Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 29, 2009

Makan..masak..makan..

Dah lama tak melepak ramai-ramai ngan my cousins. Zaman sekolah dulu, kitorang selalu lepak kat rumah aku sambil tengok CD hindustan sambil borak2 pasal macam-macam cerita kat asrama masing-masing. Tapi bila dah besar2 panjang, semua dah jadi anak dara ni, ada la penambahan aktiviti sikit.

Balik je dari JB sempena cuti raya haji, aku ngan 3 orang cousins aku sepakat buat experiment kat dapur. Donut choc la, muffin la, puding roti marble la..ada satu masa tue kitorang masak muffin choc malam2 buta. Kul10pm dapur aku tue bising lagi dengan bunyi orang pukul telur. Mak aku dah selamat masuk tidur. Malas nak layan kitorang.

donut yang gebu..nie belum masak & belum siram dengan choc lagi nie..
*pic donut yang telah disiram dengan choc tak sempat nak snap sebab dah habes kena baham


muffin vanila ditabur dengan choc rice

Sambutan aidil adha tahun ni sederhana je. Tapi still ada macam2 benda untuk di makan. hmmm..makan lagi...maka, plan nak diet terpaksa la dilupakan sekejap -----> alasan!!! errk,selama nie pernah ke aku diet??macam xpernah je.. XD

Menu utama pagi raya ada nasi impit, nasi beriyani & ayam masak merah. Bersemangat aku masak ayam masak merah pada malam raya tue. First time masak sendiri tanpa ada jeneral bagi arahan kat belakang..Nasib baik menjadi.

Menu pencuci mulut pulak adalah puding jagung. Aisehh..rasa dah sedap tapi terover lembut la pulak puding aku tue.Nak makan kena suap guna sudu. Nie gara-gara buat puding sambil tengok TV la. Memang tak fokus. Sama ada aku tertuang air lebih ataupun kacau tak cukup lama. Nampak macam dah likat je, terus tuang dalam acuan.

Hmm..semalam dah berjaya masak kuih yang dah sebulan aku mengidam nak makan. My dear En. ATB konon-konon merajuk aku buat kuih seri ayu tak bagi dia sikit. Alahaiiii.....macam la rumah dia dekat sangat aku boleh main pas-pas pinggan je..Aku sendiri pun sempat makan seketul je. Beria buat tapi aku dapat makan seketul je tau. Yang lain cousin2 aku yang ramai2 tue dah selamat membahamnya.


Nota kaki: ada rasa-rasa macam nak buat puding roti marble sekali lagi petang ni. Care to join?


November 28, 2009

Seri Ayu

Dari bulan lepas teringin nak makan kuih seri ayu. Ala..kuih yang warna hijau pastue ada kelapa sikit kat atasnya. Jenuh cari kat pasar malam Taman U & pasar malam Pulai, tapi tak jumpa2 kuih ni. Balik raya haji hati dah nekad nak makan kuih tue jugak. Uwaaa.....mane nak cari??? Masa bulan ramadhan yang lepas, merata-rata orang jual kuih ni. Kenapa sekarang susah nak jumpa??

Bila hati dah nekad, maka otak pun mula la merangka nak buat sendiri kuih tue. hehe Resepi?? haha apa susah,my cousin kan chef..

So, dengan penuh bersemangat aku pergi beli bahan-bahan & acuan kuih hari khamis lepas. Akhirnya pagi tadi aku pun mula la berlengkung lengkang kat dapur pukul telur & segala bahan untuk buat kuih seri ayu.

yeay...siap beli whisk baru lagi..kelas gitu..


taadaaa....my home made kuih seri ayu


nota kaki 1: moral of the story~~ di mana ada kemahuan di situ ada jln, kalau dah nekad nak makan mst nekad jugak nak dapatkannya... XD
nota kaki 2: credit to my cousin for the recipe, kuih yg terhasil memg sedap..





Sandal

Balik je dari Johor, aku jadik tukang cat untuk rumah aku yang kat Subang Indah Court tue. Comot sandal aku sebab kena tumpahan cat. Sehari sebelum raya mood shopping datang menyerang. so, jadikan alasan untuk beli sandal baru..hehehe ---> alasan..

simple but comfortable


Beg yg cute..sebab tue tertarik nak beli -->logik ke alasan ni??


nota kaki 1: sandal aidiladha
Related Posts with Thumbnails