130pm Pejabat sunyi Semua orang keluar lunch Mesin SBO10 kat bawah maintain buat bising Tue tandanya dia bekerja keras
Aku khusyuk Bukan makan Bukan buat kerja Tapi khusyuk baca blog member Dia tayang gambar2 anak dia yang semakin membesar
whooaa macam best je kan ada anak?
Lepas tue bukak pulak blog obefiend Tergelak-gelak
Tiba-tiba 'You boleh tolong tapaukan I tak?'.
Aku toleh belakang. Ingat Lee si maintenance engineer. Sekali I punya bos, si Plant Manager daaaa.. Sah-sah kantoi dalam terang!! Sengih jela. Nak tutup nak cover memang dah tak boleh dah.
So, laju je aku tanya 'Nak tapau?Nasi lauk apa?'. Sambil badan try gak la cover-cover skrin depan.
'You beli di kafe dekat Indian tue. Anythingla. I pun tak tau apa yang ada.' Lebih kurang camnie la ayat bos aku.
'Lauk apa? Ayam or ikan?' 'Daging'
Errkk?? Indian ada jual daging ke? ---> nie ayat dalam hati aku la kan..Since dia cakap nak mintak tolong, so aku pun takde la kedekut tulang kederat sangat kan..
Sampai je kafe aku pun tercari-cari lauk daging idaman si Plant Manager. Takde pun. Malu bertanya sesat jalan. So, aku pun tanpa malu terus bertanya pada si gadis india
'Nie je lauk? Daging takde?'
Terus wajahnya berubah. Tak tahu lah dalam hati dia kata apa.
Sekali lagi aku tanya pada diri sendiri ' peniaga india jual daging ke ek?'
0600 jam menjerit suruh bangun! Bangun tido Mata rasa sungguh berat Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka Pejam sekejap lah
0630 jam menjerit lagi!! Wajib bangun Mata rasa sungguh berat Ehh..mata kanan macam tak mahu dibuka Tapi tak boleh pejam lagi Nak mampos?? Kalau lewat sampai tempat kerja lagi, sia-sia je membazir OT semalam
Sebelum langkah masuk bilik air tengok cermin dulu (ini habit okay) Bajet muka sexy la kunun lepas bangun tido
AAAAHHHHHH Kenapa mataku sepet sebelah???!!! Patutla rasa berat semacam.. Swelling again??
Nie yang ada rasa nak amek MC nie heheehe sambil gelak jahat seperti frazi tapi memikirkan gaji yang bakal terbuang Tak payahla setakat merempit dengan sebelah mata takde hal punya
Sampai ofis, bengkak di mata hampir surut Tapi ada pulak bengkak-bengkak kecil merah-merah di tangan & jari
Hmm..aku alergi apa pulak la kali ni.. Malam tadi cuma makan nasi goreng ayam & 2 bijik tart nenas je