Pages

Ads 468x60px

.

Labels

May 1, 2010

Apa itu 'aurikelsan'?


Ramai betul tanya,apa maksud url blog aku nie. Pelik ke?? hehe Url blog nie adalah sama dengan emel aku. Dah berzaman-zaman dah aku pakai aurikelsan@yahoo.com.  Dari zaman sekolah menengah sampai la dah tua bangka cenggini.

Dalam badan aku ada satu organ yang tugasnya mengepam darah ke seluruh badan. Nama organ ini 'jantung'. Aurikel merujuk kepada satu ruang/bahagian pada jantung. 

Tunjuk gambar jela. Lagi senang paham. Ada belah kiri dan juga aurikel belah kanan.



San (さん) pula adalah satu ganti nama yang sering digunakan sebagai tanda hormat sama seperti penggunaan "Mr.", "Miss", "Mrs.", or "Ms.". Kat Jepun, kan diorang selalu tambah -san kat bahagian belakang nama bila diorang panggil seseorang.

Contohnya, kalau korang seorang penjual buku, maka korang dipanggil honya-san (honya = kedai buku, honya+san = penjual buku) . 

Maka,    aurikel+san= aurikelsan = empunya aurikel/bahagian jantung itu.

Begitula alkisah maksud nama aurikelsan. Errr..paham tak?? ke tak paham??


Sekian. 

Cutenya Lisa Surihani & Mia Sara


Selamat Hari Pekerja!!! Sesiapa yang terpaksa rela bekerja pada hari ini, sila tabahkan hati ok. Jasamu pasti di kenang. huhuhu Jom layan gambar-gambar cute Lisa Surihani & adik Mia Sara di lokasi pengambaran. Layannnnnnn..

..
..
..




Gambar kredit to Rotikaya. Lagi cerita sensasi di sini.


|JJCM| Dinner @ Taman Sri Manja

Siri jelajah Jalan-jalan cari makan (JJCM) versi aurikelsan kali ini mencuba sebuah restoran di Taman Sri Manja Petaling Jaya. Maaf la ek, hari nie mood perasan nak jadi hos JJCM  ganti Maria Tunku Sabri dengan Serina Rizwan.

Hiasan dalam yang cantik & ceria sesuai untuk sekeluarga

Jus Mangga yang pekat, juicy & kaw
(tapi kami tak suka sangatla, terlalu pekat plus ai memang tak minat jus mangga)

Natural Apple Fresh, memang fresh. tapi nie jus epal suam 
~~bajet nak kurangkan minum ais

Nasi goreng ayam. 
Ayam dan sos boleh tahan rasanya tapi nasi dia ada kurang kick sikit.

Fish & chip
Coslow dia tak best. Veggie terlalu hancur. Patutnya cincang kasar-kasar sikit veggie tue. Fries okay. Mayo dan thousand island pun sedap. Tapi sayangnya fish dia macam tak fresh, keras dan sedikit over cooked la.

Persekitaran: 3/5
Perkhidmatan/layanan: 3/5
Makanan: 2.5/5

Related Posts with Thumbnails