Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label filem melayu. Show all posts
Showing posts with label filem melayu. Show all posts

September 12, 2011

Hero Tak Macho Tapi Comel

...
xoxo
...

Dia mungkin tak hensem macam Aaron Aziz. Tak macho macam Remy Ishak. Tak tough macam Adi Putra. Mungkin juga tak good looking macam Shaheizy Sam. Tapi dia serius comel wehhh... 

Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif Sidek terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.
kredit to: budiey.com

FILEM: Papa I Love You
TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd
PENERBIT: David Teo
PENGARAH: Hashim Rejab
PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad
PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi
PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar
PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin
THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin
STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor
KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid
KOORDINATOR: Veronica Khoo
PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin
SOLEKAN: Azman Shafie
GRIP: Zainal Md Nayan
PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)


 Comel eh hero & heroin filem nie

^____^






December 16, 2009

|Movie Review| SANTAU (2009): Dengki Sampai Mati

Sinopsis: Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim seorang yang berjaya dalm kerjaya dan mendapat banyak tender pembinaan.  juga kawan baik Halim. Selain itu, mereka juga berjiran dengan Man yang agak kurang friendly dan berwajah mencurigakan.

Sempena meraikan kejayaannya mendapat tender baru, Halim mengadakan jamuan makan-makan di rumahnya dan menjemput jiran-jiran yang berdekatan.  Beberapa hari selpepas majlis tersebut, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. 

Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. 

Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan Halim telah terungkai dan ia amat mengejutkan.

(kredit to http://www.penguin.com.my for the synopsis)

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Esma Danial, Lis Dawati, Zul Handyblack, Riezman Khuzaimi
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Durasi : 83 min



AMARAN: BAGI SESIAPA YANG BELUM MENONTON & BERCADANG MENONTON FILEM INI TAPI TIDAK SUKAKAN SPOILER, SILA JANGAN BACA KOMEN DI BAWAH. 






Komen: 
  • Sorry to say, cerita nie takde la seram mana pun. So, sape2 yang penakut tapi teringin nak tengok cerita nie, sila la pergi dengan senang hati. 
  • Cerita nie banyak memaparkan imej-imej hodoh yang dirasakan mampu menakutkan penonton tapi mungkin seram bagi sesetengah orang sahaja. Rasanya fokus terhadap imej-imej menakutkan tersebut terlebey sudah berbanding jalan ceritanya.
  • Cerita nie jugak banyak menggunakan imej-imej menakutkan untuk menghasilkan  rasa 'terkejut' dan menakutkan di kalangan penonton..Tapi sayang, kejutan atau ketakutan tersebut terlalu sekejap sebab ianya akan diikuti oleh dialog yang menimbulkan kelucuan. Hmmm..lucu ke? lucu la kot..sebab penonton kat pawagam lepas jerit takut dok tergelak-gelak la pulak.
  • Mungkin ada yang kata aksi-aksi seperti Halim makan hidangan yang nampak lazat tapi sebenarnya berisi cacing-cacing atau isteri Halim memakan telur yang ada sisa darah, dikira sebagai ngeri dan menakutkan. Tapi rasanya aksi-aksi makan cacing nie dah terlalu tipikal/klise bagi filem-filem seram. Buatla makan usus anak dia ke. Korek perut kucing ke pastue makan sampai kekenyangan ke. Baru gempak..
  • Plot cerita kebanyakannya tak begitu menyeramkan. Tapi still teringat kat adegan pekerja Halim yang mengingatkannya tentang malam keliwon dan ada orang nak kenakan dia. Padahal pekerja tersebut sebenarnya sedang bercuti. Maka, siapakah yang sebenarnya memberi peringatan kepada Halim ketika dia berseorangan di pejabat pada malam keliwon?? hmmm..fikir sendiri k.
  • Berdasarkan ketidakakraban Halim dengan Man, wajah Man yang serius dan mencurigakan dan tindakan Man yang tidak turut serta dalam jamuan makan anjuran Halim,cerita nie seperti nak menggambarkan Man yang berniat jahat terhadap keluarga Halim  padahal orang lain sebenarnya yang dengki kat Halim. (Katakan assumption nie betul, trick nie tak berapa menjadi sebab di pertengahan cerita, penonton dah boleh agak siapa yang sebenarnya hantar santau kat Halim. Part nie boleh dikesan melalui cara Husin menghalau makhluk yang mengganggu isteri Halim)
  • Watak Man yang berwajah mencurigakan & isterinya tak begitu jelas.
  • Jalan cerita tentang mengapa Husin sanggup berdendam dengan Halim juga tidak begitu jelas. Penonton terpaksa menganggap Husin berdendam disebabkan Halim berjaya dalam kerjaya & mendapat banyak tender. (Aku la yang assume sendiri sebenarnya...)
  • Muka ketakutan hero filem nie memang tak boleh blahhhh....hahahha.. (tahniah..first time jadi hero filem huhuhu)
  • Kualiti bunyi & muzik seram boleh dikatakan membantu sedikit. 
  • Walaupun begitu ada nilai-nilai moral yang boleh diperolehi dari cerita nie.

Nilai-nilai moral (eh,macam cikgu sivik la pulak..):
  • Sebagai muslim, solat je & bersifat pemurah tak cukup. Kita juga perlu percaya akan kewujudan makhluk Allah yang lain. (Cnth: Halim seorang yang solat, berjemaah di masjid, rajin bersedekah tapi tak percaya pada kewujudan makhluk-makhluk Allah yang lain. Sebab tue apabila dinasihatkan tentang ada orang nak kenakan dia, dia ignore je)
  • Salah tanggapan. Ramai orang assume setan takut dengan yasin. Ramai ingat pegang yasin je setan cabut lari. Silap tue. Dalam cerita nie pun, masa Nina kena kacau dengan makhluk belaan Husin, si Halim call suruh isteri dia pegang yasin kuat-kuat. Si Nina pulak siap tunjuk muka depan buku yasin tue lagi...waa....Apakah ini???? Patutnya suh la wife dia amek wuduk  & baca yasin. paling tak pun bacca ayat kursi (hmmm...aku cuba berfikiran rasional, maybe wife dia tengah period kot..tp kalau period pun still blh baca gak)
  • Mentaliti segelintir masyarakat melayu yang suka sangat g jumpa bomoh-bomoh digambarkan dalam filem nie. Nina dah kena rasuk tahap gaban, Man bawak Halim & keluarga jumpa bomoh yang pakai telur untuk ubati pesakit kena rasukan. (Telur??? tak tau la nape guna telur.. ) pastue bomoh tue baca jampi-jampi apa tah. Bahasa apa aku pun tak tau. 
  • Finally, terpaksala jumpa ustaz (aku suka ustaz nie..dalam cite susuk dia jadi Pak Ali).Tak payah pun nak pakai-pakai telur golek sana sini atas hidung hehehe Guna ayat Quran je nak ubati pesakit


Nota jari: Aku bukan orang filem. Bukan juga pelakon, penulis skrip mahupun pengarah. Komen ni sekadar ulasan aku dari kacamata seorang penonton.


Rate: (2/5)


Related Posts with Thumbnails