Horrayy...tahniah buat kumpulan SEPAH yang berjaya menjadi juara MAHARAJA LAWAK semalam. Tapi lawak diorang memang konsisten dan dekat di hati masyarakat. Mehh..kita layan...
Memang tak boleh blahhh tengok Jep mimic Ustazah Bahiyah
Semalam hari Jumaat. Malam tadi aku tidur jam 230 pagi. Buat apa? Layan Maharaja Lawak kat Youtube. Paham-paham jela orang yang takde langgan Astro Warna memang akan gelak lambat sikit daripada orang lain. Tak kisah la janji leh gelak heheh
Group yang aku rasa konsisten persembahan tiap-tiap minggu ialah kumpulan Sepah. Paling tak boleh blah kalau Jep yang bercakap. Memang ada je lawak dia. Bak kata Mamat Khalid, lawak kumpulan Sepah nie dekat di hati masyarakat. Sebabnya lawak-lawak diorang adalah adaptasi dari kisah-kisah harian dan juga budaya masyarakat kita.
Jom layan beberapa video persembahan dari kumpulan Sepah.
Nie yang malam tadi. Tugasan pertama. Sepah bersketsa pasal orang baru lepas berkhatan.
Tugasan kedua pulak diorang mimic semanis kurma.. lawak sangat..
Semanis kurma jadi Manisnya kurma ini. Si Jep try bercakap senafas macam ustazah Bahiyah tapi tak mampu.. sebab tue dia asyik semput je hehhee Yang si Shuib lak memang ada gaya ustaz akashah.