Keputusan SPM 2009 dikeluarkan hari ini (Khamis 11 Mac 2010). Tahniah kepada semua pelajar yang lulus dengan cemerlang.
Bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan berminat menyambung pelajaran ke luar negara, permohonan biasiswa JPA dan MARA bagi Program Ijazah Luar Negara 2010 telah pun dibuka sekarang.
Permohonan boleh dibuat secara on-line melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula hari ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2010. Pemohon diminta melepasi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon mana-mana course.


