Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Selera kali nie nak makan sesuatu yang baru. Menu baru dan tempat baru. Kebetulan lalu depan Restoran Fig & Olive, tengok interior design dari luar nampak calm & nice je. Orang pun tak ramai sangat. So, apa lagi... Meh rasa makanan ala mediterranean. Tak payah nak pergi jauh-jauh ke , kat Malaysia pun ada.
Fig & Olive Cafe yang kami pergi nie terletak di aras Sunway Pyramid. Berada di laluan Marakesh dan tak jauh dari Pyramid Ice court.
Yang nie buku menu. Jom jengah hiasan dalaman dia pulak..
..
..
v
v
v
Hiasan pun ala-ala mediterranean. Simple but nice.
Blackcurrent tea & fresh orange
Serius..sangat suka blackcurrent tea nie. Tanpa gula pun rasa dia dah okay. Perfect combination. Bau blackcurrent yang sangat wangi. Terbuka selera ai tauuu...
Classic chicken BBQ pasta ~~~ nie kot nama dia. Ada ayam ada pasta dengan carbonara.
Kuah carbonara dia pekat & sedap. Memang sangat mengenyangkan.
Magribi chicken with olive rice
Desert : Devine brownies ~~~ pergghhh memang menusuk kalbu
Yeayy...!! Hari nie 6 org geng perut PFEM pergi lunch dekat Restoran Ikan Bakar di Seksyen 25 Shah Alam. Waaah..ramainya orang. Actually, diorang dah pergi semalam tapi sebab aku ada keje tak dapek la join sekali. Aku makan cucur sayur 3 ketul je wehh.. Arini supaya aku tak merajuk sebab kena tinggal semalam, diorang pun pergi makan sekali lagi kat restoran nie.
Pilihan lauk pauk memang banyak. Macam-macam ada. Sotong, udang, kerang, siput sedut, lala, ikan pelbagai jenis masakan, ayam etc etc. Ulam-ulam pun banyak. Ulam jantung pisang pun ada koo.. kot-kot sape yang tak pernah makan hati berulam jantung tue, boleh la try.
Aku tak minat jantung pisang. Jantung hati okay... hahahahha Sedap la kot jantung pisang cicah sambal belacan. Dah dua hari member technician aku nie berulam kan jantung.
Ikan bakar dia memang berasap dari dapur. Kalau ko amek tapi ikan tue dah tak panas, boleh request kat pekerja kat situ tolong panaskan kejap. Baru massyuuuk nak makan. Takdela macam sesetengah tempat, ikan bakar sejuk bedi je..
Err..orang yang gatal mintak panaskan balik ikan tue aku la.. hehehe Orang lain tak nampak pulak. Tapi budak tadi okay je bila mintak tolong panaskan sikit.
Kat sini ada pelbagai pilihan ikan bakar. Ada ikan pari, ikan kembung, ikan jaket, ikan keli. Kalau tak nak ikan bakar, ayam bakar pun ada.
Harga pun boleh tahan. Takdelah mahal macam rasa nak naik darah tinggi lepas tengok bil. Aku makan nasi separuh, sayur pegaga seikat, ulam raja seikat, kacang botol, kacang panjang, tempe masak pedas & ikan kembung bakar + air suam = RM6.50
Burrpp... alhamdulillah
Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
Jalan Merdu 25/119,
Taman Sri Muda,Seksyen 25,
40000 Shah Alam,Selangor