Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 30, 2010

Zarina Ann Joulie Negatif Ujian Dadah


SEPANG 30 Mac- Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa pelakon kontroversi drama anak pontianak, Zarina Ann Joulie disahkan negatif daripada pengambilan dadah oleh makmal kimia Jabatan Patologi.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman berkata, keputusan air kencing pelakon itu setelah diuji oleh pegawai perubatan jabatan didapati negatif. Dengan keputusan tersebut Zarina dibebaskan daripada dakwaan dan pengawasan pihak AADK.

Sebelum ini, Zarina dilaporkan ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan. Dia kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.


nota: Tuan punya badan dah mengaku. Bila keluar result negatif pula...hmmm..


JAUHI NAJIS DADAH
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN IKHLAS OLEH 
aurikelsan.blogspot.com


Saya seorang pengakap

Sekarang dah jarang update status dekat facebook. Malas! Tapi kadang-kadang log in juga sebab nak tau perkembangan kawan-kawan & berita terkini. Berita dekat facebook tersebar lebih cepat dari virus hehehe Tup-tup jumpa pulak ada member upload satu gambar lama. 

 PERHIMPUNAN PENGAKAP DAERAH JOHOR BAHRU
SG CHE MANAN, GELANG PATAH JB, 2005

Rindu nak pakai uniform kelabu. Rindu jugak pada uniform putih kelana laut. Rindu zaman dulu-dulu. Sekarang masing-masing dah ada haluan dan kerjaya sendiri. Walaupun jarang jumpa tapi alhamdulillah, masih keep in touch. Kagum pada rakan-rakan yang masih tegar berpengakap. Cayalah bro! Once a scout forever a scout.

nota: amboi..divanya cara aku duduk...


 

March 29, 2010

Lelaki pakai payung tak macho


Yeke?? Pelikla bila ada lelaki malu nak bawak payung. Kononnya kalau bawak payung tak macho. Ceeett!! Bukannya suruh pakai payung warna pink, ada gambar powerpuff girl atau payung ada corak bunga-bunga. Payung corak plain je. Malu jugak?? 

Ada awek nak tolong pegang payung pun, dia tak nak. Apa barang pakai payung??!!! Itu katanya.


hmm...tak macho ke lelaki pakai payung tengah panas terik?? 

Related Posts with Thumbnails