Happy Saturday!!! Ini adalah ikan pekasam yang seterusnya..eh silap! Ini sambungan cerita pasal rombongan Cik Kiah ke Langkawi. Oh ya, jika melawat Langkawi jangan lupa mendaki Gunung Mat Cincang.
MENDAKI??? Putus fius ke aku nak bawak makcik pakcik daki gunung??!!
Just kidding!! Jangan la marah cik kiah...hehehe
Memang dalam tentatif, aktiviti seterusnya adalah naik ke puncak Gunung Mat Cincang. Tapi tak perlu la nak mendaki segala. Mau putus segala urat-sendi-nafas makcik pakcik ku. Bayar tiket pastu duduk diam-diam dalam gondola sudehhh.... Tak sampai setengah jam sampai la ke puncak atas tue.
3.45 pm: Selepas rehat & check in lebih kurang sejam di Langkawi Seaview Hotel, percutian diteruskan ke Langkawi Oriental Village. Perjalanan dari Pekan Kuah ke Langkawi Oriental Village mengambil masa lebih kurang setengah jam.
Di sinilah terletaknya pintu masuk untuk naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang. Sila tunjuk MYCARD anda, bayaran hanyalah RM15 bagi dewasa & RM10 bagi kanak-kanak.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Cincang. Dari sini kita boleh melihat pemandangan menakjubkan lautan Andaman dan kepulauan Langkawi.
Bagi sesiapa yang berjaya sampai ke puncak, mesti jakun kejap melihat cantiknya keindahan alam ciptaan tuhan. Tak kurang juga yang ternganga memikirkan teknologi apa la yang digunakan sangat sampai boleh buat cable car sampai ke puncak Gunung Mat Cincang.
Bak kata makcik ku, 'kecut perut naik cable car, berpeluh tapak kaki'. Ketika kami mula naik, cuaca agak redup, tidak begitu cerah. Semakin tinggi gondola menghampiri stesen, semakin tebal kabus kelihatan.
contoh gaya orang jakun huhuhuhu
tengok apa tah.. masa nie kabus tebal lagi..putih je sekeliling
Beberapa keping gambar yang diambil dari dalam gondola, Enjoice!!
..
..
..
..
Gondola bergerak menuju puncak meninggalkan stesen bawah, boleh nampak Geopark Hotel
Air terjun telaga tujuh pun boleh nampak dari atas
makin tinggi makin tebal kabus
yeayy...malas nak turun stesen pertama, terus je ke stesen kedua @ stesen tertinggi
Perkara wajib buat apabila sudah sampai di stesen tertinggi adalah berjalan-jalan di jambatan gantung yang dikenali sebagai Langkawi SKY BRIDGE. Jambatan ini menghubungkan stesen kabel dengan banjaran Gunung Mat Cincang.
pemandangan sky bridge dari dalam gondola
amazing!!!
Kita perlu menuruni tangga-tangga batu yang agak curam untuk ke jambatan gantung ini. Kalau siapa yang lembik, takde stamina memang semputla... tue belum campur bab gayat nak jalan atas jambatan gantung yang hanya ada satu tiang je nie. Amacam?? Ada berani??
Oh ya, masa aku sedang termengah-mengah menuruni anak-anak tangga tiba-tiba lalu di sebelah ku seorang wanita. Cantik. Tak ada bau tapi rambutnya mengerbang. Aku fikir wanita nie puteri gunung Mat Cincang agaknya..
Dia cuma dibaluti sehelai kain sutera. Dengan fesyen ala mak minah-berkemban-nak-pergi-mandi-di-sungai, kedek-kedek dia memanjat tangga-tangga batu di situ. Sambil tangannya menggenggam erat ikatan kain di dada.
Aduhhh..risaunya aku... Lekas-lekas aku berdoa semoga angin tidak bertiup kencang dan genggaman tangannya kekal erat!!
jalan-jalan atas sky bridge
cousin ku diserang acro-phobia @ gayat!! Jalan pun nak kepit2
seriously...pancit!!
Info:
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad : 9.30 pagi - 7 petang





6 comments:
agaga... InsyaAllah, dalam kepala aku ni ada merancang untuk pergi lagi Langkawi ni, nak naik cable car tu. huhu..
kalau pergi ms cuti sekolah ari sabtu ahad memang crowded..silap2 xdpt naik.. aku pg jumaat ptg.. lengang je..best wooo.. nak amek gambar gaya apa pun bley..
aritu geram jek masa g langkawai kabel car nih tutup!hiss dah lah bukan senang nak dtg sana..
aku dah lama x g langkawi.last g masa sekolah rendah.huhu..tp x lama sgt la coz umo aku br msuk 18.hik3..
cik helena: xde rezki nk naik..xpela nxt time dtg lg..tpt tue jarang tutup unless bad weather or under maintenance
anak perak: amboi...'muda' la sgt umur ko..kalau ko bru msuk 18thn, umur aku brape lak ek? 16 thn la kot..huhuhu
Post a Comment