Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 26, 2011

Salam AidilFitri dari brader-brader Riza

...
xoxo
...

Semua orang excited nak raya, nak cuti & nak balik kampung. Aku kat tempat kerja nie masih bergelut dengan kerja-kerja Safety dan QA yang bertimbun...uwaaaaa.......

Brader-brader aku dua orang yang nama riza jugak nie punyalah bahagia nak sambut raya. Siap dah buat ucapan aidilfitri.. kelaassss diorang kan...

Meh layan jela ucapan diorang nie...




Nie ucapan dari abang adi



Nie pulak dari abang epoi & isteri yang dijangka due masa bulan raya


Yeaayy... tahun nie balik kampung.... 
(walaupun terpaksa duduk kat homestay sebab takde rumah sendiri.. 
rumah atok ngan opah dah roboh)


Sape2 yang duduk Perak belah Kg Gajah, Teluk Ensen, Pulau Tiga, Parit atau pun Seri Iskandar
Kalau kome buat open house, roger2 le teman yerr..







August 25, 2011

BBF BerJOYAH di Secret Recipe

...
xoxo
...

 source: blog HidaYati Farhan

Yati kata: 
Suria ( Bertudung biru) : Suria pemalu sangat. Ayu je bila dia tumpang senyum dengar kami gelak sakan. Tapi dia tak kisah nak join semua mulut-mulut kepoh ni berborak. Dia pun menyumbang gak gosip barang separa dua. HAHA. Tak habis-habis nak rasa tua. Padahal, tua setahun je pun.
-http://marrakechmystery.blogspot.com/

(Yati..first impression haruslah tunjuk yang baik2 & yang ayu2.. Taring kena keluar sikit2 dulu hahahaha Kalau dah lama kenal nanti taulah betapa kecohnya ai boleh jadik. Takde makna nak malu2 kucing dah...)


Puan Sri Lienda kata:
 Suria mula-mula pendiam. lama-lama.. Haaaaaa Kaauuuuu. keluar semua idea ketawakan orang. haha
-http://sorbetpurpleandbabyblue.blogspot.com


(Lienda, tue baru tayang sikit je..tunggu kalau dah gathering 2-3 kali..)

IsAmyTeng kata:
Suria sangat sporting. Ngam je berjoyah bersama. 
-http://amyfahmi.blogspot.com
 
(Amy, yes..ai memang sporting...setakat berjoyah nie memang feveret tau..)

Uyarayza kata:
Kecil molek. Sempoi and agak penyenyap (ade ke perkataan nie) but bila sampai turn dia bercakap kelakar jugak orangnya hehe. Agak busy orangnye (voley? tetibe cakap suria busy hehe)
-http://uyarayza.blogspot.com

(Uya, U kata ai kecik molek??? U salah taip ke salah tengok?? ai siap overweight lagi...huhuhu tapi memang busy pun.. nak make up & bawak handbag pun tak sempat. Paling comot antara semua ^^)

Fiena kata:
Paling tua katanyeeee. haha. setaman upenye kte. dokek bona dah. mmg minat cheese gamaknye. dari macaroni smpai kek. asek kaler putih jeee. haha. klu nak ajak ktorang p tgk2 baju ktorang on!!
-http://kamikamihaa.blogspot.com/
(Fiena, aah ai memang suka cheese tapi lepas tue muak tak larat abeskan..
sebab suka cheese la tak boleh nak selim macam U)

Fira:
Yg paling best n terharu bile fiena, uya n suria sudi join all the way dari PJ n Puchong..
- http://frzminside.blogspot.com

(Fira,  momantai..if ada nak organize lagi sila la jemput lagik yer.. gedik2 nak join nie..
ai memang slow & lambat panas sket.. tue nampak macam pemalu..
tapi bila dah panazzz..bak kata Lienda - amek kauu)



See..dari geng BBF di alam maya..kami boleh berjoyah dan bikin havoc dekat SACC Secret Recipe. Rasanya group kami paling hingaq kot.. hehehe Lepas berbuka kami pergi solat kemudian sambung berjoyah sambil makan kek. 

Actually, masa first time sampai tue rasa segan gilerr.. Sebabnya akulah yang paling comot antara diorang. Dahla pakaian paling sempoi dengan jeans & blouse. Tue pun nasib aku sempat tukar kasut. Kalau tak dengan safety shoes aku hayun bawak jumpa diorang.

Diorang semua siap bermake up dan bawak handbag. Aku?? Sempoi je sumbat purse dengan handphone dalam poket seluar jeans. Belasah je la... dah namanya pun join on the spot. kihkihkih


Diorang semua best. Harap-harap dapat jumpa lagi. =) 
Next time maybe for bridal shower. Are you ready bebeh???







CINTA KURA_KURA

...
xoxo
...


Hoyeahhh.. Tak lama lagi KRU akan terbitkan satu filem baru yang bertajuk 'CINTA KURA-KURA'. Heronya Aeril Zafril & heroin dia plak Tiz Zaqyah. Hmm..bila dah biasa tengok Tiz dengan hero macho2 dan tough tetiba rasa cam pelik skit bila tengok gandingan Tiz & Aeril. 

Filem yang menggunakan banyak teknik CGI ini akan memaparkan kisah kura-kura yang boleh bercakap. Tiga ekor kura-kura dalam cerita ini bakal dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Fara Fauzana dan Usop Wilcha. 

Jom layan trailer... 




Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. Sinema Malaysia

 So..layannn...



Related Posts with Thumbnails