Salam.
Dengan rasa rendah diri saya mengaku saya budak bandar. Tiada kampung. T_T Sadis kan?? Tapi parents saya ada kampung. So, kira saya menumpang kampung atuk nenek jela.
Hmmm..masih lagi dalam mood raya sebenarnya. Tak puas lagi!! hehehe Bila dah besar nie saya pulak yang jadi driver balik kampung. Tapi saya seronok konvoi naik kereta beramai-ramai balik kampung. Meriah you olls...
Raya kali ini kami menginap di Bandar Universiti Seri Iskandar. Homestay En Musa. Kadar sewa yang dikenakan berpatutan. Hanya RM140/malam.
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur (tidak termasuk bilik stor) dan 2 bilik air. Bilik tidur utama agak luas, lengkap dengan penghawa dingin dan perabot.
master bedroom
2nd bedroom
3rd bedroom
Ruang tamu yang kemas, sederhana luas dan dilengkapi dengan perabot seperti sofa, meja kopi, televisyen dan juga meja makan. Sayangnya TV takde ASTRO. Tapi takpe walaupun takde ASTRO tapi siaran sangat jelas.
Bahagian dapur kering juga agak luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan memasak seperti periuk nasi elektrik, electric kettle dan toaster. Kalau nak memasak memang tiada masalah. Sudip, senduk, sudu dan garpu semuanya telah tersedia. Selain itu, homestay ini juga mempunyai peti ais. Syok kan????
Manakala bahagian dapur basah pula diasingkan dari bahagian dapur kering. Walaupun agak sempit tetapi lengkap dengan periuk, kuali dan dapur gas. Jangan terkejut..lesung batu pun ada. hehehehe
Disebabkan lengkapnya peralatan yang ada, kami bukan main lagi memasak. Siap masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis lagi masa hari terakhir di sini. Kelaassss kan..
Kawasan garaj juga agak luas dan boleh memuatkan 2 kereta sedan. Nak tambah 3-4 bijik motorsikal lagi pun boleh.
Homestay ini terletak di Bandar Universiti Seri Iskandar Perak. Tidak jauh dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Uitm Seri Iskandar. Berhampiran jalan masuk utama kawasan ini terdapat pasaraya TESCO dan juga deretan pelbagai kedai. So, takde masalah kalau nak beli barangan keperluan. Restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald juga tidak jauh dari kawasan ini.
Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati sepanjang menginap di sini. Kawasan rumah yang bersih, selesa dan tenang membuatkan kami rasa nak stay lebih lama je. Rasa nak beli rumah di kawasan nie pun ada hehehe
K ar. Nanti cuti raya haji kami datang lagi! :DD
Regards,
aurikel



