Pages

Ads 468x60px

.

Labels

June 26, 2010

Langkawi 3: Restoran Nelayan Langkawi I [Bad Service]


Destinasi selepas Oriental Village ialah Pantai Chenang. Shopping-shopping sikit beli t-shirt dan souvenir. Selepas maghrib kami bergerak ke tempat makan malam yang dicadangkan oleh my cousin, Fid.  Beria-ria dia promote restoran tue; sedap, harga murah, layanan best & sangat berbaloi.

Restoran Nelayan nie tak jauh dari Pekan Kuah dan dekat dengan Bukit Malut ke hape tah..Tapi yang pasti berhampiran dengan Hospital Langkawi. Restoran ini bukan kat tepi jalan, ianya agak terperosok ke dalam. Pertama kali dengar nama Restoran Nelayan, otak duk membayangkan ekslusif camne la agaknya restoran nie.

Sekali bila dah sampai.... looooooooooooooooooooorrr nganga sikit. Kedai makan biasa je...Lantai pun simen biasa takde tiles. Tak kisah la..Kalau makanan sedap, service pun tip top, pasal physical appearance boleh tolak tepi. 

Jejak kaki je, separuh dari kami pergi cari meja dan separuh lagi ke bahagian belakang. Kat belakang nie ada banyak pilihan ikan dan makanan laut seperti kerang, udang etc. Aku ambil kerang 1kg, mintak diorang buat kerang bakar. Yang lain pilih ikan siakap untuk masak 3 rasa, ikan loban dan beberapa jenis ikan yang aku tak tau namanya.

 ikan nie panjang sangat..takooot nak makan

Usai memilih, kami join yang lain di meja. Ketika itu perlawanan badminton Piala Thomas antara Malaysia & Jepun sedang rancak ditayangkan di kaca TV. Dua orang pekerja restoran tersebut sedang syok layan TV. Sorang lagi sedang lipat tisu, pun sambil menonton TV juga.

Kedatangan kami bagai tak dialukan. Hampir 5 minit berlalu tiada seorang pun pekerja datang ambil order. Cousin aku terpaksa panggil salah seorang pekerja bagitau kami nak order. Kemudian datangla seorang pekerja lelaki tanya kami nak minum air apa.

Dah kata kami ni datang ramai kan..err 15 orang kira ramai la kann..?? Kami panggil la salah seorang pekerja yang tengah syok tengok TV tue, bagitau dia kami nak gabung meja. Nak tau apa dia buat??? Dia boleh buat bodoh je... tiga kali pakcik aku ulang ayat 'Dik, kami ramai nie, nak sambung meja boleh?'. 

Mamat yang tengah lipat tisu tue dengar tapi dia boleh pandang je. Bengang dengan layanan acuh tak acuh, pakcik aku bangun tarik meja. Kalau tak boleh cakap jela tak boleh.. kami takde masalah nak duk separate. Nie boleh pulak buat bodoh je...

Sekali lagi kami panggil mereka bagitau kami nak order makanan ala carte. Lebih kurang 5 minit baru datang seorang pekerja perempuan. Datang tanpa sehelai kertas mahu pun sebatang pen. 

'Nok order ape?' tanya budak perempuan tue dengan pelat-pelat kelantan.
makcik aku (1) 'Mee goreng'
makcik aku (2) 'Mee goreng jugak'
mak aku 'Nasi goreng kampung'
pakcik aku (1)  'hmmm...' pakcik aku tengah fikir jap nak makan apa.

Tuptup budak perempuan tue blah pergi dapur macam tue je. Kami semua tayang muka pelik. Adik sedara aku siap tanya lagi 'Apsal dia blah..? orang tak abes order lagi. Tak tanya pun orang lain.. dahla tak catit. Macam terror je boleh ingat order.'

Lepas 10minit kami tunggu kot-kot budak perempuan tue datang balik. Korang rasa dia datang meja kami semula ke tak???
..
..
..
..
..
.. 

Next entry la aku sambung cerita. Menyampah lak nak sambung cerita pasal bad service kat restoran tue. Tapi seriously la kan.. sangat tak patut tau diorang layan customer mcm tue. Orang bukan ramai sangat pun.Pekerja syok tengok badminton, customer datang pun tak dilayan.




5 comments:

bluelily said...

eee teruknya..xptut ar diorg lyn customr cmtu.

aurikelsan said...

lily, aah..as customer kitorg xdeserve dilayan mcm tue, kazen aku bnyk kali mntk maaf..dia siap rasa bersalah sbb dia yg recommend tpt tue

cteemars said...

akk pun jd geram ngn restoran ni...eeeeee...

cteemars said...

eee...akk pun jd gerammmmmmmm huhuhu

aurikelsan said...

ctee_mars:memang geram sgt kak.. rasa cam nyesal sgt g situ tp dah kazen sy recommend kan.. kalau tak disebabkan kitorg g situ ramai2, sy dah angkat kaki awal2 je

Related Posts with Thumbnails