Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 7, 2011

A picture a day keeps my memory awake

...
xoxo
Morning all... selamat kembali bekerja. Sempena bulan Februari nie, aku nak buat something la. This idea adalah cilok dari my dear pet sis, cik mune. Tapi dia buat kat facebook,aku buat kat blog sendiri hokeh? Setiap hari akan ada satu gambar aku tempek kat blog nie. Haruslah gambar tue ada kena mengena dengan aku kan..

Memandangkan hari nie dah 7 hari bulan februari, so aku qada' la tepek 6 gambar for the last 6 days. hokeh??

<<1 Feb 2011>>
makan besar @ budi Restaurant

<<2 Feb 2011>>
window shopping @ Nilai 3

<<3 Feb 2011>>
 owner adalah pn. reena ~ siapa2 nak tempah hantaran pun dia boleh buat

<<4 Feb 2011>>
kek sunquick oren ~~ aku baking sendiri nie.. 
sila la percaya hokehh..

<<5 Feb 2011>>
  my BFF engagement

<<6 Feb 2011>>
the best putu piring in PJS 2


February 6, 2011

|JJCM| Budi Restaurant @ PJS 6

 ...
Hoyeeaahh..
Last time makan dengan kawan-kawan. Kali nie makan besar dengan family besar.



fresh orange

fresh mango 

ice lemon tea

teh tarik halia .. serius sangat sedap

ABC kurang manis tapi isi kat bawah macam-macam

air kelapa muda

secukup rasa tapi isi kurang

siakap 3 rasa.. ikan digoreng garing + kuah 3 rasa memang mantop

kailan belacan .. sedap

ikan bawal 3 rasa pun sedaap

 

Menu pilihan untuk 11pax:
|ikan siakap 3 rasa, ikan bawal 3 rasa, kailan belacan, kailan ikan masin, tomyam campurx2, 
udang goreng tepungx2, bihun pataya, chicken chopx2|
+
|Jus orenx3, jus manggax2,ice lemon tea,ABCx3,teh tarik halia|

Total bil = RM151

Secara keseluruhannya, makanan kat tempat nie boleh dikategorikan sebagai sedap. Persekitaran pun bersih dan selesa. Pelayan pun peramah. Cuma servis je agak lambat sikit. Tunggu semua hidangan siap baru mereka hantar sekali. Sebab tue agaknya kami punya tomyam masa mereka hantar dah tak panas lagi. Harga takdela murah sangat tapi kira affordable dan berbaloi la dengan masakan yang dihidangkan.

Harga makanan, menu dan kalau nak buat reservation boleh lawat website Budi Restaurant.

Dari 5 bintang bolehla bagi 4. 

Peta kredit to Budi Restaurant

Lokasi: No 15 &16, Jalan PJS 6A, Kampung Lindungan, 47100 Petaling Jaya, Selangor

p/s: Lupa nak bagitau.. sini ada free wifi.



February 1, 2011

|JJCM| Yuen Steamboat Buffet

Hooyehhhh.. makan lagi. Kali ini makan besar sempena 2 engineer dari KK tamat training kat sini. Kira farewell party la nie. Lokasi adalah di Restoran Yuen Buffet Steamboat yang terletak di Sunway Mentari.




Awal-awal lagi kami dah booking tempat. Aku sampai lewat sikit sebab menunggu dengan penuh tension kat Maxis Centre Sunway Pyramid. Masa sampai, diorang 8 orang dah selamat makan satu round.

All you can eat. Makanlah apa sahaja yang ada tapi kalau tak abes makan, bayar!!! RM6 akan dicas bagi setiap 100g makanan yang kita tak habis makan. So, kalau datang sini sila pastikan anda bersedia mental & fizikal. Gigi dah cukup tajam nak mengunyah, air liur dah cukup nak merembeskan enzim, esofagus dah ready nak gerakkan makanan pergi ke perut & of course la perut dah standby nak simpan makanan.

Bayaran adalah mengikut ketinggian. hahaha betul..serius tak tipu huhuhu Kat luar restoran siap ada tempat untuk ukur tinggi lagi. 140cm ke atas RM24.00 

Pilihan menu memang sangat banyak. Semalam, udang ada dua jenis, ketam, lala ada 2-3 jenis, ikan pari, ikan xtau nama pun banyak. Makanan laut confirmla macam-macam kan. Selain tue, ada juga cendawan, teratai, sayur-sayur dan ulam-ulaman.

(pic kredit to: aCiapAi)

Jika di sesetengah restoran steamboat, kita selalunya diberi pilihan. Nak sup atau tomyam. Tapi kat sini kita dapat kedua-duanya sekali. haaa..makanla puas-puas hokeeeh.


Keistimewaan kat sini ada chicken wings. A must have chicken wing. Sedap menjilat jari... Ada la dalam 4-5 ketul selamat mendarat dalam perut aku semalam. Setiap kali staff kat sini hantar chicken wing je, berebut orang datang ambil. Lambat je abes. Terpaksa la tunggu next round.

Sila abaikan tembikai seketul yang tersesat di atas piring chicken wing nie

Sebagai pencuci mulut, disediakan buah-buahan dan kuih-muih. Tapi yang nie pilihan tak banyak. Cuma ada 2 jenis buah dan 2 jenis kuih. Tapi desert yang paling best adalah AISKRIM. Ada pelbagai pilihan aiskrim. Habis satu flavor dia akan tukar flavor lain. Semalam makan aiskrim vanila, durian,honey dew, mint choc, raspbery..errmm apa lagi ek? 

iskhhh...3x 


Overall boleh bagi 8/10. Best kalau pergi makan ramai-ramai. Kalau berdua je baik tak payah kot. Bila makan ramai-ramai lebih meriah & nikmatnya berbeza.


Location: 
Restoran Yuen Buffet Steamboat, 
32A-1, Jalan PJS 8/6, Mentari Plaza,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
(Shop lot opposite Sunway Pyramid)





Related Posts with Thumbnails