Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 4, 2009

|JJCM| BURGER R.U.S.A

Apa kata kalau sekali sekala tukar selera.
Garden Cafe KTGB is now offering new menu.

We went to Garden cafe right away after meeting
with Mr. Principle & other fellows and assistant fellows.
My first choice was ostrich burger.
But,..ostrich is out of stock.
So, i said 'one rusa burger for me plzzz...'
Taadaaa....
This rusa burger cost only RM4.50
Quite expensive but since it is very rare to find deer@ rusa meat,
so just ignore the price
and enjoy the taste..
Yummmmyyyyyyyyyyyy....


February 1, 2009

Mereka yang berhati binatang buas...

ERDOGAN berjalan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia
selepas berbalah dengan Peres (duduk dua dari kanan) di Davos kelmarin.

Berita nie dipetik dari KOSMO online.
====================================================================
DAVOS - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza.

Dalam situasi dramatik di Davos, Erdogan berjalan melintasi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan beberapa anggota panel lain.

"Saya tidak fikir akan kembali ke Davos selepas ini setelah anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Erdogan.

Beliau turut mengkritik para pegawai delegasi antarabangsa dan ketua korporat kerana memberi tepukan gemuruh terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.

Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.

"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.

Ki-moon meminta Israel untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan meminta Hamas menamatkan keganasan serta memperbaharui usaha dunia Arab untuk menyatukan kembali beberapa kumpulan Palestin.
==================================================================

Erdogan bengang dengan sikap Shimon Peres!!! Aku pun bengang gak. Tiada rasa bersalah langsung.!! Aku bukan nak mengulas tentang betapa hebatnya Erdogan, PM Turki yang dianggap hero kerana berani bangun meninggalkan forum tersebut & yg pentingnya berani tertikam lidah dgn presiden Israel. .

Namun, wujud rasa hormat juga padanya kerana tindakannya yg berani bertegang urat dengan si Peres bedebah Presiden Israel laknatullah. Pemimpin arab yang lain mana??? Bersembunyi di bawah kain berpura-pura tidurkah sedangkan beribu-ribu rakyat palestine telah mati dan menderita akibat kekejaman zionis.


Aku anggap mereka yang bertepuk tangan sukacita mendengar ucapan Peres tentang kewajaran serangan israel ke atas Gaza adalah sebagai orang-orang yang kejam & berhati binatang buas. Mereka sama buasnya seperti rejim zionis israel.
Mereka bukan gila kerana jika gila pasti mereka tidak tahu apa yang mereka buat dan orang gila juga lazimnya dibiarkan tanpa hukuman. Tapi mereka ini adalah makhluk binatang buas. Meneroka & merampas tanah air palestine tanpa rasa malu, membunuh tanpa rasa bersalah dan menzalimi dengan rasa penuh kebanggaan.


Related Posts with Thumbnails