Assalamualaikum..
Alohaa~~~~~~~~~~~~~
Pejam celik pejam celik tanpa disedari hari ni dah masuk 23 Ramadhan dan
dah masuk pun bulan Ogos. Begitu pantas masa berjalan. Kalau berbicara bab menu
buka puasa aku bukanlah orangnya. Namun, teringin juga nak berkongsi hidangan
yang memang membuka pintu selera aku.
Minggu kedua di bulan ramadhan, seminggu aku terpaksa outstation ke
Pahang. Aku diserang sakit tekak dan batuk sepanjang berada di sana. Memang
hilang selera aku nak makan. 2 hari pertama di sana aku cuma berbuka puasa
dengan roti. Bunyi macam sadis kan????? Macam dah pokai sangat sampai berbuka cuma
dengan roti je. Sahur pulak air kosong dengan kurma. Cukup setakat dapat pahala
bersahur.
Masuk hari terakhir mujur ada insan yang sudi datang melawat??? Dan bawa
aku berbuka puasa di tempat yang memang berjaya membuka selera. Partner in
crime aku nie memang unpredictable orangnya. Kadang-kadang rasa amazing juga
dengan kemampuannya menggembirakan hati orang lain.
Destinasi impian berbuka puasa ialah ---------------------- TEMERLOH.
Matlamat ialah untuk makan ikan patin masak tempoyak.
Sementara menunggu waktu berbuka, kami pun berjalan-jalan di sekitar
bazar ramadhan Bandar Temerloh. Banyak juga pilihan juadah berbuka puasa.
Namun, ada satu menu yang sangat-sangat membuat aku terliur. Terbuka selera
makan yang dah beberapa hari tak jamah nasi.
Talapia bakar disiram dengan kuah tempoyak. Seriuss sedap!!!! Sangat
sedap. Ikan talapia masih terasa manis isinya dibakar sempurna di atas daun
pisang. Disira dengan kuah tempoyak yang agak pekat terasa segala masam masin
dan pedasnya.
Walaupun harganya agak mahal iaitu RM20 seekor tapi bagi aku tersangatlah
berbaloi dengan keenakan dan kualiti yang diberikan. Memang licin ikan tue aku
belasah. Gerai makcik nie namanya Ain Ikan Bakar. Beliau menjual ikan patin dan
tilapia yang disira dengan kuah tempoyak. Harga seekor ikan di antara RM20
hingga RM30 bergantung kepada saiz ikan. Boleh tahan besar jugak la. Puas
makan!!
Jadi, jika ada yang ke Bandar Temerloh pada bulan ramadhan nie, boleh lah
beli ikan bakar tempoyak yang sedap ni. Serius berbaloi-baloi!! Sangat sesuai
untuk juadah berbuka puasa.
Menu berbuka puasa hari tu ialah ikan talapia bakar disira kuah tempoyak,
ikan patin masak tempoyak, paru goreng masak cili, ulam-ulaman dan sambal
belacan. Kebanyakan ikan patin masak
tempoyak dijual dengan harga RM8-RM10 seketul, bergantung kepada saiz dan
bahagian ikan.
Terima kasih partner in crime yang bawa jalan-jalan cari makan sikit
punya jauh!!!
Regards,
aurikel





