Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 10, 2009

Hujung Minggu di Sengkang

Hujung minggu pertama bulan Oktober, join Pengetua KDSE ke Sengkang. Alaaa..yang aku citer kitorang sesat sebab dapat arahan & landmark yg aneh-aneh tue.. (my last post).

Plan asal konon-konon datang nak tolong rewang. Orang kampung nak buat majlis sambutan hari raya pada keesokan harinya (ahad). Memandangkan pengembaraan kami mengambil masa yg lebih panjang dari yg dijangkakan hampir pukul 10 malam baru kami tiba di Sengkang.

Sebaik sahaja sampai di kawasan yg ada banyak pelita (hhaha..nie landmark nie..), actually kawasan masjid, orang kampung & pelajar2 yang terlibat dengan program khidmat bakti tersebut sedang sibuk merewang. Ada yang tengah kacau dodol, masak rendang, masak ketupat, bakar lemang etc etc.

Kampung yg ada pelita..nie la dia
err..xnampak ek pelita tue??maap ler..kamera HP 2.0MP je


Orang2 yg gagah kacau dodol..berpeluh-peluh...


Makcik-makcik nie khusyuk masak rendang sambil berborak..
xbley nak selit langsung..tapi rendang diorang sedap sangat tau


Pakcik -pakcik ngan brader nie plak masak ketupat kot..

Niat nak tolong rewang terpaksa aku batalkan sebab orang2 kampung semua bersemangat nak buat keje. hehehe So, aku pun duduk la kat khemah sambil tengok cerita Geng pengembaraan Upin & Ipin sambil borak2 ngan seorang anak jati kampung nie. Namanya kak Suzana. Dah kahwin dah & dah ada anak pun. Family dia pun terlibat sebagai salah sebuah keluarga angkat bagi pelajar2 dari UTM nie.

Kami bergerak ke tempat penginapan tatkala jam hampir pukul 12 tengah malam. Mata dah mengantuk tahap tak boleh tahan masa tue. Satu hal pulak, tempat penginapan kami terletak di pekan Tangkak. Meredah malam mencari tempat penginapan dengan sekali lagi diberi landmark yg aneh. Kali nie kluenya hotel terletak di sebelah stesen Petronas. Macam masuk Explorace la pulak.

Adehhh...macam la kami nie biasa sangat dengan area Pekan Tangkak tue. Ingat Pekan tue besarnya sekangkang kera? Sampai2 je terus tau kat mane? Kenderaan kami hampir terlepas hotel tersebut kerana tak perasan stesen minyak Petronas yang gelap & sunyi sepi.


3 single beds in Hotel Ophir, Tangkak
Not bad..rasanya dah cukup selesa dah nie. Ada aircond, heater,tv


Okay, time to krohh2x...gudnite..Aktiviti hari Ahad, next post cerita k..daaaa~~



October 8, 2009

Landmark aneh



3 Oktober 2009. 530pm. Toyota Innova hitam dipandu oleh Pengetua KDSE, Dr Haslenda meluncur meninggalkan UTM. Tiga orang PF, seorang staf pejabat KDSE serta 2orang anak Dr Haslenda turut serta dalam perjalanan ke Bukit Gambir, Tangkak.

Sepanjang perjalanan dari Skudai ke Tangkak hujan turun renyai. Pengembaraan menjadi sukar selepas kami keluar dari Plaza Tol Tangkak. Aneh sungguh landmark yang diberi oleh informer. Kami diminta mencari 'jalan baru yang ada kon' dan 'selekoh tajam.' Jenuh pulak kami mencari jalan raya yg baru dibuat + kon+selekoh tajam. Landmark lain yg diberi adalah 2 jambatan.

Pening. Keliru. Sepanjang jalan kami meneliti jalan raya.

Jalan nie macam baru
Tak lah. Nie macam dah 3 bulan buat je..


Yang nie macam jalan baru tak?
Entahla..dahla jalan basah.
Susah nak pasti kan baru atau lama.

Kon pun tak ada.


Nie ke selekoh tajam yg diorang kata tue?
Tajam ke?macam biasa je..
Nak drift pun tak best selekoh mcm nie


Hmm..macam mana la mereka define 'jalan baru'.

Sepanjang jalan kami mencari jalan baru. Nak belok kiri atau kanan, tak de la pulak dalam direction. Setelah beberapa kali berhenti, kami dapat arahan baru untuk belok ke arah Sengkang.

Ggrrrr...kalau bagitau awal2 kan senang. Berdekatan simpang untuk belok ke Sengkong tue ada deretan kedai, CIMB bank, stesen minyak, balai polis traffic light etc etc. Kan lagi mudah kalau mereka bagitau landmark yang senang kita nampak & jumpa.

Nie mesti kes blaja Geografi tak khatam.

Bila dah masuk simpang ke Sengkang sekali lagi kami dapat arahan.

Jalan terus sampai jumpa jalan baru yang ada kon.

haishhhh...memang nak kena diorang nie. Dekat 10 minit, nasib baik jumpa jugak jalan raya yang baru di tar dan ada kon disusun-susun. Tapi kena call jugak nak tau masuk kiri ke kanan.

Arahan seterusnya. Masuk kiri dan jalan terus sampai jumpa pelita.

Pelita?? Dushh..dush..3x

Sekali lagi diorang bagi landmark aneh. Punya la banyak bangunan lain boleh jadi landmark, pelita jugak jadi pilihan. Satu keje la pulak kami kena cari pelita.


Finally, kami jumpa masjid. Depan masjid ada banyak pelita.

Adehhh...kalau mereka cakap 'jalan terus sampai jumpa masjid' kan lagi senang.. Memang wajar kena hantar masuk kelas Geografi la diorang nie.hehehehe


Nota kaki: First time aku jumpa orang bagi landmark aneh2 mcm nie..







October 1, 2009

LINUX VARSITI


Dengan sukacitanya menjemput sesiapa yg berminat menghadiri program Linux Varsiti Edisi Selatan (Johor). Sesiapa yg berminat mengetahui tentang Open Source atau mempunyai pengalaman dalam bidang Open Source sangat dialu-alukan.

Tarikh: 5 Oktober 2009
Masa: 8.30 pagi - 6.30 ptg
Lokasi: Tingkat 4, Blok D07 CICT, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai


Nota kaki 1: Lunch is provided. Limited seat. For first 130 participant only.
Nota kaki 2: Warga UTM yang berminat boleh join Komuniti OSS UTM. Check out more at facebook.


Related Posts with Thumbnails