Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label .::rempah hidup::.. Show all posts
Showing posts with label .::rempah hidup::.. Show all posts

November 3, 2008

Kenapa perlu menang?

Ni adalah satu cerita yg aku dapat dari seorang rakan tentang seorang suami yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian.

Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku.

Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata:

“Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya.

Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah:

“Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?”

Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya:

“Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”

Pengajaran dari citer ni:
1. Kadang2 kita selalu nak menang walaupun pada perkara-perkara remeh. Aku sendiri pun suka menang tapi bila difkirkan semula dengan akal logik yg waras lg relevan, nak menang pun biarlah bertempat. Kalau kita nak menang demi mempertahankan sesuatu yg memang hak memang wajiblah kita teruskan perasaan nak menang tue. Tapi kalau setakat perkara-perkara kecil, tak salah kita bertolak ansur & mengalah. Mengalah tak bermakna kalah.


2. Percaya atau tidak ramai yang selalu rasa nak menang (dia jer yg betul walaupun sebenarnya salah) disebabkan nak jaga PRIDE la kunun..piii rahhh..Orang yg ada pride sebenarnya adalah mereka yg tahu bila nak menang & bila nak mengalah.

3.Lelaki selalunya dikaitkan dengan nak jaga pride & selalu nak menang. Well..memang la ramai jugak lelaki yg aku jumpa berperangai macam tue tapi tak lebih tak kurang jer dgn perempuan2 yg sentiasa nak menang jer, cakap dia jer betul, pendapat dia jer kena terima, bila orang tak terima idea dia mula la naik hangin..adehhhh.. tak relevan sungguh orang macam nie..

4. Aku rasa bengong btui lelaki dlm cerita nie, sanggup biarkan rumah kna rompak, membiarkan anak jiran misunderstood hingga menuangkan bubur di atas kepalanya..Mungkin cerita nie over sket tapi ini adalah metafora kpd kehidupan kita seharian. Lagipun si suami tue kan deal tak mau bercakap dgn wife dia bukan orang lain. Ntah2 wife dia bahagia jer berborak kat umah jiran tue..

5.Jadilah isteri solehah, patuhilah perintah suami tapi jgn smpai kena buli lak. Wife dlm citter nie punyalah dia care suami dia tak fikir dah psl deal. Terus nak tau apa yg dah jadi pada suaminya. Kalau isteri dia lah yg ada dalam rumah, menjerit umah kena rompak, agak2 suami tue mcm mana reaksi dia ek??????

Nie kambing jamapari bukan keldai..(lokasi: lembah biotek peladang johor)



October 9, 2008

Why do men take second wives?


I extracted this form The Star Online.

Thursday October 9, 2008

Why do men take second wives?

A WRITER'S LIFE
By DINA ZAMAN

Polygamy has nothing to do with culture or religion. Men, and women too, cheat because they can.

WHEN a male friend told me he planned on taking a second wife, all I could do was try not to choke on dinner. Are you serious, I asked. He said yes, he had fallen in love with a single mother, but it was not his fate to marry her.

Thinking it was perhaps due her compassion, her earnest desire to bring up her sprogs in a Godly way and that life was indeed a struggle, I choked on my dessert when my friend told me the first thing he noticed about her was that she owned a great set of jugs.

Now, my friend takes his religious obligations very seriously. His first wife wears the hijab. So to hear him admit that it was his paramour’s cleavage that caught his heart was quite shocking.

It was due to women like me, whose so-called Western, secular and feminist ideas of polygamy that pushed it underground. I then asked him, whether his equally-pious wife agreed to him taking on another wife, and he said no. She gave him an earful.

But our friend was on a roll. Now that his journey into polygamy was thwarted, it was all our fault. We modern Malay women, be they religious or not, were forcing men like him to marry in Thailand or Iran, where they practised nikah Muta’ah.

He was emulating the steps of our good Prophet Mohamed, he argued.

“You have got your Islamic history upside down! Nabi married war widows, and his first wife was older than he. Aishah was the youngest. And I don’t think our Prophet married any woman because she had great breasts!”

“You don’t understand.”

“Okay then. Why don’t you sell your car and take a camel to work then?”

I’m realistic. I know men who adore their wives and love them to bits, but they can still love their mistresses and other wives. Am I condoning affairs and polygamy? No. But this happens. It has nothing to do with Islam or being Malay, though polygamy is part of the culture.

We’re Asians. We have a long history of concubinage. There are good men who are faithful, and there are good men who have other wives. There are also bad men who are faithful and also bad men who are unfaithful.

Just like our politics, love in Malaysia is a circus. Weeee!

I’m not going to bore you with what polygamy in Islam is about, as it has been written before and talked about to death. Women’s rights activists have long fought for this “crime” to be illegal, but we face a tough fight. Sometimes it’s not the men who are itching for it, but yes, our gender, too.

In the 80s, when I was young and clueless, meeting mistresses and second or third wives would be sinful and against my principles.

These days? “Oh, you’re a mistress?” “Oh, you’re a hidden wife?” Yawn. Wear tudung or mini skirt, got. Educated or stupid, got. Some of our mothers are The Other Women, and are good mothers. So how?

Is this phenomenon particular to our culture? Oh no. Read the British newspapers. Mistressing is talked about to death in feminist columns.

But I thought after that dinner with my friend, I’d revisit the issue again. Some of the findings from my five-sen survey:

> Theoretically ... polygamy is OK. But must ikut hukum Allah lah. There are conditions.

> Ya, but… actually, kan, for career women like us, it does work. Nak jaga laki 24 jam … gue tak larat la. Biar bini nombor satu jaga. After all, in Islam, polygamous wives are taken care of legally. Better a Muslim second wife than a common law wife.

> But really. Think about it. Convenient, what. You see him once a week, makan once a week, have sex once a week...

> Sex once a week?! Baik tak yah jadi bini nombor dua macam tu! Chit. Once a week mana cukup?!

Why do men cheat? Again, just an observation dwelled upon by friends and myself. For a lot of polygamous men, they marry good women who fit their criteria of holiness, wifeliness and motherhood.

Intimacy between the men and their wives are perfunctory. It’s make-the-baby-cover-the-face sex. With their girlfriends and second wives, it’s Penthouse all the way, baby. It’s the soul thing.

At least this is what I got from talking to quite a number of married men. It’s not because of the first wives’ lack of trying; they want to have healthy intimate lives, but the bees in their husbands’s bonnets keep reminding the men of the Madonna-Whore syndrome.

Malaysia is not a place for single women desiring Hollywood-movie type of marriages and love. KL especially is a city for marriages and affairs. And it has nothing to do with money. There are rich men who cheat, and I know of a despatch boy who has two wives!

There are many single-again women like my friends and I, who still believe in marriage and love. But I can tell you, should we walk down that path again one day, we’re going down it with our eyes open and keep a part of our hearts to ourselves. Because you never know.

Perhaps my friend, an activist who makes a living entering and staying in war zones, is right.

“We have women like you, me, your mother, your aunt and friend who fight so hard for women and children and yet face a brick wall, simply because we ‘understand’ so much, and forgive all the time, which is why cheating, affairs and polygamy are rampant, to the detriment or contribution (depends how you look at it) of our well-being,” says my friend.

Another friend, Sharizal Sharaani, put it succinctly: “Men (and, yes, women too) cheat because they can. Full stop.”

The writer still believes in love and marriage and wants to move to Corfu..

My comment:
Honestly, i used to be part of the polygamy history...Hehe Bukan sebagai wanita yang hidup berpoligami tetapi sebagai anak sebuah keluarga poligami. Aku tak berani mentafsir sama ada ayah aku baik, jahat atau pun tak adil pada isteri-isterinya termasuklah ibu aku sendiri. Mak pun tak pernah mengatakan sesuatu yg buruk pasal abah. yang selalu aku dengar abah adalah seorang yang pemurah kalau bab belanja orang makan, pandai masak sup, suka tukar-tukar kereta (macam tukar isteri jugalah agaknya). Aku sendiri pun tak pernah bertemu dengan isteri abah yg lain. Tapi setakat yg aku tahu kebanyakkannya tak kekal. Aku tak pasti sama ada tabiatnya kahwin berkali-kali adalah suatu habit atau pun disease yg memang ada dlm dirinya.

Teringat pula pada cerita Sutera Maya yang ditayangkan di TV3...lebih kurang macam tue la ayah aku..hemsem ke dia?? Ntahlah, wajahnya pun aku ingat-ingat lupa. (maaf abah, dah hampir 14 tahun tak jumpa masakan saya mampu ingat wajah mahu pun suara abah). tapi ikut kata mak, abah segak orangnya. Umur 40-an pun masih nampak muda(macam aznil...xnampak sangat tuanya). Berapa ramai agaknya jumlah anak-anak abah@adik beradik aku..Kata mak dengan isteri pertama ada 4 orang tapi perkahwinan merka tak kekal. Perkahwinan kali kedua pula dikurniakan 7 orang anak.

Ramai lelaki memberi alasan berkahwin lain kerana masalah mendapat zuriat.Tetapi aku fikir bukan itu alasan abah untuk berkahwin dengan mak. Aku pelik dengan mak, dia tak tahu dirinya isteri kedua sampailah rahsia terbongkar pada suatu hari.Tambahan pula mak boleh dikatakan menantu kesayangan nenek saudara abah. Beria-ria nak menjodohkan mak & abah. Masa kenduri kahwin satu keluarga abah hadir tapi tak seorang pun buka mulut pasal status abah.Yang buat aku bertambah pelik, mak tak mengamuk langsung (Kalau lah aku, pasti dah bertukar jadi taufan Katrina). Memang mak sedih tapi dia redha. Satu family aku hangin...Arwah pak ngah mengamuk gila marahkan abah tapi mak tetap cool. Mak kata mungkin itu takdir & ujian Allah pada dia. Kalau dia mengamuk marah-marah pun perkara dah terjadi (Subhanallah....sabarnya dia), kalau dia maki hamun suaminya pun hanya dosa yang dia dapat, lagipun suaminya tak pernah abaikan dia. semuanya cukup...

Aku bukanlah seorang yang berhati lembut & sangat sabar macam mak. Aku dengan mak agak bertentangan. Aku kasar, sempoi, sedikit baran, tegas & agak kurang sabar.Tapi aku sangat kagum dan hormat pada mak walaupun kami bertentangan karektor. Walaupun kini mak & abah dah tiada apa-apa ikatan, aku tetap terikat dengan abah. Sebabnya aku tetap anak abah..Perpisahan mereka tiada kaitan dengan aku .Perpisahan mereka juga bukan kerana mak menentang poligami...Mungkin sebagai manusia yg punya kelemahan, abah tidak berjaya menjalankan semua tanggungjawabnya...

Marah dengan abah??Hmmm.. mungkin abah tak pernah belikan aku apa-apa, mungkin abah tak pernah hadir masa majlis penyampaian hadiah di sekolah walaupun aku selalu naik pentas ambil hadiah, mungkin abah tak pernah hantar aku masuk asrama sampailah aku masuk universiti, mungkin juga abah di kala ini lupa dia mempunyai seorang lagi anak; tapi percayalah tiada sekelumit pun rasa dendam atau marah aku padanya (Makcik aku pun pelik kenapa aku tak marah, kalau arwah pak ngah ada mesti dia marah lagi). Kenapa??mungkin sebab aku seorang yang relevan, waras,aku dididik dengan ilmu agama dan aku dikurniakan ibu yg sangat sabar & penyayang...hasilnya aku menjadi anak yg tidak benci atau marah pada ayahnya sendiri..semoga aku kekal begitu.

Sebagai manusia kita dikurniakan akal, nafsu & kelemahan. Kerana akal nafsu & kelemahan jugalah kita sering kali membuat kesilapan. Ada sesetengah manusia mungkin dikurniakan kebolehan menyintai lebih dari seorang, mungkin juga ada yg ditakdirkan berkahwin lebih dari sekali atau lebih dari seorang. Aku percaya sebelum sesuatu selalunya ada pilihan. Dengan akal waras, kita boleh memilih untuk terus setia atau curang. Berdasarkan akal waras (dalam hati aku tetap tidak mahu lagi menjadi sebahagian dari sejarah poligami,),aku setuju kenapa islam membenarkan poligami tapi aku sangatlah tidak setuju bagi mereka yg menjadikan islam sebagai alasan untuk berpoligami. Saya yakin ramai yang sangat bahagia apabila memilih untuk kekal bersama hanya seorang isteri sahaja isteri tercinta. Bagi yg menjadikan zuriat sebagai alasan, aku kurang setuju. Memang benar tatkala dikurniakan anak, kasih sayang suami isteri boleh jadi makin erat. tapi adakah tanpa anak kasih sayang suami pada si isteri akan berkurang?

Bagi lelaki-lelaki yg telah memilih untuk berpoligami, semoga terus adil memayungi isteri-isteri anda, bagi yg sedang membuat pilihan gunalah akal waras dan iman anda, jangan menyesal dikemudian hari (teringat pada cerita indonesia bertajuk 'berbagi suami', diakhir hayatnya seorang suami berpesan pada anak lelaki sulungnya supaya hanya berkahwin satu). Buat abah semoga suatu hari kita dapat bertemu, tanggungjawab seorang anak terhadap ayahnya belum lagi terlaksana. Buat anak-anak abah yang tak pernah diketahui, alangkah bagusnya kalau dapat bertemu. Buat anak abah (abang andy) yg pernah menetap seketika bersama mak suatu ketika dahulu, maaf saya tak ingat kalau ada kenangan antara kita. Terima kasih kerana pernah bermain dengan saya...

Ini adalah sebahagian dari kehidupan..Itulah rencah yang mendewasakan aku. Menjadikan aku seorang yang berdikari, yakin dan pemaaf. Hmmmm..tapi aku bukan pemaaf bagi si dia yg tak setia (awas ya!) hehehehe

Komen ini aku tulis sebagai pengajaran & ingatan untuk diri aku. Walaupun abah bukan seorang ayah mithali aku tetap percaya dia masih lelaki yang baik. Kerana dia lah aku lahir ke dunia secara sah, halal & dihormati...


Related Posts with Thumbnails