Jamboree is around the corner, so dalam sibuk2 dgn draf paper, preparation for conference, assist supervisor finalize student's marks, e-science progress report, meeting dgn staff Inno Biologic, etc.etc.etc...sempat jugak curi masa untuk bantu krew C sediakan poster untuk pameran nanti. Dengan berbesar hati telah meng'offer' diri untuk sediakan poster bertajuk 'Introduction to Scuba Diving'. Siap buat dwi bahasa lg. Putus wayar ke aku tetiba jadi rajin?. Ohh..tidakk..tiada mana2 wayar kt serebum/serebelum yg putus. Aku sememangnya suka buat keje2 melibatkan grafik nie..
Demi menyiapkan poster yg bukan sahaja kena menarik, isinya juga kena la padat, maka berusaha la jugak carik masa mencari material yg sesuai & tidak terlalu complicated. Sebabnya aku sendiri bukan ada masa nak baca panjang lebar pasal scuba diving nie.Wahh..bilalah aku nak tergolong dikalangan org yg rajin??

Antara info yg boleh dikongsi:
1.Asal usul scuba diving
Scuba adalah singkatan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus. Scuba nie asalnya adalah sejenis peralatan bantuan pernafasan dlm air yg digunakan oleh askar2 penyelam bawah laut US semasa perang dunia ke-2.Wahh..alat perang dah jadi kegunaan rekreasi pulak pd zaman sekarang nie.
2.Hierarki & jenis-jenis kursus scuba diving (lesen)
Kalau nak melakukan aktiviti scuba diving nie kena la ada lesen. Yela, kalau ikut suka hati hempedu main terjun jer dlm laut yg dalam tue tak pakai apa2 peralatan, nanti kalau ada yg mati lemas siapa nak tanggungjawab?Ha..Lu pikir la sendiri ye..
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dgn aktiviti scuba diving ni boleh la bermula dgn kursus Discover Scuba Diving. Penyelam2 baru akan diperkenalkan dgn konsep & kemahiran asas scuba diving dibawah seliaan jurulatih selam yg bertauliah.
Keistimewaannya penyelam boleh tgk batu-batu karang kat laut..advanced sket la dari snorkeling. minimum umur 10 tahun ke atas.Kalau rasa tak puas & teringin nak menyelam dalam lagi, boleh cuba ambil kursus PADI Scuba Diver yg dijlankan selama 2-3 hari.Sebagai pemegang lesen menyelam PADI Scuba Diver, seseorang tue boleh menyelam di laut terbuka sehingga kedalaman 12 meter di mana2 180 buah negara.
Tak cukup dalam?Kursus PADI Open Water Diver disediakan bagi mereka yang berminat melakukan aktiviti scuba diving secara professional diikuti oleh kursus penyelaman PADI Adventure/Specialty Diver. Peserta boleh memilih 3 pilihan pengkhususan tapi dengan syarat mestilah telah memiliki sijil PADI Open Water Diver.
Peringkat seterusnya dalam aktiviti scuba diving adalah PADI Advanced Open Water Diver. Dengan pentauliahan ini penyelam boleh menyelam sehingga 300meters/100feet. Untuk mendapatkan sijil ini seseorang itu perlu melengkapkan 2 jenis penyelaman wajib (deep dive & navigation dive) di samping 3 jenis pilihan selaman yg lain.

Kursus scuba lain yg ditawarkan adalah PADI Rescue Diver yang membolehkan seseorang penyelam bertindak sebagai penyelam penyelamat sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan. Syarat lain sebagai PADI rescue Diver adalah penyelam tersebut perlu memiliki sijil CPR yg diiktiraf. Biasanya kursus ini akan diambil bersama PADI EFR (Emergency First Response).
Highest level of PADI certification is PADI Master Scuba Diver.Syarat minimum umur 15 tahun ke atas & telah melengkapkan kesemua kurus / tahap penyelaman scuba yg ditetapkan oleh PADI.
3.PADI bukan padi yg bila dah diproses jd beras tau!
Ramai yg tanya, PADI tue apa?PADI atau Professional Association of Diving Instructor merupakan satu organisasi selaman skuba bertaraf dunia yg menyediakan kursus pentauliahan & jurulatih scuba diving. Sijil scuba diving yg dikeluarkan oleh pihak PADI adalah diiktiraf di seluruh dunia dan
boleh digunapakai di mana2 negara untuk aktiviti scuba diving.4.Price
Discover Scuba Diving:RM150.00++
PADI Scuba Diver:RM700.00++
PADI Open Water Diver:RM880.00++
PADI Adventure/Specialty Diver:varies
PADI Advanced Open Water Diver:RM680.00
PADI Rescue Diver: RM780.00++
PADI EFR:RM350.00++
Bila tengok gambar2 orang buat aktiviti scuba diving rasa teringin sangat nak menyelam macam mereka. Boleh tengok coral, fish & dasar laut yg cantik. Tapi berenang pun aku tak tau..erkkk!!snorkeling pun tak pernah buat..Opps!!
Last but not least, survival at sea yg hanya berjaya aku buat sekeping jer posternya..Nie semua gara-gara laptop ku yg asyik demam kura2 jer...Dah puas aku ugut nak campak kat dinding laptop nie..tapi kejap jer dia ok pastu tingtong balik..

