Pages

Ads 468x60px

.

Labels

June 3, 2010

The Biggest Loser Asia Season2 : Audition



The Biggest Loser Asia (TBLA) kini kembali untuk musim kedua. Ujibakat untuk rancangan realiti menurunkan berat badan ini akan menemui warga Asia di 5 buah lokasi iaitu di Manila, Singapore, Kuala Lumpur, Jakarta dan juga Bangkok. 

  • June 5   : Manila, Mall of Asia
  • June 12 : Millenia Walk
  • June 13 : Kuala Lumpur, The Curve
  • June 19 : Jakarta, Pacific Place
  • June 26 : Bangkok, Central Plaza Pinklao

Berikut adalah alamat lokasi ujibakat TBLA di Kuala Lumpur:

KUALA LUMPUR, THE CURVE
Fitness First The Curve
Lot G70 & 150, Ground Floor The Curve,
No..
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor

Jangan lupa isi borang penyertaan online!! Season 2 Audition Signup form.


note: errr..asyik tengok orang bersenam tapi aku pun malas bersenam..huhuhuhu

June 2, 2010

Chun Li Malaysia


Cute la pulak tengok dia nie. Sekali tengok ada gaya ala-ala Chun Li dalam Street Fighter la
..
..
..
..
..
..
..
..

 Dua kali tengok...laaa...Nora Danish rupanya..tapi pedang dia nampak tak berapa real la.


Nota: Gambar kredit to sensasi selebriti @ budiey.com


Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia


FIESTA NASI LEMAK 1 MALAYSIA
Tarikh: 4-6 Jun 2010
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 2 Putrajaya


Pertandingan memasak nasi lemak ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia dan Sri Warisan Event Management dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ianya  terbuka kepada segenap lapisan masyarakat.

Nasi lemak yang paling sedap akan dinobatkan sebagai 'Nasi Lemak 1 Malaysia' pada fiesta tersebut. Kepada pengunjung Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia @ peminat-peminat nasi lemak pula, jangan lepaskan peluang mendapatkan nasi lemak secara percuma pada 5 dan 6 Jun 2010

Selain dari pertandingan memasak nasi lemak, terdapat juga pertandingan lain yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti pertandingan mewarna, karaoke, teh tarik dan pakaian tradisional 1 Malaysia. Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia ini juga bakal diwarnai oleh persembahan pentas oleh artis popular, aktiviti sukaneka & permainan rakyat serta jualan dari usahawan IKS.


Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang Fiesta Nasi Lemak 1 Malaysia, sila layari nasilemak1malaysia. Atau hubungi Sri Warisan di talian: 03-42936678/012-6871742/012-3390742/012-3784167/012-6730536



Related Posts with Thumbnails