FIESTA NASI LEMAK 1 MALAYSIA
Tarikh: 4-6 Jun 2010
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 2 Putrajaya
Pertandingan memasak nasi lemak ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia dan Sri Warisan Event Management dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ianya terbuka kepada segenap lapisan masyarakat.
Nasi lemak yang paling sedap akan dinobatkan sebagai 'Nasi Lemak 1 Malaysia' pada fiesta tersebut. Kepada pengunjung Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia @ peminat-peminat nasi lemak pula, jangan lepaskan peluang mendapatkan nasi lemak secara percuma pada 5 dan 6 Jun 2010
Selain dari pertandingan memasak nasi lemak, terdapat juga pertandingan lain yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti pertandingan mewarna, karaoke, teh tarik dan pakaian tradisional 1 Malaysia. Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia ini juga bakal diwarnai oleh persembahan pentas oleh artis popular, aktiviti sukaneka & permainan rakyat serta jualan dari usahawan IKS.
Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia, sila layari nasilemak1malaysia. Atau hubungi Sri Warisan di talian: 03-42936678/012-6871742/012-3390742/012-3784167/012-6730536


6 comments:
cool.. i love nasi lemak =)
wow....free nasi lemak! But its really filling..wonder how much can one eat :-)
kenwooi: i love it too..but not everyone can make a really delicious-nasi lemak
ohmywtf: hoyeehh..but there is only 10,000 free nasi lemak
kenapa la pesta2 yang best macam ni selalu buat kat Kawasan KL aje? jeles ar ,,tak dapat p..jauh..=(
cik aidacomei: mehla turun KL
Post a Comment