Menu pilihan adalah hidangan Family Feast for two dengan pilihan ayam panggang Pepper (Pepper Roaster). Set hidangan ini terdiri daripada 2 nasi ayam, 1/2 ayam panggang, 1 fish cake, 1 tofu jepun, 2 sup dan 2 gelas air jus oren.
Portion nasi ok. Kenyang wooo..
Ayam panggang sedap. Lebih kurang macam ayam kat Kenny Rogers.
Fish cake pun not bad tapi cili agak masam, terlebih cuka kot..
Fish tofu nie sangat sedap. Rasa nak mintak tambah je hehe
sup cendawan. Kureng kick la..
Fresh oren... layan......
Restoran Rasamas ini terletak di Lot LG 30 & 31 Lower Ground Floor Mid Valley Megamall. Staf baik, bermuka manis =) dan servis pun cepat. Maybe sebab tak ramai sangat orang kot.
Restoran Rasamas :
Persekitaran: 4/5
Perkhidmatan/layanan: 4/5
Makanan: 3.5/5
Harga: 3/5 ~~~

