Selepas sarapan, aktiviti seterusnya adalah naik bot ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan ke tempat yang diberi jolokan 'Eagle Feeding'.
Hujan turun renyai-renyai namun tetap memaksa kami menangguhkan seketika rancangan untuk membuat aktiviti island hopping. Almaklumlah... rombongan kami kan terdiri daripada warga veteran. Kalau berhujan nanti ada pulak yang demam. Sebagai ketua rombongan kebajikan ahli rombongan haruslah menjadi keutamaan kan.
Melihat awan yang penuh dilitupi awan buat aku sedikit risau. Takkan lah nak batalkan aktiviti island hopping. Duit bot semua dah bayar. Hampir 9.30 pagi, brother yang in charge bot call my cousin, Fid. Mereka kata cuaca okay. Bahagian hujung pulau tempat kami bakal memulakan aktiviti sudah mulai cerah.
Legaaa hati teman..
Bila semua dah pakai life jacket, apalagi.... jom naik bot!!!
Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting.
Kalau mengikut cerita pakcik bot, nama pulau nie ada kaitan dengan satu kisah lagenda tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan seorang putera dari bumi. Namun, anak yang lahir dari perkahwinan mereka telah mangkat menyebabkan puteri tersebut sangat berdukacita.
Maka, dia pun menyemadikan mayat anaknya di pulau tersebut. Kononnya sebelum pulang semula ke kayangan, puteri tersebut telah menjampi air tasik ini sebagai penawar kepada mereka yang inginkan anak .
Di tengah Pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar. Lenguh kaki woooo... nak panjat tangga menghala ke Tasik Dayang Bunting.
Di sini kita boleh mandi atau pun merasai pengalaman merendam kaki ke dalam air yang ada ikan keli. Ala-ala foot reflexology gitu...
Amacam?? Berani tak rendam kaki dalam air yang ada ikan keli? Ikan keli nie masih ada sengatnya tau. Mana aku tau ada sengat?? Aku baca signboard kt situ la..
Masa mula-mula letak kaki..mak aiii gelinya tapak kaki terkena misai ikan keli yang sedang berenang-renang. Bila ada je kaki baru yang masuk ke dalam air, laju je ikan-ikan keli tue datang serbu.
Lepas dah puas
Lepas tengok helang, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Hmm..aku pun tak tau kenapa di namakan begitu. Sepanjang di sana tak jumpa sebutir beras pun.
Cadangnya, nak bermain sukan air kat sini. Tapi nasib kurang baik sebab kedai yang menguruskan sukan air di Pulau Beras Basah tutup la pulak. So, aktiviti kami ialah makan, mandi & tengok monyet. Banyak sangat monyet kat sini. Pantang betul kalau tengok orang bawak bungkusan makanan.



No comments:
Post a Comment