Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 14, 2013

Kuching Part 2: Sarawak Cultural Village Kita ENJOY!!



Hollaaaaaa~~~

After touched down Kuching airport. We directly went to Merdeka Palace. Fail to early check in. Rooms are not yet ready. T_T  Nasib dah mandi kul5pagi tadi. Fuufuuufuuu..

So, dengan bantuan peta dan WAZE. Kami bergerak ke Santubong.
Sarawak Cultural Village....!! Here I come.


 


 
The three guys above are representing kaum melanau. I have one friend who is orang Melanau - azreen???. Rumah orang melanau tinggi-tinggi. Pandai diorang bina rumah daripada kayu balak (ehh ke kayu apa entah namanya), kemain tinggi. Orang gayat mesti takut nak naik. Dengar cerita, pada zaman dulu-dulu, bila masuk waktu malam je orang melanau akan simpan tangga rumah mereka. Err...seriously???!!!!
 
 
Yang nie pula orang Bidayuh. Sometimes I wonder, masih ada lagi tak lelaki Bidayuh pakai baju macam nie pada tahun 2013 nie?? Cop, classmate iolss dulu si Eddie orang Bidayuh kan?? ke dia orang Penan???
 
 
This performance pulak represents orang Iban. I have two friends there. Seorang - lelaki yang jadi ketua & seorang lagi perempuan yang kedua dari kiri tue. Mamat yang jadi ketua nie siap gigit dan angkat lesung padi dengan gigi??!! Giler kuat gigi you!! Minum susu anlene hari-hari la tue kaannn.... >...<
 
Asalnya nak tayang muka iolss sekali dengan dia nie. Tapi kang gossip pulak kan...  mana tau kot2 ada stalker/haterz iolss yang excited dapat bahan nak membahan iolss.  Maka, iolss tampal muka ketua kampong a.k.a part time boyfie kat sana jela ek. Ada sipi2 kaki iolss bersama wedges 3inci masuk jadi lah kann. hikss..
 
 
FYI, baju dia diperbuat daripada kulit lembu. Kelasss kann.. Kain dia yang warna merah tue pulak ditenun sendiri. Memang kelassss.

Gelang dia lagi banyak dari gelang iolss.. iolls tak pakai gelang pun.  hello mr boyfie, you tak segan ke pakai gelang banyak2?? Dia sengih jer... Since he has a lot of jewelries iolls nak lah mintak satu. Dia nak bagi rantai uolsssss...!! Tapi bila iolls tengok, terus reject!!

Rantai dah cun. Sekali dia punya pendant - tengkorak!!! Tengkorak hang nak bagi aku pakai tengkorak musuh kat leher??!! Dahla tengkorak siap p berasap kemain dalam rumah. Seriau ahh
 
 
 
 
 
The two guys above are doing performance as Orang Ulu. They are really entertaining & hilarious. Cultural performance show is held everyday with only two session; 1130am & 430pm.

We enjoy the cultural performance very much. Tiket adalah berharga RM60. 60 hengget yo!! Quite pricey. But for local (Sarawakian), it only cost RM25. Untunglahhh kamek..

Ada feeling nak datang lagi jalan-jalan sitok. Mungkinkah??? huhuhuuhu

xoxo,
aurikel







Kuching Part1: Work Hard Play Hard

Enjoy!!
Work Hard Play Hard



 
 
xoxo,
aurikel
 
 

August 1, 2013

Talapia Bakar & Ikan Patin Temerloh



Assalamualaikum..

Alohaa~~~~~~~~~~~~~

Pejam celik pejam celik tanpa disedari hari ni dah masuk 23 Ramadhan dan dah masuk pun bulan Ogos. Begitu pantas masa berjalan. Kalau berbicara bab menu buka puasa aku bukanlah orangnya. Namun, teringin juga nak berkongsi hidangan yang memang membuka pintu selera aku.

Minggu kedua di bulan ramadhan, seminggu aku terpaksa outstation ke Pahang. Aku diserang sakit tekak dan batuk sepanjang berada di sana. Memang hilang selera aku nak makan. 2 hari pertama di sana aku cuma berbuka puasa dengan roti. Bunyi macam sadis kan????? Macam dah pokai sangat sampai berbuka cuma dengan roti je. Sahur pulak air kosong dengan kurma. Cukup setakat dapat pahala bersahur.

Masuk hari terakhir mujur ada insan yang sudi datang melawat??? Dan bawa aku berbuka puasa di tempat yang memang berjaya membuka selera. Partner in crime aku nie memang unpredictable orangnya. Kadang-kadang rasa amazing juga dengan kemampuannya menggembirakan hati orang lain.

Destinasi impian berbuka puasa ialah ---------------------- TEMERLOH. Matlamat ialah untuk makan ikan patin masak tempoyak.


Sementara menunggu waktu berbuka, kami pun berjalan-jalan di sekitar bazar ramadhan Bandar Temerloh. Banyak juga pilihan juadah berbuka puasa. Namun, ada satu menu yang sangat-sangat membuat aku terliur. Terbuka selera makan yang dah beberapa hari tak jamah nasi.

Talapia bakar disiram dengan kuah tempoyak. Seriuss sedap!!!! Sangat sedap. Ikan talapia masih terasa manis isinya dibakar sempurna di atas daun pisang. Disira dengan kuah tempoyak yang agak pekat terasa segala masam masin dan pedasnya.


Walaupun harganya agak mahal iaitu RM20 seekor tapi bagi aku tersangatlah berbaloi dengan keenakan dan kualiti yang diberikan. Memang licin ikan tue aku belasah. Gerai makcik nie namanya Ain Ikan Bakar. Beliau menjual ikan patin dan tilapia yang disira dengan kuah tempoyak. Harga seekor ikan di antara RM20 hingga RM30 bergantung kepada saiz ikan. Boleh tahan besar jugak la. Puas makan!!


Jadi, jika ada yang ke Bandar Temerloh pada bulan ramadhan nie, boleh lah beli ikan bakar tempoyak yang sedap ni. Serius berbaloi-baloi!! Sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa.

Menu berbuka puasa hari tu ialah ikan talapia bakar disira kuah tempoyak, ikan patin masak tempoyak, paru goreng masak cili, ulam-ulaman dan sambal belacan.  Kebanyakan ikan patin masak tempoyak dijual dengan harga RM8-RM10 seketul, bergantung kepada saiz dan bahagian ikan.

 

 
Terima kasih partner in crime yang bawa jalan-jalan cari makan sikit punya jauh!!!

 

Regards,

aurikel

Related Posts with Thumbnails