Pages

Ads 468x60px

.

Labels

April 25, 2012

Master Polo ku Berderai

...

xoxo
...

Kenapa entah sekarang hati mudah tersentuh, emosi jadi lebih sensitif??! Padahal jam tangan aku jatuh dan cerminnya retak je... Adalah pecah sikit-sikit. Tapi rasa sedih gilerrr..terbayang macam hati yang pecah berderai.. hahahaha OVER kan??? Sila abaikan saya!



okay bai. Sebelum ada yang banjir di ofis lebih baik permisi dahulu ya!!



April 23, 2012

|JJCM| Kacang Pool Haji

...

xoxo
...

Yeayy!! Audit dah settle. 6 NC plus 1 observation. amek kauuu!!! Department aku pulak tue yang paling banyak kena NC.hahahaha gasak la..dah namanya audit kan..masa nie la boleh tau kelemahan kita kat mana. 

Hmm..aku dah start merepek pasal audit. Padahal tajuk pasal kacang pool haji. Tettt...! 

Baru-baru nie aku mengambil kesempatan sempena menghadiri training ISO2200 di Senai, untuk lepak sehari di JB. So agenda utama haruslah bertemu geng perut stokin dan buat aktiviti jalan-jalan cari makan. 

Bagi penduduk di negeri Johor khasnya di sekitar Johor Bahru mesti tak asing dengan kelazatan kacang pool haji yang famous. Lepas habis training petang Sabtu, aku terus roger geng perut stokin untuk sesi minum petang bersama. 

Too bad..frazi je yang available. 

Set kacang pool terdiri daripada roti bakar & semangkuk kacang pool bersama telur mata. Roti bakarnya lembut dan sedikit garing. Sangat enak dicicah dengan kacang pool yang memang sedaaaaapp. 


Kalau nak makan kacang pool Haji, kenalah singgah ke Medan Selera Larkin. Nama gerai tue Kacang Pool Haji. Deretan gerai Kacang Pool Haji ni terletak berhampiran dengan Stesen Bomba Larkin. 

Lokasi: Medan Selera Larkin, Jln Tun Abdul Razak Susur 5, Taman Larkin, 80350, Johor Bahru, Johor. 


April 18, 2012

Apa itu INSTAGRAM?

...

xoxo
...



Memula saya jakun bila dengar orang asyik sebut pasal INSTAGRAM. Dekat twitter, dekat facebook entah macam-macam gambar keluar lepas tue ada tulis instagram. 

Dekat blog-blog hiburan pula kecoh pasal Lisa&Yusri berkongsi gambar-gambar honeymoon mereka menggunakan INSTAGRAM.

Jadi, apakah itu INSTAGRAM?? Yang pasti INSTAGRAM bukan makanan dan tak boleh dimakan. 

INSTAGRAM adalah suatu aplikasi yang membenarkan pengguna berkongsi gambar secara percuma. Whoooaa..memang mengujakan bagi mereka yang suka camwhoring atau obses ambil gambar walau di mana mereka berada.

Gambar-gambar yang telah diambil kemudiannya boleh dikongsikan kepada peminat-peminat anda (ada peminat kerr??? *muntoh jap) melalui mana-mana social network seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan sebagainya.

Yang membuatkan INSTAGRAM lebih menarik ialah pengguna boleh edit gambar yang telah diambil menggunakan pelbagai pilihan digital filter untuk membuatkan gambar kelihatan lebih cantik, lebih menggiurkan, lebih mengujakan dan lebih da boom.

Contohnya, gambar air barli ais di bawah nie. Nampak biasa-biasa jer. Takde yang istimewa. 



Tapi selepas difilter dengan applikasi Instagram, ianya nampak lebih wow. 


Err...siapa yang cakap nampak sama je tue?? Sila pergi kedai cermin mata berdekatan secepat mungkin. 

Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma sama ada di App Store bagi pengguna Apple atau pun di Google Play bagi pengguna telefon android. Yahuuuu..!!! Percuma!




Harap maaf. Tidak sah bagi penggunaan telefon 3310. Hanya untuk pengguna smartphone sahaja.


Sekian info ringkas dari aurikel.



Sincerely,
aurikel



Related Posts with Thumbnails