Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

September 22, 2015

Nasi Kerabu Dungun

Assalamualaikum..
Jalan-jalan cari makan Negeri Terengganu belum berakhir. Kali nie menu kita adalah nasi kerabu. hooyaahhhh...

SEDAPPP!!!

Awal pagi Cik Lin dah bawak aku pergi breakfast nasi kerabu. Sedap seehh.. nasi kerabu lauk daging bakar dengan paru masak sambal. Cuma as expected lah paru masak sambal tue rasa dia agak manis sikit lah.. Dah kata mari terengganu kaannng.. tak manis tak sah lah...huhuhuh



Lokasi : RR Nasi Kerabu House Dungun, Lot 3871, Kg batu 50 Dungun Terengganu
Food Rating : 4/ 5 - banyak pilihan lauk, sambal sedap walaupun agak manis. Kuantiti tak besar tak kecik. Harga tak mahal sangat tak ler murah sangat.
Cleanliness: 4/5 -Meja & persekitaran nampak bersih
Quality of service: 4/5  Cepat dan tangkas tak kira dine in or take away customer
Location: 4.5/5  senang cari, guna waze, GPS, foursquare boleh jumpa. tepi jalan batu 50, Dungun

With Love from Kerteh-Paka-Dungun, 
aurikel

Megi Ketam Bistro, Dungun


Assalamualaikum...
Pe kabo mung?? Sihak? Mung dok usoh pening..aku walaupun pening,  nak cerita jalan-jalan cari makang kat Terengganu.

Antara favourite spot tourist dan juga orang tempatan ialah Megi Ketam Bistro. Restoran nie memang terkenal dengan megi yang ada seafood hebak2 (hebat2) macam ketam, udang, sotong dan sebagainya.

My host in Terengganu, she ordered Megi Ketam saiz D. Aku sebab tak reti kopek ketam, maka aku cuma order megi bersama my favourite seafood iaitu udang. Terbeliak tengok udang saiz besar-besar.

Rasa megi dan seafood bila dah masak agak sedap. Dari 5 bintang, aku boleh bagi 3.5 bintang. Dari segi presentation pun boleh tahan..boleh bagi 3out of 5 bintang. 


Megi Ketam size D = RM22

Megi seafood - Udang tapi udang besar dah kecut lepas kena masak = RM16

Lokasi :Megi Ketam Bistro, Jalan Teluk Lipat, Dungun
Food Rating : 3.5/ 5 - not bad, kuah pekat, pedas & masin terasa, seafoof segar, ada pilihan
Cleanliness: 3.5/5 - Ok lah..tapi meja kami ada semut
Quality of service: 3.5/5  Ok lah..orang tak berapa ramai, masa serve lebih kurang 20-25minit gak
Location: 4/5  senang cari, guna waze, GPS, foursquare boleh jumpa

**selamat mencuba & menjamu selera**


With Love from Pantai Timur Malaysia,

aurikel
Related Posts with Thumbnails