Pages

Ads 468x60px

.

Labels

May 27, 2009

|JJCM| Nasi ayam penyet...


Malam nie buat kali keduanya aku dinner kat Restoran Pinang, Taman Universiti, Skudai. (dekat sangat dengan Jusco Taman U). Cik Mars punya idea.. (nampak macam dia dah ketagih nasi ayam penyet..hehe). Menu kami sudah tentu nasi ayam penyet. Kat restoran nie cuma jual nasi ayam penyet, lele penyet & puyuh penyet sahaja..yang penyet2 sahaja okay..?? haa kalau rasa tekak tue nak makan mee bandung ke, tomyam ke, nasi goreng pataya sila la bergerak ke restoran yang lain yerr..

Menu nasi ayam penyet disediakan dalam sebuah pinggan yg agak besar, mengandungi nasi putih, ayam yg digoreng garing (besar & sedap ayam dia), sambal belacan, veggie (kobis timun etc), tempe & limau untuk perahan serta kuah sup. Sepinggan nasi ayam penyet berharga RM4.50. Budak2 laki terutamanya sangat suka makan kat sini. Yela...nasi dahla banyak, ayam besar pulak tue..marvellous beb..

Selain dari restoran pinang, terdapat juga restoran2 yg berhampiran turut menjual menu nasi ayam penyet. Tapi dah si Faiz Nadal recommend makan kat sini, kitorang pun makan jela kat sini. Kalau rasa tak nak makan ayam penyet, bolehla cuba makan lele penyet. atau puyuh penyet. Masa memula dengar perkataan lele penyet rasa nak tergelak pun ada. Rupanya lele penyet tue bermaksud ikan keli penyet...hehehe

Ketua pemakan nasi ayam penyet

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nasi ayam penyet

Makan dengan penuh berselera walaupun sambal belacannya sangat pedas

Licin beb..tulang ayam pun tak tinggal





nota 1: Gambar2 di atas terpaksa di'cencored'kan atas sebab2 peribadi.
nota2: gambar2 di atas adalah semasa pertama kali makan nasi ayam penyet
nota 3:tiada dalam gambar (me & mars) - takde sape nak amek gambar,
semua sibuk terkam nasi ayam penyet..



May 23, 2009

Night at The Muzium2 and Star Trek (2009) : movie marathon bersama ir

1500
210509
City Square JB

Plan asal adalah temankan ir cari jaket..err tetiba jadi movie marathon bersama ir..eh?? padahal dalam hati memang ada niat nak tengok movie pun hehehe

Teman ir lunch dekat food court CS JB
Nasi+rendang daging+ayam goreng=RM10.50 ~~~mahal tahap gaban


memperkenalkan donut J.Co yg sangat lembut yummy2 kepada ir

1/2 dozen J.Co yg telah naik lagi harganya RM2.40 seketul
1/2 dozen = RM12.00++

the donut girl..actually she is gadis pemakan donut
she is young, single & available ;p

Kami tengok Night at the museum 2 (NATM2) & Star Trek: The Future Begins (Malaysia: English title) ..We love both movies..Balik dengan suka hati..lalalala Bagi sesape yg xsuka NATM2 jangan gaduh2 yerr.. Biasa la kadang2 sequel tak berapa best berbanding yg pertama
Malas la pulak nak buat review. Papehal enjoy the trailer..okay??


NATM2


my rating: 2.8/5
to read sypnopsis NATM2 here
to read review for this film here



Star Trek


my rating:3/5
to read sypnopsis Star Trek here
to read review for this film


note:review & sypnopsis may contain spoilers


The Body Shop sale is back!!!


Hanya nak berkongsi info dengan yg lain. Jualan hebat setahun sekali di kedai The Body Shop telah kembali. So, semalam dengan excitednya kak mars & me dah pergi melawat The Body Shop yg terdekat.Kat mane lagi kat dalam Jusco Tmn U la..

Ehemm..ehemm..ada pembetulan sikit. Bukan setakat pergi melawat tapi pergi shopping hehe Ada la kami borong sikit.. maklumlah bukan senang nak dapat harga camtue, setahun sekali je.. (alasan no 1). lagipun memang stok perfume kat bilik dh nak abes sangat dah..ada la dlm suku botol..err xsampai suku pun rasanya (alasan no 2).

Tambahan pulak, aku ada membership The Body Shop..so, masa beli semalam tambah lagi 10% diskaun bagi setiap item yg dibeli (alasan no 3)...Bila dah nak bayar teringat pulak dekat En. ATB. Tup tup En. ATB call. Ehh, dia pun nak perfume jugak?? Maka, tolongla beli satu untuk dia - EDT Kistna 100mL (alasan no 4).

Jualan yg ada diskaun nie bermula 22 Mei 2009 - 14 Jun 2009. Untuk yg ada membership ada 3 special days (22/05/09 - 24/05/09) where every purchased items get extra 10% off upon presenting your Mykad.


EDT Kistna 100mL original price RM105
after less - RM85.05

Related Posts with Thumbnails