Pages

Ads 468x60px

.

Labels

September 25, 2015

Hentian Puncak Titiwangsa


Assalamualaikum..........
ALohaaaaa....
Great place & view... first time jejak kaki di Hentian Puncak Titiwangsa.

KL-Raub-Gua Musang-Kota Bharu-Jeli-Banjaran Titiwangsa. 
Fuhhhhhh....
Ini kali pertama aku gunakan laluan Timur-Barat dari Kelantan menghala ke Perak. 
Dalam perjalanan ini kami dapat menyaksikan deretan gunung dengan pelbagai bentuk puncaknya dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Whooaaaa......... 
Aku dan geng tiba di puncak Titiwangsa lebih kurang jam 2 petang. Walaupun sedikit jerebu, cuaca di sini masih nyaman & dingin. Bahang mentari masih terasa namun angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah mengalukan kehadiran kami di sini. Memang sesuai untuk kami berehat setelah memandu tanpa henti dari Kota Bharu.  
Di Hentian Puncak Titiwangsa ini kami berhenti rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat. Selain dapat menikmati udara segar dan pemandangan indah dari puncak banjaran, di hentian ini disediakan kemudahan asas untuk para pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan ialah kedai makan, pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir. 

So, kalau korang ada perancangan untuk travel melalui jalan darat dari Pantai Timur ke arah Utara semenanjung Malaysia,boleh lah gunakan laluan Timur-Barat nie ye...Jangan lupa singgah Puncak Banjaran Titiwangsa hokeyyy...!!!  

Enjoy!!










With love from Banjaran Titiwangsa,
aurikel



September 22, 2015

Nasi Kerabu Ayam bakar Kota Bharu

Assalamualaikum...

Dah puas makan nasi kerabu terengganu, kali ni kita cuba pula nasi kerabu kota bharu.  Kalau dah berada di KB, sarapan pagi haruslah makanan tempatan. Seawal jam 8 pagi aku dah dibawak jalan-jalan Kota Bharu cari makan. **manalah tak gemok kan..**

Destinasi kali ini ialah gerai nasi kerabu Kak Na. Kedai tepi jalan jer tapi pelanggan ramai, menu pun banyak pilihan lauk. Yang paling best sebab pagi-pagi dah ada daging, ayam dan kambing bakar. Bila tengok list lauk ada kambing bakar, laju je aku setuju makan dekat situ.. hehehehe

Penjual bakar dekat situ jer. Kiranya kami dapat lauk yang panas-panas baru lepas siap dibakar. Makan 2 pinggan nasi kerabu dengan lauk ayam bakar, daging bakar & kambing bakar bersama 2 gelas teh o panas, total harga RM 16. Kira okay lah kan,,






Lokasi : Kedai Kak Na Nasi Kerabu, Kota Bharu
Food Rating : 3.5 / 5 - banyak pilihan lauk, ada ayam, daging & kambing bakar. Cuma nasi kerabu & serunding bukanlah yang terbaik /tersedap aku pernah makan.
Cleanliness: 3.5/5 -Meja & persekitaran nampak bersih. Tapi kedai ni tepi jalan. Don't expect free from dust la ye.
Quality of service: 4/5  Cepat dan tangkas tak kira dine in or take away customer.
Location:4/5 


With Love from Kota Bharu, 
aurikel

Nasi Kerabu Dungun

Assalamualaikum..
Jalan-jalan cari makan Negeri Terengganu belum berakhir. Kali nie menu kita adalah nasi kerabu. hooyaahhhh...

SEDAPPP!!!

Awal pagi Cik Lin dah bawak aku pergi breakfast nasi kerabu. Sedap seehh.. nasi kerabu lauk daging bakar dengan paru masak sambal. Cuma as expected lah paru masak sambal tue rasa dia agak manis sikit lah.. Dah kata mari terengganu kaannng.. tak manis tak sah lah...huhuhuh



Lokasi : RR Nasi Kerabu House Dungun, Lot 3871, Kg batu 50 Dungun Terengganu
Food Rating : 4/ 5 - banyak pilihan lauk, sambal sedap walaupun agak manis. Kuantiti tak besar tak kecik. Harga tak mahal sangat tak ler murah sangat.
Cleanliness: 4/5 -Meja & persekitaran nampak bersih
Quality of service: 4/5  Cepat dan tangkas tak kira dine in or take away customer
Location: 4.5/5  senang cari, guna waze, GPS, foursquare boleh jumpa. tepi jalan batu 50, Dungun

With Love from Kerteh-Paka-Dungun, 
aurikel
Related Posts with Thumbnails