Assalamualaikum...
Pe kabo
mung?? Sihak? Mung dok usoh pening..aku walaupun pening, nak cerita
jalan-jalan cari makang kat Terengganu.
Antara
favourite spot tourist dan juga orang tempatan ialah Megi Ketam Bistro.
Restoran nie memang terkenal dengan megi yang ada seafood hebak2 (hebat2) macam
ketam, udang, sotong dan sebagainya.
My host in
Terengganu, she ordered Megi Ketam saiz D. Aku sebab tak reti kopek ketam,
maka aku cuma order megi bersama my favourite seafood iaitu udang. Terbeliak
tengok udang saiz besar-besar.
Rasa megi dan
seafood bila dah masak agak sedap. Dari 5 bintang, aku boleh bagi 3.5 bintang.
Dari segi presentation pun boleh tahan..boleh bagi 3out of 5 bintang.
Megi Ketam size D = RM22
Megi seafood - Udang tapi udang besar dah kecut lepas kena masak = RM16
Lokasi :Megi Ketam Bistro, Jalan Teluk Lipat, Dungun
Food Rating : 3.5/ 5 - not bad, kuah pekat, pedas & masin terasa, seafoof segar, ada pilihan
Cleanliness: 3.5/5 - Ok lah..tapi meja kami ada semut
Quality of service: 3.5/5 Ok lah..orang tak berapa ramai, masa serve lebih kurang 20-25minit gak
Location: 4/5 senang cari, guna waze, GPS, foursquare boleh jumpa
**selamat mencuba & menjamu selera**
With Love from Pantai Timur Malaysia,
aurikel






No comments:
Post a Comment