Pages

Ads 468x60px

.

Labels

September 11, 2009

Memori 11092001


1. Pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 merempuh Menara Utara (North Tower) World Trade Center (WTC) tepat pukul 8.46 pagi pada 11 September 2001

2.15 minit kemudian, pesawat United Airlines Flight 175 pula menghentam Menara Selatan bangunan berkembar tersebut

3. Pesawat ketiga yang dirampas (American Airlines Flight 77) menuju ke sasarannya, bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia.

Masih ingat pada peristiwa yang menggemparkan dunia ini? Tragedi yang telah menyebabkan Amerika kerugian berbillion dolar dan mencalar imej mereka hingga serta merta melancarkan 'Perang Menentang Keganasan'.

Lantas, Afghanistan yang diperintah oleh puak Taliban diceroboh atas alasan mahu menghancurkan rangkaian pengganas digelar al-Qaeda. Benarkah? Atau itu hanya alasan semata-mata demi menguasai negara tersebut?

Pelbagai teori konspirasi ditimbulkan. Serangan Al-Qaeda, Konspirasi yahudi dan macam-macam lagii. Namun, cerita sebenar masih lagi menjadi tanda tanya.

***
Tragedi nie berlaku masa aku berumur 17 tahun. Masa tue sedang sibuk dengan peperiksaan percubaan SPM. Kejadian tersebut menyebabkan US mengenakan sekatan & ada dengar2 berita penerbangan di negara2 Arab & negara2 lain terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

Punya la kecut perut aku dengar berita tue. Sebabnya bonda tersayang aku ketika tue berada di Mekah menunaikan umrah. Dahla aku tak dapat hantar mak aku g airport sebab warden tak bagi balik. Ada peperiksaan percubaan SPM. Hati siapalah tak risau. Tiap waktu aku berdoa semoga mak aku & rombongannya selamat pulang ke tanah air. sape tak sayang mak beb..

Alhamdulillah, mak aku & rombongannya selamat tiba di Tanah air. Syukur sangat2. Tapi yang aku rasa sedikit lucu adalah mak aku boleh tak tahu pasal kes pengeboman tue. Kes tue berlaku 2-3 hari sebelum mak aku balik. Maksudnya, ketika kejadian mak aku masih di Mekah.

Nak tau kenapa?? Sebab mak aku tak faham tengok tv kat negara arab tue. Semua cakap arab jer..kalau ada orang atau kawan2 boleh tolong terjemah tak pe jugak.

Mak aku memang ada tengok gambar pengeboman tue kat tv tapi malangnya tak ada subtitles. So, mak aku tak pasti yang tue berita sebenar atau pun cerita /drama. My mom assumed tue cerita perang2...hehehe

Masa kat airport sebelum naik flight, ada la seorang mak aji nie cerita pasal kes pengeboman tue. Haaa..masa tue baru mak aku rasa kecut perut nak naik kapal terbang.Pape pun, alhamdulillah mak aku selamat tiba ke Malaysia.


nota kaki 1: my mom's birthday is just around the corner (27 september)
nota kaki 2: Birthday si dia juga (18 september)..
tak mengapa. sudah belanja makan Nando's
nota kaki 3: Happy birthday to my friend, Cikgu Razi (11 september)
nota kaki 4: Happy birthdaY to my dearest fren Siti Zuraini @KechiK (24 september)
nota kaki 5: Happy birthdaY to my dear fren Sh.Husna..(20 september)
nota kaki 6: Happy birthday juga kepada semua kawan2 saya yg sambut birthday bulan september..



10 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah...

Ground zero telah dibangunkan semula..

Bush kata Amerika bertambah kuat selepas 11 sept. . (?)

aurikelsan said...

semutzapi..thnks for the visit.

yup..ground zero telah dibangunkan semula tapi khabarnya kerja2 construction sgt perlahan. Sehingga hari ini masih belum siap.Kononnya disebabkan mereka cuba membina bangunan yg sangat & lebih hebat dr yg dulu.

Kalau bertambah kuat takkan lah mereka memilih Obama. Negara paling byk hutang? Amerika.

The Story Teller said...

Bro aurileksan

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya

Nak jawab pasal entry saya "Penghubung kasih"

Memang benar kata saudara

Setiap sesuatu perkara harus ada kawalan tertentu supaya tidak disalah guna atau menjadi satu pembaziran...

Tapi kisah ini tentang saya dan isteri yang sedang berjauhan Isteri di Yangon dan saya sekarang di Kuala Lumpur,

Bukan pasal masalah kanak kanak, remaja dan handphone... maaf ye..

he he

Selamat berpuasa dan Berbuka

The Story Teller said...

Bro aurikelsan

Saya sunguh bernasib baik kerana sebelum kejadian, saya berada di sana bersama deligasi dari Malaysia pada bulan July 2001. Rombongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke New York diatas urusan perniagaan, dan saya pula baru pulang Minessota atas urusan peribadi dan kami bertwmu janji di WTC.

Saya sempat membeli beberapa helai tshirt bergambar menara kembar WTC dan sehelai milik saya masih lagi saya simpan sebagai kenangan.

Tak mau pakai sampai bila bila, sebab kedai yang menjualnya di level LG, WTC dah handur lebur jadi debu.

Itulah kekuasaan Allah s.w.t, bangunan yang di katakan begitu kuat boleh menampung gempa bumi, hancur lebur dalam sekelip mata.

Vice Admiral Bobby D Garp said...

Aurikelsan sudah jadi bro...? Banyak yang boleh dipelajari daripada tragedi 9/11... Banyak yang tersirat...

cikmune said...

salam.
aik? akak jadi bro/saudara? =x
hehe...

mm... tul2... saje timbulkan cerita yang merapik2. ntah2 depa sendiri yang buat tapi nak hancurkan yg lain. biasalah tu.

that teori is applied in real life as well. dlm hidup sehari2. orang buat cerita untuk hancurkan kita. =)

aurikelsan said...

alidyangon:
1.dalam surat beranak jantina saya ditulis 'perempuan'. :D
~~adakah gaya penulisan saya seperti lelaki? hehehe

2.Berhubung entri 'penghubung kasih', saya memang setuju dgn apa yg ditulis. Maaf, out of topic sket bg komen psl hp dikalangan kanak2.

aurikelsan said...

big bro & mune: kdg2 memg ada yg tersilap memberi panggilan pd gadis yg agak macho+cute...hahaha

The Story Teller said...

Alamak Sis autikelsan

sekali sudah silap daaaa....

mintak ampun Tuan tanah

malu sendiri...

hehheheheheheheheheh

frazi said...

mm, ya, that time i was not in malaysia, hving hliday wif my mom..hehe..watching the news on tv alone, but feel no worries..haha, my mum at the lobby buying stuff..haha womens' stuff..so i did informed to my mum bout the news..she replied "owwh..ok, so where are we heading tomorrow?" ..

Related Posts with Thumbnails