Ni adalah satu cerita yg aku dapat dari seorang rakan tentang seorang suami yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.
Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.
Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian.
Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku.
Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata:
“Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya.
Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah:
“Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?”
Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya:
“Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”
Pengajaran dari citer ni:
1. Kadang2 kita selalu nak menang walaupun pada perkara-perkara remeh. Aku sendiri pun suka menang tapi bila difkirkan semula dengan akal logik yg waras lg relevan, nak menang pun biarlah bertempat. Kalau kita nak menang demi mempertahankan sesuatu yg memang hak memang wajiblah kita teruskan perasaan nak menang tue. Tapi kalau setakat perkara-perkara kecil, tak salah kita bertolak ansur & mengalah. Mengalah tak bermakna kalah.
2. Percaya atau tidak ramai yang selalu rasa nak menang (dia jer yg betul walaupun sebenarnya salah) disebabkan nak jaga PRIDE la kunun..piii rahhh..Orang yg ada pride sebenarnya adalah mereka yg tahu bila nak menang & bila nak mengalah.
3.Lelaki selalunya dikaitkan dengan nak jaga pride & selalu nak menang. Well..memang la ramai jugak lelaki yg aku jumpa berperangai macam tue tapi tak lebih tak kurang jer dgn perempuan2 yg sentiasa nak menang jer, cakap dia jer betul, pendapat dia jer kena terima, bila orang tak terima idea dia mula la naik hangin..adehhhh.. tak relevan sungguh orang macam nie..
4. Aku rasa bengong btui lelaki dlm cerita nie, sanggup biarkan rumah kna rompak, membiarkan anak jiran misunderstood hingga menuangkan bubur di atas kepalanya..Mungkin cerita nie over sket tapi ini adalah metafora kpd kehidupan kita seharian. Lagipun si suami tue kan deal tak mau bercakap dgn wife dia bukan orang lain. Ntah2 wife dia bahagia jer berborak kat umah jiran tue..
5.Jadilah isteri solehah, patuhilah perintah suami tapi jgn smpai kena buli lak. Wife dlm citter nie punyalah dia care suami dia tak fikir dah psl deal. Terus nak tau apa yg dah jadi pada suaminya. Kalau isteri dia lah yg ada dalam rumah, menjerit umah kena rompak, agak2 suami tue mcm mana reaksi dia ek??????

4 comments:
rajinnyer ko update suria...
tp mcm bangang je watak si suami tuh...apadaaa!!
he he cerita yang menarik.. Org yang mengalah tu adalah pemenang yang sebenar... sbb tak semua org boleh mengalah...
wah..keldai..dasyat;p
tue sume gara2 malas nak cari gambar keldai, since gambar kambing jamapari yg diambil masa lawatan lembah biotek je yg ada dlm koleksi, so layann jela..lol
Post a Comment