

Aku tertarik sangat dgn formula nie..mengingatkan aku betapa hidup ini bukan mudah tapi tak mustahil kita dapat capai apa yg kita nak kalau ada usaha yg kuat..Sejak kecik sampailah masuk universiti, bila berdepan dengan kesukaran kerap kali jugak keluh kesah keluar dari mulut . Paling tak pun hati nie sering kali jugak berkata-kata "Kenapalah nasib aku tak sebaik atau semudah orang lain?, Kenapalah jalan hidup aku berliku-liku? kenapalah orang lain asyik bernasib baik je? senang jer hidup diorang...takde nak bersusah payah macam aku"Acap kali jugak aku membandingkan nasib aku dgn org lain. Bila gagal mendapatkan sesuatu sering kali jugak aku meletakkan kesalahan pada 'nasib' dan 'takdir'. Kadang kala aku lupa bahawa usaha yg aku kerjakan tak sehebat 'nasib baik' yg aku sandarkan..
Bak kata pencipta formula ini :
"Konsepnya mudah. Semakin kuat usaha kau, semakin tinggi kebarangkalian untuk kau mendapat kejayaan dan nasib yang baik atau luck. Jika kau gagal dalam sesuatu perkara yang kau lakukan, jangan terus kau salahkan nasib kerana tidak menyebelahi kau. Sebenarnya yang harus dipersalahkan adalah diri kau sendiri kerana usaha yang kau lakukan masih belum cukup. Sebab itu kejayaan tak dapat kau capai dan nasib tidak menyebelahi kau.
Katakan kau sudah berusaha sekuat mungkin, tapi kejayaan dan nasib masih tidak kau perolehi, maka ingat satu frasa yang dipanggil takdir. Ianya adalah ketentuan dari Tuhan Yang Maha Esa (jika kau percaya akan kewujudan Tuhan). Jadi perasaan redha harus hadir di situ.
Dan ingat! Tuhan itu bukan kejam. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kali ini kau ditakdirkan gagal kerana Dia ingin menguji kesungguhan kau berusaha. Di lain kali, kerna berkat kesungguhan kau berusaha, kejayaan akan berada dalam genggaman kau."
“Luck atau Nasib Baik adalah titik persilangan antara usaha dan kejayaan” Perthpal, CEO, Learning Edge Consultant Sdn Bhd.


1 comment:
wah bagus formula nie.. emm betul tu suria.. kalo kita tgk kesenangan orang lain mesti terdetik dalam hati emm senang betul hidup si die nie dan start compare ngan diri kita.. tapi kalo kita kaji usaha org tu untuk mendapatkan apa yang di kecapi hari nie dan kita akan tahu adakah kita telah berusaha sebagaimana orang tu usahakan...
Renungan untuk diri aku sendiri..
Post a Comment