BANTAHAN MEMBAWA MASUK LELAKI KE DALAM KOC WANITA.
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengingatkan kepada wanita-wanita yang menggunakan perkhidmatan tren komuter supaya tidak membawa/mengheret/terbawa/terheret sekali rakan lelaki, teman lelaki, pakwe, boyfriend atau mana-mana spesis lelaki yang seumpama dengannya menaiki koc wanita.
Sebagaimana tema koc wanita 'Wanita sahaja sepanjang masa', begitula juga sepatutnya hanya wanita sahaja di dalam koc tersebut pada bila-bila masa dan sepanjang masa. Sekiranya anda merasakan diri anda dan teman lelakimu itu umpama belangkas yang tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu, jika dipisahkan maka pincanglah ia... sila la masuk ke gerabak umum.
Untuk makluman, hanya sebuah gerabak sahaja iaitu di bahagian tengah yang diperuntukkan sebagai koc wanita. Gerabak lain di hadapan dan belakang semuanya dikategorikan sebagai umum iaitu boleh dinaiki oleh sesiapa sahaja; lelaki, wanita ataupun lelaki/wanita.
Tolongla rajin sikit baca banner, papan tanda dan sticker yang digantung & ditampal di merata-rata tempat di stesen komuter. Buta huruf?? Ohh..patutla. Kalau begitu, sila dengar berita selalu ok.?
Andai tersilap masuk gerabak, cuba la tengok-tengok sikit jelingan maut wanita-wanita lain di dalam gerabak tersebut. Penat dah akak-akak dalam tue berdehem bagi signal!! Sampai sakit tekak diorang. Confirm mereka cari strepsil lepas tue.
Walaupun anda mempunyai daya keyakinan yang 'sangat tinggi' untuk membawa masuk teman lelakimu itu, sila hormati wanita-wanita yang lain. Tak perlu buat aksi slot Samarinda di situ. Pesan pada teman lelakimu, usah tayang sikap romantis, berbisik mesra, melingkarkan tangan di pinggang & main cuit-mencuit di dalam koc wanita. Aksi-aksi manja anda berdua hanya buat wanita lain rasa nak muntah hijau setiap saat.
Ya, memang teman lelakimu itu kacak. Lebih kacak sedikit dari Wak Radin yang ditangkap jadi penghulu penempatan kondo mewah haram di KL. Tak perlu ditayang wajah bangga berdiri rapat mesra di sisinya. Semua di dalam koc wanita itu boleh nampak wajah riak seolah berkata 'aku ada pakwe hensem, korang ada?'.
Hishhh...Aku penatla nak sound korang as 'couple gedik'.
Sekian, harap maklum.
Yang benar,
Pengguna tegar tren komuter

9 comments:
memang 'makan dalam' surat ni..huhu..
My latest entry : Masalah Kereta Api Di Jepun Lagi Teruk Dari KTM Malaysia
menusuk di kalbu tak?? hehehe
hah bagus.
mmg.
sme org akan buat jelingan tajam kat dorang.
hahahaha
ery farieha: jom pakat jeling ramai2 hahaha
some people dont even bother =P
geram betol dgn lelaki yg muka selamber aje masuk koc wanita, pada hal koc lain banyak lagi ruang kosong
kenwooi: yup
bluelily: lelaki muka selamber masuk koc wanita satu hal, yg lg geram ble dhla time ramai diorg sdap je duduk, kita lak kena berdiri
bluelily: tp yg plg sllu muka slumber naik koc wanita ni aku nmpk mat2 indon, bangla ngn nepal. nape ar xd org jaga jgn kasi laki masuk
agaknya, lelaki tue luaran je nampak laki kot, tp, dalaman jiwanya dah jadi perempuan barangkali... ;)
Post a Comment