Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 14, 2008

Jom Scuba Diving

Agak lama jugak tak update blog disebabkan tugasan yang agak menimbun sejak akhir2 ni. Johor International Jamboree is around the corner, so dalam sibuk2 dgn draf paper, preparation for conference, assist supervisor finalize student's marks, e-science progress report, meeting dgn staff Inno Biologic, etc.etc.etc...sempat jugak curi masa untuk bantu krew C sediakan poster untuk pameran nanti.

Dengan berbesar hati telah meng'offer' diri untuk sediakan poster bertajuk 'Introduction to Scuba Diving'. Siap buat dwi bahasa lg.
Putus wayar ke aku tetiba jadi rajin?. Ohh..tidakk..tiada mana2 wayar kt serebum/serebelum yg putus. Aku sememangnya suka buat keje2 melibatkan grafik nie..

Demi menyiapkan poster yg bukan sahaja kena menarik, isinya juga kena la padat, maka berusaha la jugak carik masa mencari material yg sesuai & tidak terlalu complicated. Sebabnya aku sendiri bukan ada masa nak baca panjang lebar pasal scuba diving nie.Wahh..bilalah aku nak tergolong dikalangan org yg rajin??

Antara info yg boleh dikongsi:
1.Asal usul scuba diving
Scuba adalah singkatan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus. Scuba nie asalnya adalah sejenis peralatan bantuan pernafasan dlm air yg digunakan oleh askar2 penyelam bawah laut US semasa perang dunia ke-2.Wahh..alat perang dah jadi kegunaan rekreasi pulak pd zaman sekarang nie.

2.Hierarki & jenis-jenis kursus scuba diving (lesen)
Kalau nak melakukan aktiviti scuba diving nie kena la ada lesen. Yela, kalau ikut suka hati hempedu main terjun jer dlm laut yg dalam tue tak pakai apa2 peralatan, nanti kalau ada yg mati lemas siapa nak tanggungjawab?Ha..Lu pikir la sendiri ye..

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dgn aktiviti scuba diving ni boleh la bermula dgn kursus Discover Scuba Diving. Penyelam2 baru akan diperkenalkan dgn konsep & kemahiran asas scuba diving dibawah seliaan jurulatih selam yg bertauliah.
Keistimewaannya penyelam boleh tgk batu-batu karang kat laut..advanced sket la dari snorkeling. minimum umur 10 tahun ke atas.

Kalau rasa tak puas & teringin nak menyelam dalam lagi, boleh cuba ambil kursus PADI Scuba Diver yg dijlankan selama 2-3 hari.Sebagai pemegang lesen menyelam PADI Scuba Diver, seseorang tue boleh menyelam di laut terbuka sehingga kedalaman 12 meter di mana2 180 buah negara.

Tak cukup dalam?Kursus PADI Open Water Diver disediakan bagi mereka yang berminat melakukan aktiviti scuba diving secara professional diikuti oleh kursus penyelaman PADI Adventure/Specialty Diver. Peserta boleh memilih 3 pilihan pengkhususan tapi dengan syarat mestilah telah memiliki sijil PADI Open Water Diver.


Peringkat seterusnya dalam aktiviti scuba diving adalah PADI Advanced Open Water Diver. Dengan pentauliahan ini penyelam boleh menyelam sehingga 300meters/100feet. Untuk mendapatkan sijil ini seseorang itu perlu melengkapkan 2 jenis penyelaman wajib (deep dive & navigation dive) di samping 3 jenis pilihan selaman yg lain.


Kursus scuba lain yg ditawarkan adalah PADI Rescue Diver yang membolehkan seseorang penyelam bertindak sebagai penyelam penyelamat sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan. Syarat lain sebagai PADI rescue Diver adalah penyelam tersebut perlu memiliki sijil CPR yg diiktiraf. Biasanya kursus ini akan diambil bersama PADI EFR (Emergency First Response).

Highest level of PADI certification is PADI Master Scuba Diver.Syarat minimum umur 15 tahun ke atas & telah melengkapkan kesemua kurus / tahap penyelaman scuba yg ditetapkan oleh PADI.

3.PADI bukan padi yg bila dah diproses jd beras tau!

Ramai yg tanya, PADI tue apa?PADI atau Professional Association of Diving Instructor merupakan satu organisasi selaman skuba bertaraf dunia yg menyediakan kursus pentauliahan & jurulatih scuba diving. Sijil scuba diving yg dikeluarkan oleh pihak PADI adalah diiktiraf di seluruh dunia dan boleh digunapakai di mana2 negara untuk aktiviti scuba diving.

4.Price
Discover Scuba Diving:RM150.00++
PADI Scuba Diver:RM700.00++
PADI Open Water Diver:RM880.00++
PADI Adventure/Specialty Diver:varies
PADI Advanced Open Water Diver:RM680.00
PADI Rescue Diver: RM780.00++
PADI EFR:RM350.00++


Bila tengok gambar2 orang buat aktiviti scuba diving rasa teringin sangat nak menyelam macam mereka. Boleh tengok coral, fish & dasar laut yg cantik. Tapi berenang pun aku tak tau..erkkk!!snorkeling pun tak pernah buat..Opps!!


Last but not least, survival at sea yg hanya berjaya aku buat sekeping jer posternya..Nie semua gara-gara laptop ku yg asyik demam kura2 jer...Dah puas aku ugut nak campak kat dinding laptop nie..tapi kejap jer dia ok pastu tingtong balik..

November 5, 2008

BERASAP...

Kelmarin semasa ym dengan ladylike, aku dikejutkan dengan satu berita.
ladylike: Dr. ****** masuk hospital!
aurikelsan:Lar..yeke?Sakit apa?

ladylike:Dia kena strok. Kesiankan?Umur baru 31 tahun.


Aku senyap sekejap. Berfikir mengingati wajah Dr. ****** yg semakmal denganku. Bersebelahan je bilik kami tapi jarang bertegur sapa. Aku tak pasti kenapa. Aku berpendapat dia agak tidak friendly..hmmm..atau mungkinkah aku yang tak friendly??Aku nie penyenyum jugak orgnya...

Sekarang nie, ada seorang lagi pemegang phD yg mengikut jejak langkah Dr ****** yg kurang friendly tue. Penat jer aku senyum lebar2 time bertembung dengannya. Muka dia???? EXPRESSIONLESS!!! Aku punya besar kat depan dia macam tak nampak langsung.Hmm..membazir sungguh senyuman aku yg staff pembuat matrix kad kata manis nie..alahai... [buat DR.^^^, maaf zahir batin yer..hehe]

ladylike BUZZ aku!
ladylike:tido ke?
aurikelsan:tak la..tengah berfikir. kesian kat Dr ******. Muda2 dah kena strok. teruk ke?
ladylike: Teruk jugak. Dengarnya mati separuh badan.
aurikelsan:Bila masuk hospital?
ladylike: Minggu lepas. Budak2 rumah aku dah pergi melawat dia.Aku rasa dia kena strok sebab gaya hidup die tak sihat.
aurikelsan: Mungkin juga. Bad habit-heavy smoker kan..tapi wallahua'alam la..tak tahu la sebab sebenar dia diserang strok.
ladylike: aah..

Aku bersimpati pada Dr ****** yg dimasukkan ke hospital akibat strok. Gaya hidup yang kurang sihat akhirnya menyusahkan hidupnya sendiri. Aku sesungguhnya sangat pelik dengan mereka yg siang malam berasap nie. Bukan tak tahu keburukan merokok tapi tetap memilih nak merokok juga.

Beli rokok pastue sumbat kt celah bibir, nyalakan api kemudian mula la berasap. Bukan kenyang pun makan asap rokok. Rokok naik harga orang tetap beli jugak. Rokok nie sama macam dadah bila dah kena terus gian. Susah nak berhenti.

Teringat pulak kat paksu aku. Dia pun heavy smoker jugak sejak zaman bujang sampai lah dah ada anak. Masa tue aku sekolah menengah. Paksu muntah darah sampai masuk hospital. Kata doktor perutnya luka sebab tue berdarah. Doktor nasihatkan dia berhenti merokok & amalkan gaya hidup sihat. Sejak dari tue Paksu berhenti merokok tapi bukan sebab takut perut luka atau kesihatan terjejas. Dia cuma tak nak perutnya berdarah lagi. Dia tak takut perut luka tapi TAKUT DARAH!! Paksu aku ni penakut darah rupanya.. hehe

Tue kisah 10 tahun lepas. Tapi sekarang aku tengok Paksu dah mula merokok semula. Walaupun tak sekerap dulu tapi kalau ada yg ajak dia tak tolak. Lagi2 kalau time melepak lepas meeting persatuan. Agaknya tension dengan macam2 hal yg dia kena handle sebagai setiausaha persatuan. Aktif sungguh paksu aku nie..dah bagus dah tue. Rajin pun ya tapi satu jer kalau boleh buang terus tabiat merokok tue lagi bagus.

Ada satu lagi perkara yg aku aneh sangat tentang perokok nie. Kadang-kadang aku tengok pak aji, pak lebai, bah kan pak imam pun merokok. Walaupun takde hadis yg tulis merokok itu haram tapi dalam islam telah nyata dan jelas memberitahu supaya menjauhi perkara & perbuatan yg tak berfaedah. Ketagihan dadah & gam semua orang dah tahu hukumnya haram. Maka, rokok pun macam tu jugak lah. satu sen pun takde faedahnya.

Walaupun begitu hukum pengharaman merokok tidak disepakati oleh semua ulama. Ada sesetengah ulama masih berpendapat kepada hukum merokok adalah makruh kerana tiada dalil/nas yg sahih tentang pengharaman rokok. Sama ada haram atau makruh tetap ia bukan satu tabiat yg baik untuk diamalkan. sesungguhnya menjauhi yg makruh itu kan lebih baik.

Artikel dibawah ini dipetik dari teks ulasan Dr. Ir. M. Romli, Msc yang menulis sedikit sebanyak tentang dalil yg boleh dikaitkan dengan larangan merokok dalam islam .
  1. Rokok menyebabkan kanser dan kanser menyebabkan kematian, maka merokok menyebabkan kematian. Hukum tentang perbuatan semacam ini secara terang dijelaskan dalam syariat Islam, antara lain ayat Al-Quran yang terjemahannya adalah: "...dan janganlah kamu membunuh jiwa..." (QS 6:151)
  2. Tubuh kita pada dasarnya adalah amanah dari Allah yang harus dijaga. Menggunakan barang-barang yang bersifat mengganggu fungsi raga dan akal (intoxicant) hukumnya haram, misalnya alkohol, ganja dan sebangsanya. Perhatikan firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamr, judi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib adalah kekejian, termasuk perbuatan setan.Jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu sukses" (QS 5:90). Kemudian dijelaskan lebih lanjut dalam sebuah hadist yang dikumpulkan oleh Muslim dan Abu Dawud, dimana Nabi Saw berkata, "Setiap yang mengganggu fungsi akal (intoxicant) adalah khamr dan setiap khamr adalah haram".
  3. Merokok hampir selalu menyebabkan gangguan pada orang lain. Asap rokok yang langsung diisapnya berakibat negatif tidak saja pada dirinya sendiri, tapi juga orang lain di sekitarnya. Asap rokok yang berasal dari ujung puntung maupun yang dikeluarkan kembali dari mulut dan hidung si perokok, menjadi "jatah" orang-orang disekelilingnya. Ini yang disebut passive smoking atau sidestream smoking yang mempunyai akibat yang sama seperti mainstream smoking. Berbuat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya (mudharat) bagi diri sendiri apalagi orang lain, adalah hal yang terlarang menurut syariat. Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Laa dharar wa laa dhiraar".
  4. Harta yang kita miliki tidaklah pantas untuk dibelanjakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat, misalnya dengan membakarnya menjadi abu dan asap rokok. Tegakah kita melihat selembar wang dibakar setiap minggunya? Perhatikan ayat-ayat Alquran sebagai berikut: "...dan janganlah menghambur-hamburkan hartamu secara boros. Sungguh para pemboros adalah saudara-saudara setan, dan setan itu sangat ingkar pada Tuhannya" (QS 17: 26-27). Sungguh ayat ini adalah suatu deskripsi yan sangat serius

Sumber: Jurnal Halal No. 5 / I / Mei - Juni 1995

Untuk cerita lebih lanjut tentang sejarah pengharaman rokok (dari makruh kepada haram) bolehla rujuk :



- Buat Dr ******, semoga cepat sihat & dapat jalani kehidupan seperti biasa.

- Buat Dr ^^^, penyegan itu bagus tapi kalau senyum selalu pun bagus gak. senyum itu sedekah. Boleh jadi pembuka pintu rezeki.

November 3, 2008

Kenapa perlu menang?

Ni adalah satu cerita yg aku dapat dari seorang rakan tentang seorang suami yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian.

Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku.

Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata:

“Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya.

Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah:

“Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?”

Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya:

“Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”

Pengajaran dari citer ni:
1. Kadang2 kita selalu nak menang walaupun pada perkara-perkara remeh. Aku sendiri pun suka menang tapi bila difkirkan semula dengan akal logik yg waras lg relevan, nak menang pun biarlah bertempat. Kalau kita nak menang demi mempertahankan sesuatu yg memang hak memang wajiblah kita teruskan perasaan nak menang tue. Tapi kalau setakat perkara-perkara kecil, tak salah kita bertolak ansur & mengalah. Mengalah tak bermakna kalah.


2. Percaya atau tidak ramai yang selalu rasa nak menang (dia jer yg betul walaupun sebenarnya salah) disebabkan nak jaga PRIDE la kunun..piii rahhh..Orang yg ada pride sebenarnya adalah mereka yg tahu bila nak menang & bila nak mengalah.

3.Lelaki selalunya dikaitkan dengan nak jaga pride & selalu nak menang. Well..memang la ramai jugak lelaki yg aku jumpa berperangai macam tue tapi tak lebih tak kurang jer dgn perempuan2 yg sentiasa nak menang jer, cakap dia jer betul, pendapat dia jer kena terima, bila orang tak terima idea dia mula la naik hangin..adehhhh.. tak relevan sungguh orang macam nie..

4. Aku rasa bengong btui lelaki dlm cerita nie, sanggup biarkan rumah kna rompak, membiarkan anak jiran misunderstood hingga menuangkan bubur di atas kepalanya..Mungkin cerita nie over sket tapi ini adalah metafora kpd kehidupan kita seharian. Lagipun si suami tue kan deal tak mau bercakap dgn wife dia bukan orang lain. Ntah2 wife dia bahagia jer berborak kat umah jiran tue..

5.Jadilah isteri solehah, patuhilah perintah suami tapi jgn smpai kena buli lak. Wife dlm citter nie punyalah dia care suami dia tak fikir dah psl deal. Terus nak tau apa yg dah jadi pada suaminya. Kalau isteri dia lah yg ada dalam rumah, menjerit umah kena rompak, agak2 suami tue mcm mana reaksi dia ek??????

Nie kambing jamapari bukan keldai..(lokasi: lembah biotek peladang johor)



Related Posts with Thumbnails