Alohaaa```````
Hujan lebat dari pagi. Alhamdulillah.sejuk sikit cuaca bagi yang
berpuasa hari ni. Maka dengan ini aku nak sambung cerita pasal trip ke Hatyai. Part 1 rujuk sini.
Van Commuter yang kami naiki boleh memuatkan kira-kira 9 penumpang pada
satu-satu masa. Setiap penumpang menghala ke Hatyai akan dihantar ke lokasi
masing-masing. Maka, janganlah jangka kau akan jadi yang pertama dihantar ke
muka pintu.
Kalau lokasi hotel kau tue jauh, haruslah bersabar sikit. Bukan susah
pun. Tidur jela. Sepanjang perjalanan Danok ke Hatyai aku tidur lena. Pinjam
bahu orang sebelah hahahaha Nasib kaulah ye jadi bantal aku..
Kebanyakan hotel di Hatyai mudah dan memudahkan. Mereka boleh terima
kalau nak check in awal tanpa sebarang cas. Kalau di Malaysia?? Berjanggutlah
tunggu di lobi. Dulu aku pernah booking hotel di Kota Kinabalu. Aku nak check
in awal setengah jam pun tak diberinya.
Kami sampai lebih kurang jam 10pagi..Aku lupa pula sama ada 10 pagi
waktu Thailand atau waktu Malaysia. Waktu di Thailand adalah satu jam awal dari
Malaysia. Setibanya kami terus check in di Kiss Gardenhome Chic Hotel. Terpukau
kejap lihat bilik yang cantik. Lepas check in, mandi then sambung tidur. Eh..tidur lagi?? Bilik cantik sangat memanglah semangat aku nak tidur.
Bangun tidur jam dah pukul 1 petang waktu Malaysia. (Ikut jam tangan
aku lah. Malas nak ubah, sendiri kira lah pukul berapa waktu Thailand). Perut
wajiblah dah berkeroncong. Sarapan jam 5pagi di Gurun lepas terus bergerak
ke Bukit Kayu Hitam. Dah sampai Danok tak reti pulak nak makan. Kan dah
kelaparan!!
Di Hatyai, insyaallah mencari kedai makan halal bukan satu masalah
besar bagi pelancong muslim. Di Hatyai ada ramai komuniti muslim yang berniaga
makanan. Antara kedai yang famous yang sering dikunjungi oleh pelancong dari
Malaysia ialah Hamid Restaurant dan Restoran Salma. Kedua-dua restoran ini
terletak betul-betul di tengah kawasan tumpuan pelancong berdekatan Le Garden
Plaza Hotel.
Selain itu, terdapat juga beberapa kedai muslim lain seperti Restaurant
Kelantan, Restoran Shah Alam (perrghh..shah alam kat Thailand??) & kedai
makan rocky. Ada juga kedai lain tetapi namanya aku tak ingat. Bad journalist
la aku nie..
Rocky Muslim Restaurant
Kami makan tengah hari di Kedai Rocky. Kedai rocky terletak lebih
kurang 5 minit berjalan dari hotel kami.
Antara menu yang sedap pada waktu pagi ialah roti canai boom. So, masa kami datang roti boom pun sudah
habislahhh…Datang dah jam 2 petang..what do you expect kan??
Tapi jangan risau..staff Rocky boleh masak lauk pauk untuk anda. Ada
lauk yang dah siap masak dan ada juga lauk yang anda boleh minta mereka masak. Menu
tengah hari kami ialah nasi putih, telur dadar, tomyam kung yang sedap dan
telur ikan masak kunyit yang sedap jugak. Telur ikan tue sedap. Sementara
tunggu tomyam kung masak, aku ralit meratah telur ikan sampai kenyang.
Oh ya..korang risau tak boleh nak order sebab tak reti bercakap bahasa
siam.??!! Lupakan perasaan tersebut. Staff Rocky boleh faham bahasa melayu dan amat
pandai kecek kelate. Aku sendiri tergeliat lidah nak kecek kelate. kehkehkeh
Errr..macam panjang je aku membebel. Padahal baru cerita pasal commuter dengan kedai makan Rocky. Cadangannya nak bercerita pasal lokasi-lokasi halal food di Hatyai. Sambung next part lah ye. Lenguh plak jemari gemuk ni menaip. Adios amigos.
Regards,
aurikel

