Pages

Ads 468x60px

.

Labels

September 19, 2015

Nasi Dagang T'ganu @ Warung Nasi Dagang Pantai Nurhana, Paka

 
Assalamualaikum...
Pe kabo mung?? Sihak dok?
Mung dok usoh pening..aku lagi pening nok paham bahase ganu. 

Al-kisahnya, aku terlibat dengan satu lagi projek baru. Kali ni projek untuk sebuah syarikat Bumiputera Terengganu yang menjalankan aktiviti construction & plant maintenance. Well, I’m not sharing about my project but nak share apa makanan yang best kat area sana. Biasa lah sambil kerja sambil jalan-jalan cari makan. Hurrayyy!!!

Breakfast sebaik sahaja kaki touch down area Paka ialah di warung nasi dagang pantai Nurhana. Nasi dagang Terengganu ada sedikit perbezaan dengan nasi dagang Kelantan. Tapi lauk dan rasa lebih kurang sama. Pilihan lauk untuk sarapan aku ialah gulai ikan tongkok. Sedap baq hang…

Walaupun gulai ada manis sikit dari biasa tapi masih kena dengan tekak aku. Nasi dagang sedap dan lembut. Abes licin aku makan sampai client yang pertama jumpa aku cakap ‘Ingak dok panda makang nasi dagang.. licin…’. Hahahah segan dowhhhhh dengar dia cakap camtue… tapi sengih jelah.

Lapar weeh…malam sebelumnya aku tidur awal. Pagi-pagi pukul 4 dah bangun, jam 5 dah pergi airport. Sekali airport subang kebanyakan kedai tak bukak awal pagi. Tak meriah macam KLIA / KLIA2. 

Nama kedai: Warung nasi dagang pantai Nurhana
Lokasi: Area pantai Paka,

No comments:

Related Posts with Thumbnails