Pages

Ads 468x60px

.

Labels

April 30, 2010

Awas! Gelombang kedua H1N1


Beberapa kes Influenza A (H1N1) atau penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan semula di Malaysia. Terbaru, seorang wanita berumur 61 tahun disahkan meninggal dunia akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Lagi berita tentang H1N1 di sini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menasihatkan orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan segera mendapatkan pelalian vaksin A (H1N1) di 104 fasiliti yang disediakan kementerian di seluruh negara.

Maklumat lanjut berkenaan H1N1 boleh didapati dengan melayari laman web Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline di talian 03-88810200/0300.

  • Selalu basuh tangan dengan sempurna
  • Pakai penutup muka bagi yang mengalami batuk atau selsema
  • Tutup mulut & hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin
  • Elakkan bersesak-sesak di tempat awam sekiranya tiada keperluan
  • Segera dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom-simpton H1N1




Mandulkan saja lelaki-lelaki itu!!



Wahhh..bunyi macam emosi betul statement nie kan??? Tapi lebih kurang begitulah saranan seorang senator ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada sidang Dewan Negara.

"Sekarang ini kita lihat dalam kes buang bayi, bapa (bayi itu) ghaib, hilang (entah ke mana dan) cari pun tak jumpa. Saya cadangkan kita kasi (sahaja) bapa-bapa ini," katanya.

Ahmad Husin mencadangkan agar bapa kepada bayi yang dibuang dimandulkan atau dikasi bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih bertanggungjawab. Berita lanjut di sini.

Hmmm..itu pun kalau kita jumpa siapa bapa kepada bayi bernasib malang tersebut. Masalah yang sering dihadapi kini adalah kes pembuangan bayi yang semakin meningkat dan pada masa yang sama ibu bapa yang tidak bertanggujawab tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Jika si bapa dikasi, bagaimana pula dengan si ibu??? Sanggup berzina hingga melahirkan bayi, kemudian bertindak zalim dengan membunuh dan meninggalkan anak di merata tempat ibarat sampah!!

pssstt: ada berani?


Iron Man 2 : Layan trailer jela dulu



Finally, Tony Stark akan keluar dengan baju baru iron man yang lebih canggih dan high tech. Filem 2010 yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 30 April 2010 Iron Man 2 bakal menggegar pawagam!!! Cewahhh..promo abes..hehe First screening malam nie sure tiket sold out.

Since I made a promise with Mr. ATB, so tak boleh la nak jadi antara yang terawal tengok Iron man 2. Nanti dia kecik hati susah wooo... Terpaksa rela la aii tunggu next week.

Harap-harap sekuel Iron Man nie tak mengecewakan. Biasala, kebanyakan filem-filem yang meletup kebabom bila dibuat sekuel hasilnya agak mengecewakan.  


Related Posts with Thumbnails