Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

April 3, 2009

Goodbye Pak Lah

Semalam tanggal 2 April merupakan hari terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah bertugas sebagai PM Malaysia yg ke-5. Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat peletakan jawatan serta memohon perkenan baginda bagi pelantikan penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka, berakhirlah sudah era pemerintahan Pak Lah yang bermula sejak 31 Oktober 2003. Sedikit cebisan resume mantan PM Malaysia kelima.

Garis masa

  • 1939: Dilahirkan ternama di Bayan Lepas, Penang pada 26 November
  • 1964: (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari UM; menjadi Penolong Setiausaha,Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
  • 1965: (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmud
  • 1969: (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1971).
  • 1971: (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan (sehingga 1973).
  • 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha,Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan
  • 1978: (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
  • 1979: (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bhgn Kepala Batas
  • 1980 : (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
  • 1981: (umur 42): Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
  • 1984: (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
  • 1986: (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan(sehingga 1987).
  • 1990: (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat
  • 1991: (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
  • 1993: (umur 54): Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
  • 1996: (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO
  • 1998: (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
  • 1999: (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
  • 2000: (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei
  • 2003: (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
  • 2004: (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
  • 2009: Bersara

Gelaran yang diberi kepada mantan PM Malaysia:
1st PM : YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Bapa Kemerdekaan
2nd PM: Tun Abdul Razak Dato' Hussein - Bapa Pembangunan
3rd PM
: Tun Hussien Dato' Onn - Bapa Perpaduan

4th PM:
Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Pemodenan

5th PM:
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi @pak Lah- ??? Bapa corridor?Bapa hadhari?Bapa mertua Khairy Jamaludin?


Tunggu jela nanti..hehe
Bekas PM Malaysia ke5
Related Posts with Thumbnails