Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

July 6, 2010

Kasut mulut buaya


Hari ini dalam sejarah bulan Julai di tempat kerja baru. Lepas monitor my assistant perform quality test, aku dengan relaks nya berjalan di kaki lima depan produksi sambil menggendong dua bijik fail ISO. 

Otak masih pening-pening lalat memikirkan setimbun dokumen ISO yang aku kena fahami. Tambah merumitkan sebab hampir separuh daripadanya ditulis dalam bahasa mandarin. Dah kata kerja dengan syarikat dari Taiwan kan....


Tetiba-tiba rasa kaki berangin. Aku pandang bawah. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrr tapak kasut aku tercabut rupanya. Siap tertinggal lagi setapak di belakang. Aku pandang depan, tepi dan belakang. Fuhhh..nasib takde orang. Kalau tak segan woooo..

Cepat-cepat aku kutip tapak kasut yang tertinggal tue... Tengah terkial-kial pasang tapak kasut belah kanan, aku terpandang kaki belah kiri. Aiseehhh..bahagian depan dah ternganga macam mulut buaya daaaa...

Baru je pakai 4-5 kali. Cepatnya rosak kasut nie.. Mungkin sebab minggu lepas kena air hujan kot.. Alaaaa..gaji belum masuk. Macam mana nak beli kasut baru... Bestnya kalau ada yang nak sponsor huhuhuhu





September 11, 2009

Memori 11092001


1. Pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 merempuh Menara Utara (North Tower) World Trade Center (WTC) tepat pukul 8.46 pagi pada 11 September 2001

2.15 minit kemudian, pesawat United Airlines Flight 175 pula menghentam Menara Selatan bangunan berkembar tersebut

3. Pesawat ketiga yang dirampas (American Airlines Flight 77) menuju ke sasarannya, bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia.

Masih ingat pada peristiwa yang menggemparkan dunia ini? Tragedi yang telah menyebabkan Amerika kerugian berbillion dolar dan mencalar imej mereka hingga serta merta melancarkan 'Perang Menentang Keganasan'.

Lantas, Afghanistan yang diperintah oleh puak Taliban diceroboh atas alasan mahu menghancurkan rangkaian pengganas digelar al-Qaeda. Benarkah? Atau itu hanya alasan semata-mata demi menguasai negara tersebut?

Pelbagai teori konspirasi ditimbulkan. Serangan Al-Qaeda, Konspirasi yahudi dan macam-macam lagii. Namun, cerita sebenar masih lagi menjadi tanda tanya.

***
Tragedi nie berlaku masa aku berumur 17 tahun. Masa tue sedang sibuk dengan peperiksaan percubaan SPM. Kejadian tersebut menyebabkan US mengenakan sekatan & ada dengar2 berita penerbangan di negara2 Arab & negara2 lain terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

Punya la kecut perut aku dengar berita tue. Sebabnya bonda tersayang aku ketika tue berada di Mekah menunaikan umrah. Dahla aku tak dapat hantar mak aku g airport sebab warden tak bagi balik. Ada peperiksaan percubaan SPM. Hati siapalah tak risau. Tiap waktu aku berdoa semoga mak aku & rombongannya selamat pulang ke tanah air. sape tak sayang mak beb..

Alhamdulillah, mak aku & rombongannya selamat tiba di Tanah air. Syukur sangat2. Tapi yang aku rasa sedikit lucu adalah mak aku boleh tak tahu pasal kes pengeboman tue. Kes tue berlaku 2-3 hari sebelum mak aku balik. Maksudnya, ketika kejadian mak aku masih di Mekah.

Nak tau kenapa?? Sebab mak aku tak faham tengok tv kat negara arab tue. Semua cakap arab jer..kalau ada orang atau kawan2 boleh tolong terjemah tak pe jugak.

Mak aku memang ada tengok gambar pengeboman tue kat tv tapi malangnya tak ada subtitles. So, mak aku tak pasti yang tue berita sebenar atau pun cerita /drama. My mom assumed tue cerita perang2...hehehe

Masa kat airport sebelum naik flight, ada la seorang mak aji nie cerita pasal kes pengeboman tue. Haaa..masa tue baru mak aku rasa kecut perut nak naik kapal terbang.Pape pun, alhamdulillah mak aku selamat tiba ke Malaysia.


nota kaki 1: my mom's birthday is just around the corner (27 september)
nota kaki 2: Birthday si dia juga (18 september)..
tak mengapa. sudah belanja makan Nando's
nota kaki 3: Happy birthday to my friend, Cikgu Razi (11 september)
nota kaki 4: Happy birthdaY to my dearest fren Siti Zuraini @KechiK (24 september)
nota kaki 5: Happy birthdaY to my dear fren Sh.Husna..(20 september)
nota kaki 6: Happy birthday juga kepada semua kawan2 saya yg sambut birthday bulan september..



Related Posts with Thumbnails