Kebanyakan perempuan memang dikenali sebagai makhluk yang suka bercakap, banyak bercakap, berleter, membebel dan perangai-perangai yang sewaktu dengannya. Namun, perempuan-perempuan jenis nie walaupun begitu, ayat-ayat yang keluar macam peluru dari mulut mereka takdela laser mana pun. Tak caya?? Cuba tengok kebanyakan mak-mak korang. Memang kuat membebel tapi takdela kita sampai rasa sakit hati kan. Kalau duduk asrama atau duduk jauh dari mak, kadang-kadang rasa rindu pulak nak dengar bebelan mak.
Jadi, apakah definisi mulut laser? Orang kampung aku kata mulut laser nie mulut yang suka bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang, menusuk kalbu, kata-kata yang 'makan dalam' atau pun sindiran yang tajam lagi sinis.
Adakah korang rasa korang bermulut laser?? Cakap ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain?? Alasan kebanyakan orang adalah 'aku cuma bercakap jujur' atau 'saya adalah manusia yang suka berterus terang, tak suka jadi hipokrit'. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam.....?? errr..bisik-bisik? hehe
nota: KERANA MULUT BADAN BINASA..



