sardin timbul kat dalam mangkuk tue kan..
Nak kata kuahnya cair tak juga tapi nak kata pekat tak juga. Walaupun kosong tapi kuahnya boleh tahan la sedap. Cukup segala rasa pedam, masin & masamnya. Nenas yang dimasukkan juga nenas yang hampir masak. So, ada rasa masam manis. Tue yang buat best tue.
Portion yang diberi pun agak banyak dan berbaloi dengan harga yang dibayar. oh ya..kalau makan asam laksa tak lengkap kalau takde he-ko @ prawn paste. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh juga tambahkan sambal dalam asam laksa.
Dah nama pun makan kat Kopitiam kan.. minuman wajib mestilah white coffe. First time minum Ipoh white coffee. Serius wehhh Ipoh white coffee nie sedap. Rasa nak order lagi secawan je.
Berbanding dengan satu lagi kopitiam yang aku selalu pergi, Pak Li Kopitiam menawarkan menu dengan harga yang lebih murah. Semangkuk asam laksa di Pak Li Kopitiam baru RM5.20 berbanding di Old Town RM7.90. Cuma di Old Town mangkuk dan portionnya lebih besar sikit rasanya.
Ipoh white coffee (hot) pun baru RM1.20 secawan berbanding Old Town RM3.00++ (harga sebenar tak ingat).
Yang istimewanya Pak Li Kopitiam nie, mereka ada bukak membership. Hanya bayar RM10 untuk keahlian seumur hidup. Dengan privilege card nie, kita boleh collect point setiap kali kita makan/minum di sini. Point yang terkumpul tue kemudiannya boleh digunakan untuk bayar apa yang kita makan.
Service kat sini okay, cepat pun cepat. Persekitaran pun okay. Dah nama pun kopitiam kan, so interior design pun style macam kedai kopi cina la. Yang tue aku takde hal cuma agak terganggu sikit dengan lighting dia yang agak over dim.
Location:
Pak Li Kopitiam
Ole Ole Shopping Centre
No 7, Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, 40200 Shah Alam
No 7, Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, 40200 Shah Alam
Opening hours:
Sun to Thu - 10am to 1am
Fri, Sat & PH eve - 10am to 2am
Sun to Thu - 10am to 1am
Fri, Sat & PH eve - 10am to 2am


3 comments:
hahahah haruslaaahhh.. err, i've 3 Pak Hailam discount voucher, 20% discount.. mau?
rindu zmn keluar lunch dgn cik admin. hmm..bila agknya kami boleh lunch sambil bergosip mcm zmn dulu2?? ego kah aku???
Post a Comment