Pages

Ads 468x60px

.

Labels

June 4, 2010

Koc Wanita : Surat Terbuka kepada Couple Gedik


Kehadapan wanita-wanita yang ada pakwe,

BANTAHAN MEMBAWA MASUK LELAKI KE DALAM KOC WANITA.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengingatkan kepada wanita-wanita yang menggunakan perkhidmatan tren komuter supaya tidak membawa/mengheret/terbawa/terheret sekali rakan lelaki, teman lelaki, pakwe, boyfriend atau mana-mana spesis lelaki yang seumpama dengannya menaiki koc wanita.

Sebagaimana tema koc wanita 'Wanita sahaja sepanjang masa', begitula juga sepatutnya hanya wanita sahaja di dalam koc tersebut pada bila-bila masa dan sepanjang masa. Sekiranya anda merasakan diri anda dan teman lelakimu itu umpama belangkas yang tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu, jika dipisahkan maka pincanglah ia... sila la masuk ke gerabak umum. 

Untuk makluman, hanya sebuah gerabak sahaja iaitu di bahagian tengah yang diperuntukkan sebagai koc wanita.  Gerabak lain di hadapan dan belakang semuanya dikategorikan sebagai umum iaitu boleh dinaiki oleh sesiapa sahaja; lelaki, wanita ataupun lelaki/wanita.

Tolongla rajin sikit baca banner, papan tanda dan sticker yang digantung & ditampal di merata-rata tempat di stesen komuter. Buta huruf?? Ohh..patutla. Kalau begitu, sila dengar berita selalu ok.?

Andai tersilap masuk gerabak, cuba la tengok-tengok sikit jelingan maut wanita-wanita lain di dalam gerabak tersebut.  Penat dah akak-akak dalam tue berdehem bagi signal!! Sampai sakit tekak diorang. Confirm mereka cari strepsil lepas tue. 


Walaupun anda mempunyai daya keyakinan yang 'sangat tinggi' untuk membawa masuk teman lelakimu itu, sila hormati wanita-wanita yang lain. Tak perlu buat aksi slot Samarinda di situ. Pesan pada teman lelakimu, usah tayang sikap romantis, berbisik mesra, melingkarkan tangan di pinggang & main cuit-mencuit di dalam koc wanita. Aksi-aksi manja anda berdua hanya buat wanita lain rasa nak muntah hijau setiap saat. 

Ya, memang teman lelakimu itu kacak. Lebih kacak sedikit dari Wak Radin yang ditangkap jadi penghulu penempatan kondo mewah haram di KL. Tak perlu ditayang wajah bangga berdiri rapat mesra di sisinya. Semua di dalam koc wanita itu boleh nampak wajah riak seolah berkata 'aku ada pakwe hensem, korang ada?'.

Hishhh...Aku penatla nak sound korang as 'couple gedik'.  

Sekian, harap maklum.


Yang benar,
Pengguna tegar tren komuter












KFC Snax : Portal untuk Belia



Yeay no 1 sebab internet dah boleh merangkak semula.. 
Yeay no 2 sebab my KFC Snax card dah sampai.. earn Snax Points (SP) to redeem free KFC! 

KFC kini telah mewujudkan sebuah portal yang dipanggil KFC Snax: Portal for Youth. Macam-macam ada.. Ada pasal muzik, berita fesyen, album review dan sudah tentulah ada menu dan promosi terbaru dari KFC idaman ku selalu. Jom intai-intai sikit!

 Home

 Snax perks. Find out if you can redeem any of that with your snax point.

 KFC krushers... ada rasa air liur menitik tak??? XD

Are you fashionista or stylist?


Signup and get you snax card now!!
check it out!!



June 3, 2010

The Biggest Loser Asia Season2 : Audition



The Biggest Loser Asia (TBLA) kini kembali untuk musim kedua. Ujibakat untuk rancangan realiti menurunkan berat badan ini akan menemui warga Asia di 5 buah lokasi iaitu di Manila, Singapore, Kuala Lumpur, Jakarta dan juga Bangkok. 

  • June 5   : Manila, Mall of Asia
  • June 12 : Millenia Walk
  • June 13 : Kuala Lumpur, The Curve
  • June 19 : Jakarta, Pacific Place
  • June 26 : Bangkok, Central Plaza Pinklao

Berikut adalah alamat lokasi ujibakat TBLA di Kuala Lumpur:

KUALA LUMPUR, THE CURVE
Fitness First The Curve
Lot G70 & 150, Ground Floor The Curve,
No..
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor

Jangan lupa isi borang penyertaan online!! Season 2 Audition Signup form.


note: errr..asyik tengok orang bersenam tapi aku pun malas bersenam..huhuhuhu
Related Posts with Thumbnails