Dengar-dengar ceritanya ramai betul orang Indonesia suka minum tahi musang. Selain rakyat Indonesia, ramai juga masyarakat di peringkat antarabangsa menyukainya kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh.
Wahhh..apa la yang sedap sangat tahi musang nie?? Biar betul nak minum tahi musang??? Hahaha
Sebenarnya tahi musang yang dimaksudkan di sini adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semula jadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan. Sebab itu selain dipanggil sebagai Kopi Tahi Musang, ia juga digelar Kopi Luwak.
Biji kopi yang masih berkulit, ditelan oleh luwak kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual. Dibasuh najis itu, dikeringkan dan diproses utk jadikan kopi.
Walaupun terhasil dari najis musang, tapi kopi ini mahal harganya. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenali sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.
Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram. Fuiyyoooo..harga sekilo kopi boleh beli sebijik TV LCD 32'.
gambar kredit kepada selatanonline.










