Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 26, 2010

Bagaimana mendapat 3 buffered earning


Ini post budak jakun. Harap maaf.

Sebenarnya sedikit kecewa kerana tidak berjaya dapat earning untuk post Project Alpha Instant Cash Blogging minggu ketiga. Cesss!!Padan muka sebenarnya..tuela..siapa suruh submit lambat..kan dah gagal jadi antara 100 valid entri. Kalau pakcik Karam Sing Walia tahu mesti dia kata sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Minggu ini satu perkara agak aneh berlaku. Mungkin tidak aneh bagi orang lain tapi aneh bagi saya. Iklan dari nuffnang di bahagian header asyik keluar setiap kali saya masuk blog ini. ahhh..sungguh aneh. Bila saya keluar dan masuk semula iklan tersebut tetap ada. Aneh!! 

15 minit tadi tangan kanan dan kiri gatal-gatal bukak nuffnang. Tiba-tiba saya melihat sesuatu....
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
               

eh eh..mana datang buffered earning nie??? sebagai blogger yang taraf atas tanah lapang, memang sangat sedikit jakun. Buffered earning pun tak tau apa dia. Musykil juga..macam mana boleh dapat buffered earning ek??

Merujuk kepada Incik Melz:

Buffered Earning adalah Iklan yang korang dapat iaitu dalam keadaan CPM (Cost Per Impression) . Kalau korang tengok setiap hari dia akan berubah mengikut perubahan Traffic korang . Untuk CTR di bahagian hujung . Cukup melepasi 0.2% sudah memadai untuk korang mendapatkan CTR Bonus. CTR tuh mende? CTR itu adalah Click Through Ratio . Berapa kerap visitor korang menclick iklan² yang terpapar di blog korang
( buffered sahaja )

Selepas Buffered Earning atau BE. Korang akan diberikan Metered Earning atau ME. iaitu selepas dicalculate BE itu dan dicampurkan sekali dalam CPC (Click Per Cost ) yang 0.25tuh. Dan selepas dicampur segala²nya barulah korang dapat dalam bentuk Current Earning.




nota: thanks nuffnang..




Kegembiraan 8 minit buat Benjy dan Kak Yan


Kegembiraan seniwati Azean Irdawaty bertemu semula dengan anak kesayangannya, Benjy setelah dua  minggu terpisah kerana ditahan reman berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah kondominium pada 12 Mac lalu hanya mampu bertahan tidak sampai 10minit.

‘‘Kenapa ni? Anak saya dah bebas. Dah bayar jamin, anak saya dah bebas.’Itu yang diulangi oleh pelakon veteran, Azean Irdawaty kepada beberapa anggota polis berpakaian preman ketika mereka menahan semula anak lelaki tunggalnya, Benjy.

Terdahulu, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki dadah jenis metaphetamine seberat 0.24 gram. Semalam, Majistret Hafizza Sauni membenarkan tertuduh dibebaskan secara jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April ini.

Sementara itu, sebelum pelakon watak Jibek dalam drama Kerana Cintaku Saerah ditahan semula, kelihatan hampir 10 orang anggota polis dan pegawai berpakaian biasa menunggu di luar kaunter reman. Keadaan bertukar kelam kabut sebaik sahaja Benjy ‘dicekup’ sewaktu melangkah keluar dari kaunter jamin menyebabkan ibunya terpinga-pinga.

Kali ini, penahanan Benjy dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan pelakon itu ditahan selama 60 hari.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor manakala Benjy diwakili peguam bela, Amer Hamzah Arshad. Amer Hamzah pula dilihat cuba menghalang tindakan anggota polis yang cuba menggari Benjy dengan memegang dan melindungi anak guamnya sambil meminta surat penahanan. Tindakan tersebut bagaimanapun gagal apabila Benjy terus dibawa pergi.

Sementara itu, Azean dilihat cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang anggota polis tetapi hanya dimaklumkan supaya berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang pada mulanya hanya berdiam diri tiba-tiba menjerit apabila melihat abangnya dibawa pergi oleh sekumpulan anggota polis sebelum menangis. Azean ketika ditemui selepas kekecohan itu berlaku meluahkan rasa kesalnya dengan kejadian tersebut.

‘‘Tolonglah jadi profesional. Kali ini anak Kak Yan ditangkap sebab apa? Yang dituduh sebelum ini kata tak ada apa-apa pun.

‘‘Kak Yan seorang ibu yang sakit. Berapa kali nak bagi Kak Yan stres?’’ ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Azean menyatakan dia tidak tahu kerana kebingungan.

‘‘Masa jumpa tadi, tak cakap apa-apa pun. Dia (Benjy) cuma cium tangan Kak Yan dan Kak Yan gosok kedua-dua pergelangan tangannya yang dah bergari selama dua minggu,’’ katanya yang mula dilihat bergenang air mata.

Mengikut ADB, Langkah-Langkah Pencegahan Khas digunakan bagi menangani mereka yang diyakini terlibat dalam pengedaran dadah tetapi tidak mengendalikan, sebaliknya hanya mengeluarkan arahan dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli.


Nota: Sabarla ye Auntie Yan..biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.


**sumber: Utusan Online

March 25, 2010

Biasiswa 1Malaysia


Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas dalam bidang dan universiti yang sama untuk mendapatkan Biasiswa Yayasan 1MDB tajaan 1 Malaysia Development Berhad.  

Syarat kelayakan:
(a) Syarat-syarat Asas
      i) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
      ii) Telah menduduki peperiksaan STAM/STA/SMA atau setaraf;
      iii) warganegara Malaysia;
      iv) Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2010;
      v) Mendapat surat sokongan/pengesahan* menyambung pengajian dalam bidang yang ditawarkan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) di Mesir ;
      vi) Telah menerima surat tawaran* melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di universiti yang sama; dan
      vii) Keutamaan Penajaan akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga miskin yang tidak menerima sebarang penajaan.

Nota : (*) dokumen berkaitan dihantar sebaik sahaja diperolehi

(b) Syarat khusus (Kelayakan Akademik)

      i) Pelajar baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam SPM Aliran Sains dengan mendapat Gred 2A dalam 7 mata pelajarantermasuk Bahasa Arab;
                                                        Atau
      Memiliki Sijil Matrikulasi Sains dengan memperolehi CGPA 3.40.

      ii) Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas semester satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau gred Mumtaz (80 peratus).

Borang permohonan:
Sila klik : Borang permohonan Biasiswa 1Malaysia

Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon
      i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
      ii) Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/ agensi.
      iii) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains /Pra Universiti /Alpha/ Foundation.
      iv) Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa


Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:
      i) Pemohonan mesti dibuat menggunakan format borang yang disediakan;
      ii) Pemohon boleh mendapatkan maklumat berhubung tawaran biasiswa 1 Malaysia dan borang permohonan daripada Jabatan Agama Islam Negeri atau dengan melayari http//www.islam.gov.my;
      iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta semua dokumen sokongan seperti 

  • salinan Kad Pengenalan
  • salinan sijil-sijil / Slip-Slip Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Surat Tawaran Belajar 
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah 
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri) 
  • salinan Visa Pelajar 
  • salinan Borang J Cukai Pendapatan dan lain-lain yang disahkan hendaklah dikemukakan terus kepada:


URUSETIA
JAWATANKUASA PANEL PEMBIYAAN BIASISWA 1MALAYSIA
D/A BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM
BLOK D7 PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62619 PUTRAJAYA


Tarikh tutup permohonan
26 Mac 2010


Maklumat lanjut berkaitan biasiswa 1Malaysia
Pertanyaan mengenai prgram ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88864055/4327. Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat)


Related Posts with Thumbnails