Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 11, 2013

Backpack to Hatyai Part 2



Alohaaa```````

Hujan lebat dari pagi. Alhamdulillah.sejuk sikit cuaca bagi yang berpuasa hari ni. Maka dengan ini aku nak sambung cerita pasal trip ke Hatyai. Part 1 rujuk sini.

Van Commuter yang kami naiki boleh memuatkan kira-kira 9 penumpang pada satu-satu masa. Setiap penumpang menghala ke Hatyai akan dihantar ke lokasi masing-masing. Maka, janganlah jangka kau akan jadi yang pertama dihantar ke muka pintu.

Kalau lokasi hotel kau tue jauh, haruslah bersabar sikit. Bukan susah pun. Tidur jela. Sepanjang perjalanan Danok ke Hatyai aku tidur lena. Pinjam bahu orang sebelah hahahaha Nasib kaulah ye jadi bantal aku..

Kebanyakan hotel di Hatyai mudah dan memudahkan. Mereka boleh terima kalau nak check in awal tanpa sebarang cas. Kalau di Malaysia?? Berjanggutlah tunggu di lobi. Dulu aku pernah booking hotel di Kota Kinabalu. Aku nak check in awal setengah jam pun tak diberinya.

Kami sampai lebih kurang jam 10pagi..Aku lupa pula sama ada 10 pagi waktu Thailand atau waktu Malaysia. Waktu di Thailand adalah satu jam awal dari Malaysia. Setibanya kami terus check in di Kiss Gardenhome Chic Hotel. Terpukau kejap lihat bilik yang cantik. Lepas check in, mandi then sambung tidur. Eh..tidur lagi?? Bilik cantik sangat memanglah semangat aku nak tidur.

Bangun tidur jam dah pukul 1 petang waktu Malaysia. (Ikut jam tangan aku lah. Malas nak ubah, sendiri kira lah pukul berapa waktu Thailand). Perut wajiblah dah berkeroncong. Sarapan jam 5pagi di Gurun lepas terus bergerak ke Bukit Kayu Hitam. Dah sampai Danok tak reti pulak nak makan. Kan dah kelaparan!!

Di Hatyai, insyaallah mencari kedai makan halal bukan satu masalah besar bagi pelancong muslim. Di Hatyai ada ramai komuniti muslim yang berniaga makanan. Antara kedai yang famous yang sering dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia ialah Hamid Restaurant dan Restoran Salma. Kedua-dua restoran ini terletak betul-betul di tengah kawasan tumpuan pelancong berdekatan Le Garden Plaza Hotel.
 
Selain itu, terdapat juga beberapa kedai muslim lain seperti Restaurant Kelantan, Restoran Shah Alam (perrghh..shah alam kat Thailand??) & kedai makan rocky. Ada juga kedai lain tetapi namanya aku tak ingat. Bad journalist la aku nie..
 
 
Kelantan Restaurant


Rocky Muslim Restaurant
 

Kami makan tengah hari di Kedai Rocky. Kedai rocky terletak lebih kurang 5 minit berjalan dari hotel kami.  Antara menu yang sedap pada waktu pagi ialah roti canai boom.  So, masa kami datang roti boom pun sudah habislahhh…Datang dah jam 2 petang..what do you expect kan??

Tapi jangan risau..staff Rocky boleh masak lauk pauk untuk anda. Ada lauk yang dah siap masak dan ada juga lauk yang anda boleh minta mereka masak. Menu tengah hari kami ialah nasi putih, telur dadar, tomyam kung yang sedap dan telur ikan masak kunyit yang sedap jugak. Telur ikan tue sedap. Sementara tunggu tomyam kung masak, aku ralit meratah telur ikan sampai kenyang.



Oh ya..korang risau tak boleh nak order sebab tak reti bercakap bahasa siam.??!! Lupakan perasaan tersebut. Staff Rocky boleh faham bahasa melayu dan amat pandai kecek kelate. Aku sendiri tergeliat lidah nak kecek kelate. kehkehkeh
 
Errr..macam panjang je aku membebel. Padahal baru cerita pasal commuter dengan kedai makan Rocky. Cadangannya nak bercerita pasal lokasi-lokasi halal food di Hatyai. Sambung next part lah ye. Lenguh plak jemari gemuk ni menaip. Adios amigos.
 
 

Regards,
aurikel

July 8, 2013

Backpack to Hatyai Part 1


Assalamualaikum..

Alohaaaa everyone…It’s been a very long hiatus ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lamanya tak menulis di sini.

Kesempitan waktu? Tidak.

Tiada hot story? Lebih kurang lah.

Kesibukan bekerja? Tak juga.

C’mon… takkan sibuk berchenta???? LOL

 
Ok. Enough. Ketika wujud kelapangan dan mood untuk menulis. Ayuh biarkan jari jemari gemuk ini berlari di atas papan kekunci. Kira-kira dua minggu yang sudah, aku berjaya back pack ke Hatyai. Trip yang singkat tetapi menyeronokkan. Matlamat trip jangka masa pendek ini adalah :

1.       Jejak tanah Hatyai sambil tambah cop dalam pasport

2.       Jalan-jalan di Hatyai sambil melihat keunikan tempat orang

3.       Jalan-jalan melihat dan merasa pelbagai juadah makanan tempatan di Hatyai

4.       Shopping

 
Usai solat Subuh kami bergerak terus menghala Bukit Kayu Hitam. Letak kenderaan di kawasan parkir DUTY FREE ZONE, kami berjalan kaki menghala ke sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok. Dari Danok kami menaiki commuter (van) untuk ke Hatyai dengan bayaran THB50. Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa antara sejam ke sejam setengah (bergantung kepada trafik dan pemandu anda).

Di sekitar kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok, terdapat banyak pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan terus dari Danok ke hatyai, Krabi, Bangkok dan banyak lagi kawasan di sekitar Thailand. Jika ke Hatyai, bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini antara 500-600 THB bagi setiap teksi. 

Sebagai pelancong dengan bajet yang terhad, kami memilih untuk menaiki commuter. Bayarannya adalah jauh lebih rendah. Namun,  keadaan dan perkhidmatan commuter adalah sangat selesa. Kebanyakan commuter menggunakan van Toyota Hiace. Sebut sahaja destinasi, penumpang  akan dihantar terus ke depan pintu lokasi penginapan.

Di Hatyai terdapat banyak hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh booking atau pun walk- in terus. They will always welcome you. Jika mahukan hotel di kawasan yang sangat dekat dengan pusat beli belah, pasar dan pusat hiburan, terdapat banyak hotel di sekitar Hatyai Central. Antara hotel yang terkenal di sana ialah Lee Garden Plaza Hotel, Grand Hotel.


Bagi manusia yang muda, lasak, sedikit cerewet dan sukakan ketenangan, hotel-hotel di sekitar Hatyai Central bukanlah idalaman hati aku. Walaupun dekat dengan kemudahan pasar & pusat membeli belah, tetapi kawasan tersebut agak sesak dan bising. Bila terlalu dekat dengan semua kemudahan, matlamat untuk jalan-jalan dan menerokai Bandar Hatyai akan berkurang.

Maka, sebuah hotel baru yang tidak jauh dari Hatyai Central telah menjadi pilihan. Hotel tersebut ialah Kiss Gardenhome Chic Hotel. Hotel ini terletak di Haimook Road Hatyai Songkhla, Thailand. Kiss Garden Home Chic Hotel tidak jauh dari kawasan central Lee Garden Plaza Hotel, kira-kira 10 minit berjalan kaki. (kalau kaki sakit sebab dah banyak sangat berjalan, mungkin perlu extra 5minit).

Aku suka hotel ni. Serius! Antara sebab aku suka hotel ni:

1.       Harganya berpatutan dengan biliknya yang cantik. Kadar untuk superior room ialah 850THB/night (including VAT & service charge). Rasanya aku tak jumpa lagi bilik cantik dengan harga macam tue kat Malaysia.

2.       Bilik cantik, bersih dan selesa. Berdasarkan survey, banyak hotel kt Hatyai bilik nampak lama, using & menakutkan. Errrkk..sorry to say tapi bab nie aku memang cerewet.

3.       Kawasan yang tidak terlalu sesak dan bising. Seriously, bila dah penat berjalan aku nak tempat yang tenang dan selesa. Bab nie penting.

Selain itu, bilik-bilk di Kiss GardenHome Chic Hotel dilengkapi dengan aircond, fridge, hair dryer, kettle & toiletries. Meh, kita layan beberapa keeping gambar Kiss GardenHome Chic Hotel, Hatyai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Berapa  bintang nak beri??? :) 
Dekat depan signboard besar nie setiap tengah hari sampai petang ada orang jual air tebu. Tapi sedap lagi tebu Malaysia kot...hehehehe

 
Sekian cerita bahagian pertama backpack trip ke Hatyai. Nanti kita sambung bahagian dua pulak ye.
 
 
Regards,
aurikel

 
  

May 30, 2013

Man of surprise



"Puasa?"
"Hmmm..insyaAllah"
"Buka puasa sama nak?"
"Okay"

 
"Nak makan kat mana?"
Senyap.


"Nak makan kat mana?"
"Mana-mana lah."

Hmm...letih sangat lah tue sampai cakap pun tak larat.

Maka, aku pun drive sesuka hati. Makan asam laksa dekat Baba & Nyonya pun best jugak. Kalau tak kena dengan selera kapten sorang ni, nasib dia lah.......

Tetiba..he made a phone call. Dengan siapa entah.. Kalau dah jadi driver kat sebelah mestilah dengar kan..

"Reserve table for two. Lepas magrib, sampai."
Table for two??!! Dia nie nak makan kat mane nie??


"Nak makan kat mana?"
Senyap.
Hmm...Senyap lagi. Boleh lena pulak?? Taula ada driver kat sebelah.

"Empire!"
Amboi..bagi arahan nampak..Tapi memang nak menghala arah situ pun.


Usai solat magrib.
"Jom...."
"Pergi mana?"
"Makanlah..tadi kata nak buka puasa kan"
"Dah makan kurma"
"Jomlah.."
"Kat mana??"
"Jomlah...."


Sesuka hati je tarik aku masuk lif kan?
Tingkat 2.


Biar betul???
Kitchen Art Brasserie.
Aku dahlah gaya awek kilang abes nie. T____T


Seriously??!! Memang serius. Dia senyum sengih-sengih sambil tarik aku masuk situ. Nak tak nak aku tayang gak la muka confident+slumber untuk dining kat situ.





He's a man with surprise. Suka buat aku jadi speechless.




Regards,
aurikel








Related Posts with Thumbnails