Selepas tamat aktiviti berjalan-jalan ke dua buah pulau dan juga tempat lepak helang, aktiviti seterusnya adalah naik bot pisang @banana boat. Waahhh..nampaknya aku dan sepupu-sepupu masih kemaruk air laut lagi.
Warga veteran rombongan kami pastilah tak kuasa nak naik bot pisang ronda-ronda tengah laut kan... so kami berpecah kepada dua kumpulan. Golongan veteran pergi lunch, jalan-jalan dan shopping di sekitar Pantai Cenang. Manakala golongan muda belia yang ekmaruk nak main air laut pergi naik banana boat.
Biasanya setiap orang dikenakan bayaran RM15 seorang tapi kalau pandai 'kautim' bolehlah dapat diskaun. Memandangkan mulut manis aku yang potpet potpet, kami dapat diskaun!!! hooray... alahaii..naik atas pisang pusing2 tengah laut je..itu pun nak teruja kan..
Ini kali kedua aku dan my cousin, Fid naik bot pisang. Cousin-cousin yang lain semua pertama kali naik. Cuaakk muka diorang... siap warning kat brother yang bawak speed bot tue jangan buat banana bot kitorang terbalik.


No comments:
Post a Comment