Pages

Ads 468x60px

.

Labels

January 11, 2012

Cuti - cuti @ Melaka Part2

...

xoxo
...

Salam & Morning y' all.. Meh sambung citer pasal cuti-cuti Malaysia ke Melaka.  Kami exit toll Alor Gajah lebih kurang jam 1130 pagi. Punyalah banyak trafik light dari lepas tol nak ke Bandar Melaka. Bukan setakat banyak trafik, kereta pun bukan main banyak. Jammed la haiiiii..

Bandar Melaka jammed kaw-kaw masa tue. Kaki aku nie naik lenguh dah. Nasib gak bawak kereta das auto. Lebih kurang 1 KM sebelum sampai Bandar Melaka yang sangat jammed aku dah terbau hangit. Tapi rasanya bukan dari kereta aku. 

Siap bukak tingkap lagi. Bau bertambah kuat. Dengan yakinnya berkata

 ' Nie bau kedai-kedai kat sini kot'. 

Tak lama lepas tue dapat mesej dari cousin. 

'Berhenti kat mana-mana kejap. Kereta kitorang hangit lah!'

Owwwhh..kereta belakang yang hangit. Cuak gak aku tadi. Ingatkan kereta sendiri. Cun-cun lepas dapat berita tue aku nampak ada satu pintu pagar dah siap terbukak. Aku pun masuk parking dalam tue. Rupanya kat situ ada CIMB bank. Sebelah je dengan Mercedes show room. 


Alhamdulillah. Ada gak tempat nak berhenti tengok keadaan kereta. Cik Ona tak berasap pun tapi bau hangit. Try check radiator memang agak kering. Lepas dah cooling down & dah tambah air, bila start balik still ada bau-bau hangit. 


Pakcik aku taknak ambil risiko. Dengan bantuan pakcik polis trafik yang bertugas dekat situ, kami berjaya dapatkan mekanik untuk check keadaan kereta. Dengan bantuan pakcik polis trafik itu jugak, kami macam VIP ada polis escort dan buka laluan untuk kami menongkah arus menghala ke arah bengkel Proton yang berdekatan. 





Sila abaikan Fahrin Ahmad versi gebus di atas. 

Cik Ona terpaksa masuk ICU lebih kurang 3-4 jam akibat kehangitan clutch. Kami gegurl semua teruskan perjalanan jalan-jalan shopping + cuci mata kat Dataran Pahlawan while the men haruslah kena tunggu kat situ! kehkehkeh.

Pakcik aku muka memang dah monyok abes dah. Rabak 5 ratus lebih sebab nak tukar clutch baru. Hmmm.. memang mood bercuti sudah ruined!!!!!

Errr...Hari nie mood aku masih ke laut. Emotional breakdown not fully recover. 
Kejap rajin normal, kejap malas yang amat. Kadang-kadang rasa sedih & rasa sebak tiba-tiba. 
Kadang-kadang rasa macam terawang-awang sorang-sorang. 
Feet off the ground.

Okay. Enough. Dah start merepek balik. 
Baik cau cepat. Okay. Bye!!


*tetiba macam wish someone to be here*










No comments:

Related Posts with Thumbnails