Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 26, 2008

Petaling - Sg.Petani-Petaling

Sekadar menemani makcikku, wah dan adik sedara aku adi menjemput kazen ku mira di Uitm Sg Petani. Perjalanan bermula 7 am dengan cuaca yg kurang baik. Sepanjang perjalanan ke Sg Petani hujan kadang kala lebat dan rintik berselang seli. Aku dan Wah menjadi radio utama driver kami [adi] supaya dia tak mengantuk di sepanjang perjalanan. Tiba di Uitm Sg Petani lebih kurang pukul 1pm.
Tolong pack dan load barang dlm kereta.Sakit pinggang dibuatnya turun naik tingkat4 angkut barang. Memang qada' exercise yg aku bnyk skip before nie la kiranya....
Yg musykilnya, banyak betul khazanah harta karun kazen aku nie, penuh satu kereta. Ada sesetengah barang yg terpaksa kami riba disebabkan kekurangan ruang.Sebelum balik ke PeeJay, kami singgah di rumah sewa mira untuk simpan barang.Walaupun barang2 dh load kt rumah sewa, still kereta penuh dengan khazanah berkotak2..
Wah tersilap ingatan..beria2 ajak adi cari jeruk nak jadikan buah tangan untuk orang2 di rumah. Semua orang pelik[aku+adi+mira]. Sejak bila pulak kedah terkenal sebagai pusat jeruk??? Rupa-rupanya dia tersilap, yang famous dgn jeruk buah pala tue dekat Penang bukan Sg Petani. kami tak singgah pun di Butterworth, Penang. Kalau singgah ke Penang jam berapa pulak kami nak sampai rumah. So, demi memenuhi permintaan Wah yg nakkan jeruk, driver kami singgah di Perkampungan Buah Tropika Bukit Gantang Selatan. Nasib ada orang jual jeruk2..Senyum lebar wah aku tue..hehe
Aku tak beli belah pape pun sebabnya dalam purse cuma ada RM3 jer..Hehe Lupa nak withdraw duit la..Selesai beli belah segala jeruk idaman Wah aku, kami pun bertolak balik. Sepanjang perjalanan pulang, Wah sungguh excited mengambil gambar2 pemandangan dari dalam kereta. Tapi lepas tue komplen kenapa gambar die ambar asyik tak jadi jer..hahaha
One day trip to Sg Petani ended here...Penat tapi tak kisah la..ai suka jalan2...

November 24, 2008

''Nasib Baik"


Aku tertarik sangat dgn formula nie..mengingatkan aku betapa hidup ini bukan mudah tapi tak mustahil kita dapat capai apa yg kita nak kalau ada usaha yg kuat..Sejak kecik sampailah masuk universiti, bila berdepan dengan kesukaran kerap kali jugak keluh kesah keluar dari mulut . Paling tak pun hati nie sering kali jugak berkata-kata "Kenapalah nasib aku tak sebaik atau semudah orang lain?, Kenapalah jalan hidup aku berliku-liku? kenapalah orang lain asyik bernasib baik je? senang jer hidup diorang...takde nak bersusah payah macam aku"

Acap kali jugak aku membandingkan nasib aku dgn org lain. Bila gagal mendapatkan sesuatu sering kali jugak aku meletakkan kesalahan pada 'nasib' dan 'takdir'. Kadang kala aku lupa bahawa usaha yg aku kerjakan tak sehebat 'nasib baik' yg aku sandarkan..

Bak kata pencipta formula ini :
"Konsepnya mudah. Semakin kuat usaha kau, semakin tinggi kebarangkalian untuk kau mendapat kejayaan dan nasib yang baik atau
luck. Jika kau gagal dalam sesuatu perkara yang kau lakukan, jangan terus kau salahkan nasib kerana tidak menyebelahi kau. Sebenarnya yang harus dipersalahkan adalah diri kau sendiri kerana usaha yang kau lakukan masih belum cukup. Sebab itu kejayaan tak dapat kau capai dan nasib tidak menyebelahi kau.

Katakan kau sudah berusaha sekuat mungkin, tapi kejayaan dan nasib masih tidak kau perolehi, maka ingat satu frasa yang dipanggil takdir. Ianya adalah ketentuan dari Tuhan Yang Maha Esa (jika kau percaya akan kewujudan Tuhan). Jadi perasaan redha harus hadir di situ.

Dan ingat! Tuhan itu bukan kejam. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kali ini kau ditakdirkan gagal kerana Dia ingin menguji kesungguhan kau berusaha. Di lain kali, kerna berkat kesungguhan kau berusaha, kejayaan akan berada dalam genggaman kau."


“Luck atau Nasib Baik adalah titik persilangan antara usaha dan kejayaan”
Perthpal, CEO, Learning Edge Consultant Sdn Bhd.

November 18, 2008

Memori lama datang bertandang?

Rindunya pada zaman sekolah kat SMKS 18 dulu...
  • Gaduh2 pelajar lelaki vs pelajar perempuan
  • usik mengusik
  • sakat-menyakat
  • keluar outing ramai2
  • pergi open house rumah ckgu [ustazah rokiah, ustazah hafiza, warden puan nafisa]
  • fly g KFC ngn cyber kafe masa org sibuk pergi solat jumaat
  • fly ke PKNS masa hujung mggu bila tau warden takde kt umah
  • kena cuci longkang sebab kantoi fly g karnival open day kt CIAST yg terletak kt seberang jalan
  • panjat pagar sebab nak ikut shortcut lalu padang bola utk pergi terawikh kt masjid
  • etc...etc...etc....etc..etc...
Ahad lepas, seorang lagi sahabat sekelas seprep sementor seaspuri telah meng'upgrade' status dari single kepada isteri seseorang. Tahniah buat Siti Rozana Hj MOhd Rasul..

~~fieda fetched me at komuter petaling~~

~~gift for the newly weds~~

~~two sweet+single gurls~~

Antara persahabatan paling lama dlm hidup aku. Daripada darjah 1 kelas 1camar sampai la hari nie...Friendship forever la katakan...

~~met with yulie[ex-primary schoolmates] after 11 years~~

Riuh rendah sekejap jadinya bilik pengantin dengan suara aku n yulie yg tak sangka boleh bertemu setelah lebih 10 tahun tak jumpa..Nasib la ana yg baru je selesai make up tak marah kami buat sandiwara jejak kasih dlm bilik tue, pengantin baru mane boleh marah2 kan hehehe

~~simple but nice..sweet jer color die..~~

~~hantaran pihak perempuan~~

~~fieda n ana~~

~~aura pengantin baru~~
asalnya nak letak pic aku menepung tawar pengantin. Beria jer aku campak bunga rampai n siram air mawar tapi pic yg fieda snap xjadi le pulak..hehehe

~~antara clan18 yg hadir [ekin:daya:zahila:fieda:hudamajid:azureen:ismaa:wanihasri]~~

kecoh sekejap jadinya bila mula2 bertemu..yela, masing2 dah ada haluan sendiri, kerjaya sendiri dan kehidupan sendiri..cekgu ashikin ishak yg bertudung hitam nie pun tgh counting days je untuk upgrade status..tak lama pun, awal tahun depan jer..

~~jejaka-jejaka otai ex-18 [wan:adzmer:shafiQ:zahReen:shaHir]~~

Dah besar kenkawan aku nie, .dulu comot2 jer..kehkehkeh...masing2 dah keje..kawin bila pulak??? Jawab mereka: "Kitorang lelaki lambat la sikit kawin, nak kena kumpul duit bukan senang. Nak pinang anak dara zaman sekarang mahal sgtla..kalau ekonomi tak stabil, nak bagi makan apa?mane kenyang setakat makan chenta jer.." ermmm..betul gak tuh...

Semoga ana n suaminya berbahagia n kekal ke akhir hayat, dilimpahkan mawaddah dan rahmat dari Allah. Amin....

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]


Lepas menghadiri kenduri kawin ana, kami girls nie merancang lak nak pergi melawat huda resad yg baru je selamat melahirkan seorang baby girl...So,konvoi dua buah kereta pun bergerak la menuju Kota Kemuning..
~~huda's baby: airis khaira...cute n keciknyer..

~~wahh...tunjuk bakat dodoikan baby la pulak geng2 aku nie..~~

~~Amboi...sedapnya menjamu selera..Tea time at Kota Kemuning yea..~~

Thanks to huda n her mum-in-law.Kedatangan kami yg mengejut nie dijamu dengan bihun goreng yg sedap..sian kt huda, org dalam pantang cuma boleh tengok dan telan air liur jela tengok kami makan...yummy...

Bila tengok makin ramai kenkawan yg mengakhiri zaman bujang dan dah mula ada anak, aku rasa macam mereka semua tue dah dewasa sangat dan aku dah jauh ditinggalkan. Mereka semua dah tamat belajar, dah ada kerjaya,dah kahwin,dah ada anak..aku???belajar pun tak habis2 lagi..Adakah aku yg lambat dewasa atau tak mahu dewasa???




Related Posts with Thumbnails