Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 5, 2011

Asmara 2

...
xoxo
...


Bukan asmara dua kali yer kawan-kawan. Nie saje nak tolong kecoh. Semalam kat TV ada iklan pasal sambungan/sekuel drama Asmara. Alaaa.. drama yang lagu tema dia '.....menyesal ku akui.. tak terima cintamu... ala...yang kumpulan sixth sense nyanyi tue.

Tak ingat?? isshhh..mak aku pun ingat tau.. Alaaa..drama kat TV3 yang Shah Jaszle berlakon dengan Faezah Elai tue. Yang watak dia sebagai seorang lelaki yang baik nama Asmara. Serius nama tak boleh blaahhh... tapi dulu-dulu masa drama nie tengah disiarkan aku layan gak. heheheh Jangan main-main weehh.. super sapien kat tempat kerja aku pun layan drama nie tau.

Last sekali masa ending drama tue kan, si Zaliya (Faezah) bersalin pastue koma. Tapi bapak Zaliya bagitau kat Asmara yang Zaliya nie meninggal.

So,  Asmara 2 nie pulak cerita pasal kehidupan Asmara lepas tue la.Meh tengok sedikit ulasan & sinopsis dari Ohbulan:

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma.
Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana.
Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam.
Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.
Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya.
Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Siapa yang nak laayaaaannn drama nie boleh la solat isyak pada waktunya pastue duduk la depan TV sambil makan epal hijau pada setiap hari selasa jam 9 malam. Okay??



Err..dalam poster nampak Shah Jaszle macam dah gemuks sikit kan.. Jangan marah ar bro.. ;p





March 4, 2011

Justin Bieber kesayangan fatin

...
xoxo
...

Selamat minum petang. Hari nie production off. So, agak bersenang lenang sikitlah. hehehe Revised product spec and process control?? Esok la yer bos.. Sebagai selingan, sambil minum petang dengan biskut IKO, terimalah gambar baby face si Justin Bieber kesayangan sepupuku fatin.

taaaaddaaaa..


NEVER SAY NEVER!!!!!!!!!!!!!!!!!


hohoho ini budak sudah botak


Ini entri takde motif. Ehh..tapi kan justin bieber nie kalau botak macam orang martian kan? Kalau bagi komen alahaiii..macam la aku pernah jumpa orang planet marikh huhhuhu


Err..korang dah tengok kat wayang? 

Sape minat mamat jambu nie bolehlah pergi tengok Never Say Never movie

March 3, 2011

|JJCM| Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

...
xoxo
...

Salam.. Moshi-moshi.. Dah breakfast? Aku sudah selamat makan cereal dan susu. whoaaa.. berkhasiat kan? Pagi-pagi nie sebelum attend meeting pukul 930, kita layan cerita jalan-jalan cari makan semalam ek.

Macam lama lak tak update blog. Dah kata pekerja berdedikasi kan, haruslah bizi...

Lunch semalam makan dekat Restoran Makanan Cina Muslim seksyen 15 Shah Alam. Restoran baru buka. Namanya Restoran Mohd Chan. Gaji belum masuk dah gatal nak makan kat restoran. hihihihi  Dengan siapa? Haruslah dengan geng perut PBP.

Ingat budak-budak AF je ada tagline? Restoran nie ada tagline tau. 'Hidangan Makanan Cina yang Sedap'.
haaa..see..
Kat sini ada macam-macam pilihan menu. Set nasi, noodles, ikan siakap pelbagai jenis masakan etc etc.. Dim sum and shark fin pun ada. Shark fin dia satu mangkuk kecik RM20.

Since aku dengan geng perut nie kira baru lagi la kan..so macam segan-segan daun semalu la sket nak snap gambar makanan. huhuhu Nampak cam poyos sangat la pulak.

Kuey teow Kantonis
Okaylah. Sekarang cerita apa yang kami makan ek. Aku makan kuey teow kantonis. Maybe sebab aku prefer tengok drama kantonis compared to drama Mandarin kot..hahaha  Sila jangan percaya. Aku tipu. Kat sini takde pun kuey teow mandarin cuma ada kuey teow kantonis. Kuey teow Hokkien pun takde.

Kuey teownya sangat banyak penuh satu pinggan. Sesuai la kot dengan harganya. Kuahnya sedap sebab tue aku cuma berjaya keringkan kuahnya. Isi kuey teow tak mampu aku nak habiskan. Maklumlah kapasiti perut cuma 1GB.


Minuman lak aku order Ribena Laici. Amacam?? Ada kelas tak?? 

Sapien dua orang lagi order Nasi Itik gantung. haha Nie pun tipu. Itik diorang tak digantung pun.Itik dah siap masak letak dalam pinggan. Sekali tengok tak ubah macam nasi ayam. Ada sos dan juga kuah sup. Tapi seriously, rasa itik memang lain sangat dengan rasa ayam. Dah nama pun berbeza, rasa pun beza la kan. Daging itk nie macam liat-liat sikit. Hmm..sedap lagi daging ayam rasanya....Nie tekak aku la, tekak orang lain tak sama.


Sesiapa yang nak nasi itik tapi nak itik tue bahagian peha, kena tambah extra RM1.50 yerr.  Oh ya.. super sapien minum teh cina - 8 kupang je. Sapien satu lagi minum air limau asam noi. Masam tak hengat.. Dah kata limau kan, pastue tambah lak asam boi kan..

Cik admin pulak makan Mee Hokkien. Air pilihan beliau adalah air kedondong asam boi. Nie pun sama, masam tak hengat dunia. Air aku gak best dengan tekak aku.

Err..lupa lak. Ada satu lagi perut daa.. Dia tak makan pelik-pelik. Dia cuma makan menu yang normal dan kedengaran biasa kita dengar. Menu pilihan beliau adalah nasi goreng thai. Tapi tak macam Nasi goreng dari Thai pun. Che din nie kata nasi dia macam nasi bangla sebab banyak sangat tabur bawang besar kat atas nasi.

Menu:
Kuey teow kantonis RM6.50
Mee Hokkien RM7
Nasi itik RM6.50
Nasi goreng thai RM7
Dim Sum ayam (3 ketul) RM3.80
Teh cina RM0.80
Ribena Laici RM 4.5
Jus laici RM2.5
Air limau asam boi RM3
Air kedondong asam boi RM3

Rating:
Makanan: 3/5
Layanan 4/5
Persekitaran: berhawa dingin tapi tak rasa sangat pun aircond. Ada tandas dan surau disediakan


Lokasi:
Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)















Related Posts with Thumbnails