Sabtu yang lepas, kami bertiga (me, santz & fard) keluar berfoya-foya menonton filem Percy Jackson di TGV KLCC. Tengok preview macam best. Almaklumlah pengarah filem nie adalah pengarah yang sama mengarah filem Harry Porter. Maka, haruslah menonton kemudian baru boleh komen best ke tak filem nie.
Filem ini adaptasi dari novel bersiri Percy Jackson & The Olympian. Ia mengisahkan tentang Pengembaraan Percy Jackson (Logan Lerman) yang menghidap dyslexia & ADHD untuk menyelamatkan ibunya & membuktikan dirinya bukan pencuri pedang kilat Dewa Zeus.
Tanpa mengetahui identiti sebenarnya sebagai demi-god, anak kacukan manusia-dewa air (Poseidon) ini hidup bersama ibu dan bapa tirinya. Pengembaraan bermula apabila Percy mula diserang dan dituduh mencuri pedang kilat paling berkuasa milik Dewa Zeus. Sekiranya tidak dipulangkan dalam masa yang ditetapkan perang besar antara dewa dewa yang mampu memusnahkan alam bakal tercetus.
Sebelum hilang, ibunya sempat menghantar Percy ke kem latihan anak-anak demigod. Dengan bantuan anak demigod Athena, Annabeth (Alexandra Daddario) dan pelindung Jr bernama Grover (Brandon T Jackson), Percy menempuh pelbagai rintangan untuk menyelamatkan ibunya yang berada dalam tahanan Hades (Dewa Neraka & kematian). Kenapa pulak ibu Percy boleh berada dalam tahanan Hades?? hahha nak tau sila tonton filem ini sendiri okay....
Sedikit sedutan & gambar dari filem Percy Jackson & The Olympian: The Lightning Thief. Layannn..
Pertembungan antara Zeus (Sean Bean, LOTR) & Poseidon (Kevin Mckidd, Dr Owen Hunt Grey's Anatomy)
Poseidon bengang anak dia dituduh mencuri
Pierce Brosnan hero tua nie beerlakon sebagai cikgu di kem latihan demigod
Pertembungan Percy & Medusa (Uma Thurman) yang berkepala sarat dengan ular.. yuckksss
mata medusa nie ada power boleh jadikan org yang tengok mata dia bertukar jadi batu
Hades & isterinya..si Hades nie pun sibuk gak nak memiliki pedang kilat
bosan kot duduk kat neraka tue
Good: Plot cerita & pengembaraan yang ringkas, tak berbelit-belit. Macam novel pengembaraan kanak-kanak. hehe Pelakon-pelakon pun okay. Timing ok tak panjang sangat.
Bad: Cabaran yang ditempuhi macam senang sangat je menang. Tak best pulak bila senang sangat. ending pun nampak terlalu mudah. Memang la nie filem fiksyen tapi ada sesetengah benda terlebih tak logik pulak. Boleh bikin kami gelak la..contohnya pintu masuk ke dunia dewa Olympus..naik lif tue... huhuhu memandangkan aku tak baca pun novel asal maka tak boleh la nak komen over2 kan..kan..hehe
rating: 3/5





